Want your
own Fotopage?
























 
Rahaniss Fotopages

By: Raha niss

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Monday, 23-Nov-2009 07:33 Email | Share | | Bookmark
Holiday @Kuching - Part II

 
 
 
 
 
 
 
 
 
View all 21 photos...
Sambung lagi...


Naik sampan keseberang sana...ke kedai kek lapis Dayang Salhah.


Rasa dulu sebelum.....err rasa sampai kenyang ...beli sedikit sebanyak, mintak dia packing siap, balik hotel nanti trus simpan peti ais dengan kotak2 tu. Dari kedai kek ni pergi pulak ke rumah bapa saudara ....memang dah buat temu janji dia dtng ambik kita orang kat situ ke Petra jaya (rumah dia la) sehingga menjelang maghrib baru berganjak dari situ....balik tu dia hantar kami sampai ke hotel.


Destinasi esoknya pulak ke Semenggoh, buat apa tu........anak2 nak tengo orang utan, tengok secara terbuka lagi tanpa kawasan berpagar.




tempat buat pasu Sarawak...tengok saja , tak beli pun

Antara bangunan bersejarah kat Kuching


DUN Sarawak


tak ingat nama bangunan ni...


ASTANA


Port Margherita

Kat Main Bazaar pula...nak beli segala makneka cenderamata,kek lapis , gambir sarawak pun ada ....









Sesi makan2 pulak....hari tu dah tayang mee kolok...ni ada sambungan lagi..ada juga yang tak dan nak ambik gambaq...kes lapaq sangat2 terlupa kamera..


Nasi Ayam Penyet


Mee Sup Kolok


Mee Kolok Goreng


Sekotak terubuk untuk dibawa balik


Beg masa nak balik....makin bertambah nampak


Saya nak balik dah....

Sekian...kalau rajin saya sambung lagi nanti....

>>salam..
dah nak balik dah.. kek lapis tak sah kalau tak beli kalau gi sarawak..
mi koloktu saya tak pandai makan lagi.. kenapa yek!!
Mon 23-Nov-2009 08:53
Posted by:cho zila  - [Link]
mee kolok yg 1st n3 nmpak kering, yg ni nmpak basah sikit cam sedap jer yg ni, betoi ke haniss? Mon 23-Nov-2009 09:53
Posted by:zaiy
salam..g holiday k bumi kenyalang ye..bestnye..mesti rambang mata nk pilih kek lapis kan... mi kolok u camne rasanya?? Mon 23-Nov-2009 10:10
Posted by:umieaisyah  - [Link]
View all 4 comments Add comment


Wednesday, 18-Nov-2009 06:15 Email | Share | | Bookmark
Holiday @Kuching - Part I

 
 
 
 
 
 
View all 18 photos...
Salam semua, apa khabar.... Bebaru ni saya sekeluarga pi bercuti ke Kuching, alaaaa cuti2 tambah murah air asia tu. Layan jer la gambar yang ada ni, nanti saya sambung lagi....nak cerita panjang2 pun tak reti nak karang..





ruang udara Kuching...sungai serawak kut tu.



kat bilik hotel, karpet dah pun macam kek lapis.........kami menginap di harbour View Hotel, dekat sangat dengan Main Bazaar.


Habour View Hotel


sarapan pagi kat Hotel....hari pertama jer saya rajin ambik gambar......masuk hari ke 2 dan 3 saya dah malas, menu lebih kurang saja.


tempat yang mesti singgah ambik gambar.......kira dh sampai kuching la kalu bergambar kat sini.








Sungai Sarawak........naik sampan pergi seberang sana, beli kek lapis Dayang Salhah.


Pasar Tamu Satok...macam2 ada.


Terubuk masin.......oder ja dulu dengan penjual minta dia hantar kat hotel masa hari nak balik tu.


Sekotak terubuk .........kul 9 pagi dia dh mai hantar.


masih kat Satok...bahagian kain batik pula......


pekena mee kolok kat Satok juga....lepas penat meronda cuci mata dan poket

Sekian saja dulu.......akan bersambung lagi.

Salam Haniss.....wah belum usim cuti dah sampai dah kat destinasi cuti.....la cuti dah bermula nak makan angin mana pulak tu....
Gambar kek lapis Sarawak tak dak ka?
Sat 21-Nov-2009 11:13
Posted by:Kak Rus kak-rusnah@yahoo.com  - [Link]
Sekotak terubuk masin . . .
sedap tu. . .

http://rnzphoto.fotopages.com
Sun 22-Nov-2009 15:21
Posted by:RnZ Photo JB  - [Link]
wah, hanis dulu dh sampai ke sarawak ye.......
sya br plan ke cuti2 ke sana thn dpn...InsyaAllah....
kt sana mcm mana pengangkutan? hanis sewa kereta ke?
Mon 23-Nov-2009 05:23
Posted by:baayah  - [Link]
View all 15 comments Add comment


