Rahaniss Fotopages

By: Raha niss

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  [2]  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 7-Oct-2009 03:26 Email | Share | | Bookmark
CSI Biskut Raya

 
 
 




Salam semua, masih dalam mood raya ka......tentu lah kan raya sebulan, mesti dok sebok dengan open haus sana sini kan. Dalam sibuk2 tu jom kita CSI sejenis Biskut Raya...Harap harap tu adalah pakar2 dan chef2 tersohor dialam Siber ni kalau ada resipi dan tatacara membuatnya boleh lah berkongsi disini. Cerita sikit kisah dulu2.....Beberapa tahun lepas pernah Haniss utarakan gambar sejenis Biskut `tart Rose' untuk di `CSI' kan dalam forum Cari......alhamdulillah ada seorang pembaca yang telah emailkan resipi tersebut pada Kak Hanieliza dan resipi tersebut kemudiannya di prektis pula oleh mamafami....

Biskut yang nak dikaji kali ni pula dipanggil Biskut Nescafe.......dibeli dari bekas teman sekerja, memang dah bertahun dia jual Biskut ni yang dibuat oleh emaknya. Biasa lah orang berniaga mana ada resipi kan. Disebabkan anak2 yang suka sangat dengan Biskut maka ibunya pun berhajat nak mencari resipi dan mencubanya sendiri (untuk makan sendiri saja, anak2 sekali hadap jer 1/2 balang) .

Antara spesifikasi Biskut Nescafe lebih kurang camni....

o Mempunyai rasa nescafe dan ada sikit2 rasa macam capucino ...
o Tesktur dia banyak menggunakan putih telur, macam pavlova tu........tak pasti la pula ada campuran tepung atau pun tidak.
o Adunan biskut ni dipaipkan dengan nozzle star (sekatilah kan kalau buat sendiri kita paipkan nozzle apa pun) diatas sekeping biskut nipis pula sebesar duit 20sen. (sila rujuk gambar pada tapak biskut ni diatas)
o Dihiasi dengan sebiji coklat chip kat atas dia.
o Bila makan cair dimulut gitu.



`Morning coffee' dirumah saya' - macam tajuk karangan murid darjah 4 ja pun....


Masih berkisar pasal raya.....kat atas ni pula gambar makan2 secara kecilan dirumah saya bebaru ni yang dihadiri makcik, adik dan juga sepupu....Makan ala kadar dengan Nasi Lemak berlaukkan sambal sotong kembang dengan Sambal ikan Tongkol dengan set2 dia la (telor, ikan bilis kacang n timun), Spaghetti Bolognese......tiada dalam gambar kuih2 basah dan keropok Lekor.

Sekian Terimakasih

Next entry - Potluck raya di ofis pula.....


Tuesday, 29-Sep-2009 05:12 Email | Share | | Bookmark
Lepas raya

 
Menu lepas balik dari kampung pada sabtu lepas ,tukar selera la pulak.........kalau tak hari2 tu perut diisi dengan lemang, ketupat makan pulak dengan rendang..nasi pulak berjenis jenis nasi minyak la, tomato la ..beriani lagi. berat pun berkilo2 naik...kain makin ketat..


ikan tongkol kukus cicah sambal belacan....bertambah tambah lagi juga makan nasi...


Tuesday, 15-Sep-2009 01:57 Email | Share | | Bookmark
Biskut Makmur, Menu Pasar Ramadhan dan kad ucapan

 
 
 
View all 9 photos...
Salam semua , apa khabar....diam tak diam dah masuk hari ke 25 kita umat Islam berpuasa..kuih raya dah siap semua ka? Dalam kesibukan persiapan menyambut Syawal ni jangan lah kita lupa atau pun lalai dengan suruhanNya pula...
Biskut raya?...ada lah sejenis tak macam tahun2 dulu berjenis jenis, yang Haniss buat tu pun kuih orang dolu2, kita buat Biskut Makmur...oder Tart dengan saudara yang memang meniaga tart, beli maruku dengan kekacang skit kira cukup lah tu utuk 3 rumah iaitu MIL, mak dan rumah sendiri, tak payah banyak2 la...ada tetamu datang nanti goreng la mee ke spaggeti olio ka, tak pun nasi ayam rosemary..... . Jamu depa makan yang berat2 sikit.





Biskut Makmur dari Resipinet........cukup senang dibuat dan sedap dimakan, terima kasih pada tuan punya resipi Norhaslinda (Linda ZA). Mengikut Linda ni adalah resipi tradisi dari mak ciknya ....tengoklah sukatan pun masih dalam ukuran kati tu, walaubagaimanapun hanis dah buat ukuran betul2 untuk memudahkannya juga sebagai rujukan, mana la tau kan kut ada rakan2 yang teringin nak buat.

Quote:
Biskut Makmur - Paling mudah (resepi org dolu2)

resepi nie dr makcik saya, skarang dia dah uzur dah tak buat langsung biskut
nie. kalau tak biskut nie la specialities dia tiap2 tahun. jenuh gak
mintak resepi tapi dia kata dia main campak2 ajer. one fine day tu gi umah
dia, alhamdulillah dia tgh nak buat biskut nie.

biskut nie mmg sedap giler bg saya. dia tak mcm biskut makmur yg letak ghee
tu. nie very simple. isshhh panjang ekk mukadimah... now we start the
class...hehe. ..tak faham tanya ek

bhn2

1 kati tepung gandum (tepung hendaklah di goreng dulu pas tu ayak). kalau
org dulu2 dia jemur.