Tuesday, 3-Nov-2009 05:46 Email | Share | | Bookmark
Nasi Daging Utara

 
 
 
Salam pagi selasa, apa khabar semua.....tak nak cerita panjang2 (tak dan ). Sabtu lepas masak Nasi Daging versi Utara, ambik resipi dari fp Ana Penang, cicah dengan air asam dan disertakan dengan acar timun. Lama sangat dah tak makan nasi daging ni yang biasa nya dibuat masa majlis kenduri doa selamat dikampung Haniss, tak pun semasa Hari Raya Korban sebab cara buatnya pun mudah....tapi rasanya jarang dah jumpa menu ni masa kenduri kendara. Air asam tu pula biasanya dicampur dengan sedikit kerisik untuk cicahan daging......tapi kat rumah sendiri tak buh la, tak makan pula ahli rumah nanti....


Buat pun dah lewat, kul 6 petang baru la makan Nasi Daging ni.......ehhehe `tea' dengan nasi, kenyang sampai ke malam.



Quote:

1 kilo daging...dipotong 4 segi agak besar dan di rebus hingga lembut
1 kilo beras basmathi...bersih dan toskan
Air rebusan daging di sukat bersamaan dgn sukatan beras basmathi...
1/2 cawan susu cair...
1/2 cawan minyak masak
3 s/b minyak sapi
1 tin tomato sup Kimball - tak letak pun, buh tomato sos jer beberapa sudu
3 s/b rempah nasi daging...boleh beli kedai mamak rempah...kalau tak de boleh guna rempah kurma - guna rempah kurma, balik kpg nanti kena pi kedai mamak beli rempah ni1
sudu kecil rempah sajira - rempah ni mmg susah nak dapat...tapi boleh tanya kedai mamak yg jual rempah......kalau x ada tak yah masuk - tak letak pun, kena pi cari kedai mamak juga ni
sedikit gula batu - gula batu tak dak, tak letak juga
dan garam secukup rasa
sedikit kismis dan bawang goreng untuk taburan - pun tak letak

Bahan tumis :-

4 sekawan - kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih dan Pelaga
sedikit daun ketumbar - untuk wangikan nasi
3 helai daun pandan
1 batang serai - diketuk (terlupa letak)

1 labu bawang besar - dikisar (Haniss mayang ja)
3 ulas bawang putih - dikisar
1 inci halia - dikisar

Cara :
1. Panaskan minyak masak dan masukkan minyak sapi
2. Tumis 4 sekawan, daun ketumbar, daun pandan dan halia
3. Masukkan bahan yang dikisar
4. Masukkan rempah yang dibancuh dgn sedikit air...kacau biar wangi
5. Masukkan air rebusan daging yg tlh disukat, tomato sup dan daging yang tlh lembut
6. Setelah air mendidih, masukan gula batu dan garam secukup rasa dan baru masukkan susu cair
7. Masukkan beras dan kismis. Masak dgn rice cooker untuk nasi masak sekata..
8. Gemburkan nasi...boleh ambil daging yg tertanam dalam nasi untuk dicicah bersama air asam

Hiasan dgn taburan bawang goreng dan boleh dimakan dgn dalca dan air asam.


Nota:
1. Hanis guna sukatan cawan beras tu dan air pula dengan ratio 1:1 1/2.
2. Air asam lebih sedap dicampurkan dengan kerisik anggaran dalam sesudu, jangan la banyak sangat.
3. Lebihkan air rebusan daging lepas tu jadikan sup, hanis tambahkan dengan sedikit celery, kentang dan juga daun sup/. Kalau rajin boleh la buat dalca.
4. Ada juga sesetengah versi tak dibenamkan daging dalam nasi, just ambik daging dari sup tu lah untuk dicicah dengan air asam.
5. Ada satu lg versi daging tadi rebus sebesar tapak tangan, dimasak dengan sedikit rempah (dari kedai mamak)dan juga sos macam kemerahan skit, kemudian dipotong nipis dan dicicah air asam untuk dimakan dengan Nasi tersebut - yang ni kena intebiu mak dulu la tentang cara2 membuatnya.




Sarapan kami sekeluarga merangkap juga makan tengahari, Lempeng kelapa cicah sambal ikan bilis dengan lebihan nasi daging semalamnya (simpan lam peti ais, cuma keluar dan panaskan semula- tak elok membazir ).....erkk kenyang, petang lepas zohor dah boleh keluar jenjalan...



oo best menu nih..
ada lempng..
cantik set cawan-teko, pinggan piring
Fri 13-Nov-2009 07:30
Posted by:srsfeqah  - [Link]
mana pegi tuan rumah ni.. senyap jer Tue 17-Nov-2009 02:05
Posted by:MaDiHaA  - [Link]
Berminat untuk mem-bling-bling-kan lengan baju anda sempena Aidiladha??
Serikan dengan jahitan permata atau manik.
Harga serendah RM20 bagi sepasang lengan!!
Wed 18-Nov-2009 03:01
Posted by:srsfeqah  - [Link]
View all 20 comments Add comment


Thursday, 29-Oct-2009 03:38 Email | Share | | Bookmark
Insyirah dengan Kek Hari jadi

 
 
 
View all 5 photos...

Salam semua, apa khabar..harap2 tu semuanya dalam keadaan sejahtera hendaknya.
Sabtu lepas 25Okt Insyirah genap 5 tahun, tiada sambutan apa2 pun hari tu..ibu dia tak berkesempatan sebabnya...kakak dia masih ditahan di ward, akibat demam panas yang berlarutan...dengan temp. yang mencecah 40.....syukur sekarang dah sihat...dan dh pun keluar ward.


Pesakit melarang sama sekali gambarnya dienterprem dalam ni, jadinya kita letak gambar dalam ward tu jer, model kecik pun tak sudi nk begambar sebab tak der kek harijadi.....waduhhhhh2x merajuk pulak anak bongsu ni.....


Isnin lepas dapat pulak surat dari Tadika, yang akan mengadakan majlis untuk meraikan pelajar tadika yang lahir pada bulan Oktober ......majlis pada 28 okt pagi. Pihak Tadika akan menyediakan sedikit jamuan ringan manakala kek pula B'day Girl/Boy la yang kena sediakan......aiseyyy camna ni, nk beli kat bakery dia tak mo sebab si kecik ni demand kemain kek B'day dia,...
spek lebih kurang cam ni lah
o nak kek besar (besar camna tak tau lah dia nak, apa2 pun ibu dia akan sediakan kek saiz standed jer pu)
o nak kaler pink
o nak ada bunga2
o wajib ada dora dengan boots.....

kemain lagi spek kek yang dia nak, bolehkah ibu dia buat? (almaklumlah kan ibu dia ni dah beberapa kali pi kelas2 mendeko kek ni, tapi hasilnya tak penah ada dan nampak pun ).

maka terhasil kek dengan gambar dora, kaler pink lagiiii





hmmmm lulus dak...memang lah luluskan sebab untuk kek harijadi ni ibu dia hanya perlu membuat satu panggilan ke salah satu tokey kek berhampiran (ya hanya dengan hujung jari), maka dengan sedikit penerangan kek dah boleh diambil pada esok petangnya (selasa 27 Okt)...... sapa lagi yang saya hubungi kalau bukan Zana (http://zanazman.blogspot.com) sebab dia tinggal berdekatan jadi senang la sikit nak pergi ambil semua tu, jimat masa dan tenaga... . Terimakasih Zana kerana melepasi tahap piawaian yang ditetapkan B'day Girl. Kumbang dengan rama2 (gumpaste) tu dia dah kutip makan dulu mlm tu sampai tinggal serba seekor.

Nota untuk diri sendiri:
untuk pn. rahaniss lain kali cuba la buat sendiri ya, kata dah pernah beberapa pi kelas deko ....


Insyirah dengan sepupu dia Qistina - gambar tahun lepas.

kenangan masa melahirkan Insyirah....
o Ibu dia dah bercuti awal 2 minggu - dlm bulan puasa tahun 2004
o Sempat lagi pekena beriani kambing semasa kat wad semasa teman anak2 dan suami berbuka, keesokannya jam 3 pagi baru bersalin.....
o Paling berat , terpaksa tinggal puasa 24 hari- alhamdulillah lepas jer pantang terus mulakan berpuasa ganti.

salam kak haniss...
happy belated birthday to Insyirah...
nama insyirah nih sama dengan anak buah mariam..
nanti lepas nih bolehla tgk hasil deco kek kak hanis pulak...
Tue 3-Nov-2009 04:31
Posted by:mariam siti_mariam83@yahoo.com.au  - [Link]
Syukur Aliya Najihah dah semboh demam...40"C tinggi suhu badan.....demam baru ni 38.3pun dah tak daya....
happy belated besday buat Insyirah.... cantik kek besday Insyirah...kartun dora..
thn dpn Insyirah order kek dg ibu je....ibupun pandai mendeco...
Tue 3-Nov-2009 10:09
Posted by:Mamasya  - [Link]
happy bday insyirah..suka nama dia. hahaha...nasib ibu tau...lenkali ibu wat sendiri tau... Wed 4-Nov-2009 10:15
Posted by:zanaz zanaz70@yahoo.com  - [Link]
View all 16 comments Add comment


Thursday, 15-Oct-2009 02:08 Email | Share | | Bookmark
Potluck Raya 2009

 
 
 
View all 5 photos...
Khamis lepas bersamaan dengan 19 Shawal dan juga bersempena dengan ketiadaan `bos-bos' besar di ofis ni(sekaligus plak tak der tu), maka kami kaum ibu yang (yang tahap2 ikan kembong dan bilis ni) sepakat nak buat potluck kecilan .....Menu seperti biasa la dimulakan dengan sarapan pagi, rehat sat u buat kerja dan disambung pula tghari dengan sesi2 makan nasi pula......Kenyang jangan citerlah., tapi
belum sampai tahap tetas kain lagi ....

Layan gambar menu....
ada beberapa makanan lagi tak sempat nak bergambar, tukang ambil gambar kalut nak makan.


Lemang, keropok lekor, nasi impit, puding jagung, murtabak megi & lodeh


Puding Roti Karamel, Sambal Udang, Sambal Ikan Bilis, Rendang Ayam
serta budu...ulam ulaman tida dalam gambar.


Mihun goreng, sambal ikan, Sambal goreng jawa spesel, Lemak ciliapi
daging salai dengan bacang & Masak lemak cili api keli salai dengan buah gelugur.


Sepinggan lontong sedia dimakan...sebelah tu sepinggan nasi sedia dimakan juga
Gambar bawah tu ayam ala2 keni rojers dengan Sambal tempoyak ikan bilis......
bau tempoyak tu semerbak sampai kepetang .


Seperti biasa.....sambil dengan acara makan2 tu belek2 pulak tudung dengan
baju raya masing2

BESTNYER MAKAN2 DGN RAMAI KENGKAWAN...SAMBIL TGOK TUDUNG N BAJU RAYA... Tue 27-Oct-2009 01:21
Posted by:kak hanAZ hanie1973@yahoo.com  - [Link]
Re: Tu le pasai...keja kat ofis pun suka...membakingpun suka.. tp bila buat tempahan kek masa cuti MC kat rumah tu... tenang je..tak kelam kabut boleh atur masa walaupun kena buat mcm tempahan. Tue 27-Oct-2009 02:49
Posted by:amal5041 amalhayati68@gmail.com  - [Link]
RE: LAKSA TU PUN PES TIME BUAT...TP BERBALOI SEBAB X LIAT...LEMBUT DAN LICIN DAN X MUDAH PUTUS CAM LAKSA BERAS..... Tue 27-Oct-2009 02:54
Posted by:kak hanAZ hanie1973@yahoo.com  - [Link]
View all 24 comments Add comment


Wednesday, 7-Oct-2009 03:26 Email | Share | | Bookmark
CSI Biskut Raya

 
 
 




Salam semua, masih dalam mood raya ka......tentu lah kan raya sebulan, mesti dok sebok dengan open haus sana sini kan. Dalam sibuk2 tu jom kita CSI sejenis Biskut Raya...Harap harap tu adalah pakar2 dan chef2 tersohor dialam Siber ni kalau ada resipi dan tatacara membuatnya boleh lah berkongsi disini. Cerita sikit kisah dulu2.....Beberapa tahun lepas pernah Haniss utarakan gambar sejenis Biskut `tart Rose' untuk di `CSI' kan dalam forum Cari......alhamdulillah ada seorang pembaca yang telah emailkan resipi tersebut pada Kak Hanieliza dan resipi tersebut kemudiannya di prektis pula oleh mamafami....

Biskut yang nak dikaji kali ni pula dipanggil Biskut Nescafe.......dibeli dari bekas teman sekerja, memang dah bertahun dia jual Biskut ni yang dibuat oleh emaknya. Biasa lah orang berniaga mana ada resipi kan. Disebabkan anak2 yang suka sangat dengan Biskut maka ibunya pun berhajat nak mencari resipi dan mencubanya sendiri (untuk makan sendiri saja, anak2 sekali hadap jer 1/2 balang) .

Antara spesifikasi Biskut Nescafe lebih kurang camni....

o Mempunyai rasa nescafe dan ada sikit2 rasa macam capucino ...
o Tesktur dia banyak menggunakan putih telur, macam pavlova tu........tak pasti la pula ada campuran tepung atau pun tidak.
o Adunan biskut ni dipaipkan dengan nozzle star (sekatilah kan kalau buat sendiri kita paipkan nozzle apa pun) diatas sekeping biskut nipis pula sebesar duit 20sen. (sila rujuk gambar pada tapak biskut ni diatas)
o Dihiasi dengan sebiji coklat chip kat atas dia.
o Bila makan cair dimulut gitu.



`Morning coffee' dirumah saya' - macam tajuk karangan murid darjah 4 ja pun....


Masih berkisar pasal raya.....kat atas ni pula gambar makan2 secara kecilan dirumah saya bebaru ni yang dihadiri makcik, adik dan juga sepupu....Makan ala kadar dengan Nasi Lemak berlaukkan sambal sotong kembang dengan Sambal ikan Tongkol dengan set2 dia la (telor, ikan bilis kacang n timun), Spaghetti Bolognese......tiada dalam gambar kuih2 basah dan keropok Lekor.

Sekian Terimakasih

Next entry - Potluck raya di ofis pula.....

salam kenal....sedapnyer nampak biskut nie...
rumah kita dah tinggal serdak jer,,,,he he he
Tue 13-Oct-2009 06:43
Posted by:sal adeqsal@yahoo.com  - [Link]
looking for ready stock crocs shoes ?
log on to
http://crocsmania.fotopages.com
authentic crocs at affordable price
Tue 13-Oct-2009 06:48
Posted by:CROCSMANIA
choc chip yang kita suka pun sbnrnya ada letak nes... kalau wiwi lepas makan, bau kopi kuat! Tue 13-Oct-2009 10:50
Posted by:lee lin  - [Link]
View all 14 comments Add comment


Tuesday, 29-Sep-2009 05:12 Email | Share | | Bookmark
Lepas raya

 
Menu lepas balik dari kampung pada sabtu lepas ,tukar selera la pulak.........kalau tak hari2 tu perut diisi dengan lemang, ketupat makan pulak dengan rendang..nasi pulak berjenis jenis nasi minyak la, tomato la ..beriani lagi. berat pun berkilo2 naik...kain makin ketat..


ikan tongkol kukus cicah sambal belacan....bertambah tambah lagi juga makan nasi...

wah, pindang ikan tongkol....sedapnyaaa.....
cicah ngan sambal belacan, lg la terangkat.....
menu mcm ni lg buat bertambah2 nasi........
Sun 4-Oct-2009 15:13
Posted by:baayah  - [Link]
memang syok tukar selera... tapi kalau orang ajak makan nasi tomato tak tolak, hehe Mon 5-Oct-2009 10:21
Posted by:Lee Lin  - [Link]
salam haniss..chemp suka singgah sini..byk makanan paberet..
ikan kukus tuh..klau goreng & perkena dgn sayur lemak..lagi x muat kain..hhiih
Tue 6-Oct-2009 10:14
Posted by:chemp  - [Link]
View all 18 comments Add comment


Tuesday, 15-Sep-2009 01:57 Email | Share | | Bookmark
Biskut Makmur, Menu Pasar Ramadhan dan kad ucapan

 
 
 
View all 9 photos...
Salam semua , apa khabar....diam tak diam dah masuk hari ke 25 kita umat Islam berpuasa..kuih raya dah siap semua ka? Dalam kesibukan persiapan menyambut Syawal ni jangan lah kita lupa atau pun lalai dengan suruhanNya pula...
Biskut raya?...ada lah sejenis tak macam tahun2 dulu berjenis jenis, yang Haniss buat tu pun kuih orang dolu2, kita buat Biskut Makmur...oder Tart dengan saudara yang memang meniaga tart, beli maruku dengan kekacang skit kira cukup lah tu utuk 3 rumah iaitu MIL, mak dan rumah sendiri, tak payah banyak2 la...ada tetamu datang nanti goreng la mee ke spaggeti olio ka, tak pun nasi ayam rosemary..... . Jamu depa makan yang berat2 sikit.





Biskut Makmur dari Resipinet........cukup senang dibuat dan sedap dimakan, terima kasih pada tuan punya resipi Norhaslinda (Linda ZA). Mengikut Linda ni adalah resipi tradisi dari mak ciknya ....tengoklah sukatan pun masih dalam ukuran kati tu, walaubagaimanapun hanis dah buat ukuran betul2 untuk memudahkannya juga sebagai rujukan, mana la tau kan kut ada rakan2 yang teringin nak buat.

Quote:
Biskut Makmur - Paling mudah (resepi org dolu2)

resepi nie dr makcik saya, skarang dia dah uzur dah tak buat langsung biskut
nie. kalau tak biskut nie la specialities dia tiap2 tahun. jenuh gak
mintak resepi tapi dia kata dia main campak2 ajer. one fine day tu gi umah
dia, alhamdulillah dia tgh nak buat biskut nie.

biskut nie mmg sedap giler bg saya. dia tak mcm biskut makmur yg letak ghee
tu. nie very simple. isshhh panjang ekk mukadimah... now we start the
class...hehe. ..tak faham tanya ek

bhn2

1 kati tepung gandum (tepung hendaklah di goreng dulu pas tu ayak). kalau
org dulu2 dia jemur.

marjerin - ikut basah (haniss guna buttercup)

icing sugar

gula kasar

kacang tanah (goreng tanpa minyak, tumbuk kasar)

kacang yg telah tumbuk tu gaul dgn gula kasar (bkn gula icing ek)

cara2

gaul marjerin dgn tepung sampai doh licin dan tak melekat kat tgn. tapi jgn
la keras sgt. kira kelembutan tu masih ada la. kalau melekat sikit2 pun tak pe.

lepas tu ambik sikit, leperkan letak inti kat tgh2. tutup balik, buat
bentuk bujur (nie bentuk asal biskut nie). kdg2 malas nak buat bujur ada
buat bulat je. saya masih mengekalkan cara lama.

pas tu bakar la. lupa nak ckp masa goreng/bakar kacang tanah tu, biar dia
hangit2 sikit tapi jangan la sampai rentung lak...

bila dah masak gaul dgn icing sugar.


ni pulak yang hanis buat, bahan tetap sama macam diatas cuma ditambah dengan sukatan metrik sahaja.

Bahan2

500 gm - goreng dan ayak.
250 buttercup - hanis masukkan sedikit demi sedikit

lain2 tu sama jer la macam resipi Linda kat atas tu.


Sebagai tambahan oder tart dengan maruku.


tambah lagi dengan kerepek ubi.



Untuk menu berbuka sepanjang minggu akhir ramadhan ni semuanya import dari Pasar Ramadhan , layan jer gambar..macam2 makanan ada.







Tajuk: Pasar Ramadhan
Lokasi: Belakang Kompleks PKNS, Bandar Baru Bangi.




Kad ucapan dari rakan2 semua, terima kasih atas kad tersebut...teringat dulu2 zaman beli dan hantar kad raya, baru beberapa hari puasa kalut nak beli kad raya ..tulis berbaris2 lam kad tempek setem pastu pos. Seminggu kemudian tunggu pulak kut2 abang posmen mai hantar balasan kad raya (ada lah kan...tak kan tak dak kut ) habis kelas jer mesti menebeng kat tempat surat sebelum naik kat hostel nak2 dapat pulak kad dari ehem2 .....terus lena dengan kad tu.
Kad2 tu pula bila menjelang Syawal siap buh benang dan gantung samada dinding ataupun lekat kat mana2 jambangan bunga...kira salah satu dekorasi lah masa tu.......(tapi kad dari ehem2 tu simpan elok2 la, tak leh gantung..nanti orang baca.) .
Itu cerita dulu2 la, sekarang ni kerja senang tak payah nak buh setem bagai..hanya sekadar dihujung jari ja dah siap dan boleh terus hantar.

Dari Madiha


Dari Kak Amal


Dari Rinna


Dari Ida


Dari Nani


Dari Kurie


Dari Kak Rusnah


Dari BungaMekar


Dari Baayah


Dari Mamasya


Dari Jasmeen


Dari Wati


Dari PI


Dari Kenitra


Dari Kak Zai (dapur impian)

salam syawal

Entryku kali ini

Kampong halaman menggamit mesra
Buat perantau yang jiwa tersiksa
Kenangan Syawal masih terasa
Meriah suasana gembira senantiasa
Mon 28-Sep-2009 04:07
Posted by:Ouled Kenitra  - [Link]
salam hanis

Salam lebaran buat hanis sekeluarga.....maaf kalau ada salah dan
silap....
Mon 28-Sep-2009 06:32
Posted by:nur  - [Link]
salam kak haniss...
selamat hari raya..maaf zahir & batin buat akak sekeluarga
haaa beto2 pas raya ni sume kain baju rasa sendat semacam..silap2 buleh tertetas seluar!
heheheee pas raya nih dpt mkn nasi putih ngan sambal belacan mmg membuka selera, nak2 hampir sume juadah raya bersantan-santanan... adoilaaaa sian kt perut!
Wed 30-Sep-2009 16:14
Posted by:shima27  - [Link]
View all 14 comments Add comment


Tuesday, 8-Sep-2009 05:07 Email | Share | | Bookmark
Berbuka 15 & 16 Ramadhan

 
 
 
View all 8 photos...
Berbuka 15 Ramadhan -

Makan Kabsah Kambing - Restoran Saba` punya, kul 5 dah keluar pergi beli (walaupun tak masak tapi masih makan kat rumah). Untuk bulan puasa Restoran ni dibuka jam 4 petang hingga waktu sahur. Buat Kastad Karamel (segera punya ) kacau jer atas api 4-5 minit.....tuang dalam acuan .siapppppp, lps tu beli murtabak sebiji singgit kat Param BBB (belakang kompleks PKNS).....masih ada lagi murtabak seringgit tau, tapi saiz dia pun comel lah.


2 set besar Kabsah Kambing - boleh 4 orang makan


Kastad karamel `segera'

Berbuka 16 Ramadhan - masak sendiri


Singgang sotong dengan udang, Brokoli goreng & Jenahak masam manis.


Trifle lagi.......



Sekitar apa yang ada kat Pasar Ramadhan BBB (belakang komppleks PKNS)......sebenarnya masih segan silu lagi nak ambik gambar (gambar makanan) kat khalayak ramai, ni pun anak yang tolong...


Kambing panggang.....bro. tu baru nak stat memanggang, awal lagi masa ni baru kol 4.30. Baru 2-3 hari ja nampak kambing panggang ni, sebelum ni dan tahun2 sebelumnya tak pernah jumpa pun kat Param kat situ.


Gulai kawah - merata ada jual gulai ni.


Menu standed kat Param juga - Ikan percik


bubur jagung & bubur pulut hitam.

Tu lah saja untuk entry kali ni........kalau rajin akan bersambung lagi minggu depan.

haniss..mai ambik kad raya dari kmal Fri 11-Sep-2009 13:27
Posted by:Kmal amalhayati68@gmail.com  - [Link]
Salam Haniss....amboi mengancamnya trifle dia....nak buat raya niiiii.....meh la ambik kad raya.... Fri 11-Sep-2009 22:35
Posted by:Kak Rus kak-rusnah@yahoo.com  - [Link]
KEMERIAHAN DAN KEBERKATAN RAMADHAN AKAN BERAKHIR TAK LAMA LAGI
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI
Sat 12-Sep-2009 22:07
Posted by:Pemancing Ikan  - [Link]
View all 18 comments Add comment


Wednesday, 2-Sep-2009 04:20 Email | Share | | Bookmark
Berbuka 8,9 dan 10 Ramadhan.

 
 
 
View all 7 photos...
Salam semua, apa khabar sekarang...hari ni dah hari ke 12 kita berpuasa, pejam celik2 dah pun raya nanti. . Sebenarnya mood nak menaip dan update tersangatlah kurangnya, tapi rasa tak lengkap pulak kalau tak menjengah ke fotopages ni.......seboleh bolehnya tak nak lah biar bersawang...(harap2 tu tak lah ya).... Haniss mula bercuti jumaat lepas lagi, ambik kesempatan cuti sekolah ni pi menyoping apa yang patut untuk anak2 + untuk ibunya sekali (dengan anak2 sahaja- en.suami kerja). Kiranya bercuti sakan la 4 hari, petang jumaat tu dah letih dan lembik jadi semua beli jer. Sabtu sambung lagi tapi kali ni tak la sampai seharian jadi sempatlah masak ala kadar untuk kami seisi keluarga.

Berbuka 8 Ramadhan


Ala Thai - TomYam, Kerabu Mangga & Ketam Goreng cili


Beli dari Pasar Ramadhan - Tako & Roti John


Dadar berinti daging dan kentang - buat banyak untuk frozen sekali, nak makan
masak jer atas kuali cam roti canai/murtabak dengan sedikit minyak.

Quote:
Beberapa tahun lepas (2005 tak silap)Haniss dengan sorang teman pernah mengikuti `Chef Asma Cooking Class' untuk makanan sejuk beku, (Chef Asma - tenaga pengajar unitar) belajar beberapa jenis kuih untuk sejuk beku ...tapi kan sebenarnya yang tak pergi kelas pun dah boleh buat kuih sejuk beku ni kan...yang penting kerajinan dan kesungguhan kita jer nak buat atau tidak kan.....Dadar berlaluk ni kira cilok dan ubah suai sikit2 dari resipi Rissol, tukar inti dan masak pula ala2 murtabak tu......boleh panggil rissol shorcut kut



Dadar berlauk

Adunan kulit

2 cawan tepung gandum
4 cawan air
1 cawan susu segar
1 buji telur
sedikit garam dan setitik warna kuning

Caranya:
1. Campurkan semua bahan diatas, kacau dan tapis - haniss blend supaya adunan betul2 sebati
2. Dadarkan diatas kuali leper (non-stick) dengan sedikit minyak dilenserkan terlebih dahulu. (untuk batch yang mula2 saja, lepas tu tak payah lenser)
3. Bila dah masak, sejukkan sebentar, letak inti dan lipat macam mini murtabak tu.
4. Masakkan semula dalam kuali leper hingga perang dan siap sediakan untuk dihidangkan

Inti
Boleh gunakan apa2 inti sebenarnya, samada ayam atau daging, dibuat macam inti karipap pun boleh.....pendekata boleh ikut la kesesuaian citarasa kita. Cara haniss pula macam kat bawah ni.

Daging dipotong kiub - haniss guna separuh peket daging cincang Ramly.
Kentang 2-3 biji dipotong kiub.
1 biji bawang besar - didadu
2 sudu bawang putih - cincang halus
2 sudu besar rempah kari - jadikan pes
1 sudu besar rempah sup - jadikan pes
1 sudu besar sos tiram
sedikit lada hitam jika suka - tumbuk halus (ikut kepedasan)
daun sup - dipotong
garam secukup rasa
minyak untuk menumis.

Cara membuatnya:

1. Panaskan minyak, tumis b. putih hingga perang .
2. Masukkan rempah kari dan sup, biarkan sebentar hingga agak2 keluar bau dan masukkan daging, kacau skit supaya tak bergentel, biar mereneh sebentar dan masukkan *kentang.
3. Masukkan sos tiram, garam, kacau sebentar dan biar hingga agak kering, sesuaikan rasa dan akhir sekali masukkan daun sup. *sejukkan sebentar barulah digulung/ balut dengan kulit dadar tadi.

sedikit tips:
*Untuk tahan lebih lama kalau nak frozen kentang tadi digoreng separa masak terlebih dulu barulah dimasukkan dalam adunan bahan inti tadi.
*Untuk kurangkan minyak haniss tos inti yang siap dimasak tadi dalam penapis, barulah diikuti langkah seterusnya.

Berbuka 9 Ramadhan


Masak nasi lemak , makan dengan sambal sotong, kangkung goreng, telur rebus & ikan bilis goreng.


ketupat beli cicah dengan serunding.....anak2 pulak teringin menu KFC jadi belikan Shrim stix dengan Cheezy chicarony.

Berbuka 10 Ramadhan - semuanya masak sendiri hari tersebut......... errrrrr kecuali sardin roll.


Tenggiri masam manis, sup sayur brokoli dengan karot, ayam goreng.
Buat trifle dan goreng sardine roll (frozen punya)
Puding koktail tu pula jiran yang bagi.

closed up skit Trifle tu........dengan badam separuh hangit.....
anak2 mintak buatkan lagi hujung minggu ni beserta dengan krim puff......insyaAllah ibu akan tunaikan.



Puding Trifle
Sumber: Kak Maizana

Bahan

Swiss roll
1 tin fruit cocktail
Kristal Jelly - Hanis guna cap NONA
1tin susu cair + 1 tin air + 7 sudu gula pasir
4 sudu besar tepung kastad - sukatan membukit
Yogurt atau whipping cream - haniss guna whipping cream

Cara membuatnya:

Lapisan 1
Potong Swiss roll anggaran 1.5cm tebal, susunkan dalam acuan (bekas pyrex baru nampak lapisan nanti). Tuangkan air fruit coktail keatas swiss roll hingga lembab, ketepikan dulu dan bolehlah masak kastad dengan susu cair.

Lapisan 2
1 tin susu cair + 1 tin air + 7 sudu gula dimasak atas api (sambil tu bancuhkan 4 sudu tepung kastad dengan 1/2 tin air). Bila susu mendidih, kecilkan sedikit api kemudian masukkan bancuhan tepung kastad, kacau hingga menjadi likat. Tuang diatas lapisan 1 tadi.

Lapisan 3
Buahan koktail tadi ditabur atas lapisan 2 (kastad). Ketepikan sekejap.

Lapisan 4
Masak air panas mengikut sukatan pada kotak jelly, hingga mendidih. Masukkan hkan jelly tersebut dalam air panas, tunggu sejuk sedikit tapi masih dalam keadaan cair baru tuang keatas lapisan 3 (buah buahan).

Lapisan 5
Bila jelly dah beku sapukan yogurt ataupun whipping cream keatasnya, kalau nak cantik lagi taburkan dengan buah strawberry keatasnya......haniss tabur dengan badam panggang

Quote:

Nota:
-Untuk adunan diatas sesuai dan muat dalam bekas/acuan saiz 7/8 x 10".
-whipping cream dipukul hingga gebu dan sapu keatas lapisan jelly tadi (Untuk memudahkan lagi kerja sapuan tu haniss masukkan whipping cream dlm pipping bag dan pipe keatas lapisan jelly tadi,.........pipe guna nozzle star pun cantik juga


Selamat mencuba

>> selamat menunaikan ibadah puasa...
>> moga ramadan kali ini menjadi yang terbaik daripada yang sebelum ini...
Thu 3-Sep-2009 17:50
Posted by:<< jeff >>  - [Link]
Tumpang iklan yer...TQ
Clearance Sale at http://noorainisaaim.fotopages.com/
Fri 4-Sep-2009 14:09
Posted by:firqainz noorainisaaim@yahoo.com
mmg bikin kecur air liur bila masuk fp haniss ni......
menu2 yg dihidangkan semuanya menambat selera.....
sya hanya masak sempoi2 je...ye la, nk mkn pn hanya berdua...
anak sya kurang sikit bab2 mkn ni........
sedap nampak puding trifle tu.....
Sat 5-Sep-2009 00:20
Posted by:baayah  - [Link]
View all 16 comments Add comment


[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.