marjerin - ikut basah (haniss guna buttercup)

icing sugar

gula kasar

kacang tanah (goreng tanpa minyak, tumbuk kasar)

kacang yg telah tumbuk tu gaul dgn gula kasar (bkn gula icing ek)

cara2

gaul marjerin dgn tepung sampai doh licin dan tak melekat kat tgn. tapi jgn
la keras sgt. kira kelembutan tu masih ada la. kalau melekat sikit2 pun tak pe.

lepas tu ambik sikit, leperkan letak inti kat tgh2. tutup balik, buat
bentuk bujur (nie bentuk asal biskut nie). kdg2 malas nak buat bujur ada
buat bulat je. saya masih mengekalkan cara lama.

pas tu bakar la. lupa nak ckp masa goreng/bakar kacang tanah tu, biar dia
hangit2 sikit tapi jangan la sampai rentung lak...

bila dah masak gaul dgn icing sugar.


ni pulak yang hanis buat, bahan tetap sama macam diatas cuma ditambah dengan sukatan metrik sahaja.

Bahan2

500 gm - goreng dan ayak.
250 buttercup - hanis masukkan sedikit demi sedikit

lain2 tu sama jer la macam resipi Linda kat atas tu.


Sebagai tambahan oder tart dengan maruku.


tambah lagi dengan kerepek ubi.



Untuk menu berbuka sepanjang minggu akhir ramadhan ni semuanya import dari Pasar Ramadhan , layan jer gambar..macam2 makanan ada.







Tajuk: Pasar Ramadhan
Lokasi: Belakang Kompleks PKNS, Bandar Baru Bangi.




Kad ucapan dari rakan2 semua, terima kasih atas kad tersebut...teringat dulu2 zaman beli dan hantar kad raya, baru beberapa hari puasa kalut nak beli kad raya ..tulis berbaris2 lam kad tempek setem pastu pos. Seminggu kemudian tunggu pulak kut2 abang posmen mai hantar balasan kad raya (ada lah kan...tak kan tak dak kut ) habis kelas jer mesti menebeng kat tempat surat sebelum naik kat hostel nak2 dapat pulak kad dari ehem2 .....terus lena dengan kad tu.
Kad2 tu pula bila menjelang Syawal siap buh benang dan gantung samada dinding ataupun lekat kat mana2 jambangan bunga...kira salah satu dekorasi lah masa tu.......(tapi kad dari ehem2 tu simpan elok2 la, tak leh gantung..nanti orang baca.) .
Itu cerita dulu2 la, sekarang ni kerja senang tak payah nak buh setem bagai..hanya sekadar dihujung jari ja dah siap dan boleh terus hantar.

Dari Madiha


Dari Kak Amal


Dari Rinna


Dari Ida


Dari Nani


Dari Kurie


Dari Kak Rusnah


Dari BungaMekar


Dari Baayah


Dari Mamasya


Dari Jasmeen


Dari Wati


Dari PI


Dari Kenitra


Dari Kak Zai (dapur impian)


Tuesday, 8-Sep-2009 05:07 Email | Share | | Bookmark
Berbuka 15 & 16 Ramadhan

 
 
 
View all 8 photos...
Berbuka 15 Ramadhan -

Makan Kabsah Kambing - Restoran Saba` punya, kul 5 dah keluar pergi beli (walaupun tak masak tapi masih makan kat rumah). Untuk bulan puasa Restoran ni dibuka jam 4 petang hingga waktu sahur. Buat Kastad Karamel (segera punya ) kacau jer atas api 4-5 minit.....tuang dalam acuan .siapppppp, lps tu beli murtabak sebiji singgit kat Param BBB (belakang kompleks PKNS).....masih ada lagi murtabak seringgit tau, tapi saiz dia pun comel lah.


2 set besar Kabsah Kambing - boleh 4 orang makan


Kastad karamel `segera'

Berbuka 16 Ramadhan - masak sendiri


Singgang sotong dengan udang, Brokoli goreng & Jenahak masam manis.


Trifle lagi.......



Sekitar apa yang ada kat Pasar Ramadhan BBB (belakang komppleks PKNS)......sebenarnya masih segan silu lagi nak ambik gambar (gambar makanan) kat khalayak ramai, ni pun anak yang tolong...


Kambing panggang.....bro. tu baru nak stat memanggang, awal lagi masa ni baru kol 4.30. Baru 2-3 hari ja nampak kambing panggang ni, sebelum ni dan tahun2 sebelumnya tak pernah jumpa pun kat Param kat situ.


Gulai kawah - merata ada jual gulai ni.


Menu standed kat Param juga - Ikan percik


bubur jagung & bubur pulut hitam.

Tu lah saja untuk entry kali ni........kalau rajin akan bersambung lagi minggu depan.


Wednesday, 2-Sep-2009 04:20 Email | Share | | Bookmark
Berbuka 8,9 dan 10 Ramadhan.

 
 
 
View all 7 photos...
Salam semua, apa khabar sekarang...hari ni dah hari ke 12 kita berpuasa, pejam celik2 dah pun raya nanti. . Sebenarnya mood nak menaip dan update tersangatlah kurangnya, tapi rasa tak lengkap pulak kalau tak menjengah ke fotopages ni.......seboleh bolehnya tak nak lah biar bersawang...(harap2 tu tak lah ya).... Haniss mula bercuti jumaat lepas lagi, ambik kesempatan cuti sekolah ni pi menyoping apa yang patut untuk anak2 + untuk ibunya sekali (dengan anak2 sahaja- en.suami kerja). Kiranya bercuti sakan la 4 hari, petang jumaat tu dah letih dan lembik jadi semua beli jer. Sabtu sambung lagi tapi kali ni tak la sampai seharian jadi sempatlah masak ala kadar untuk kami seisi keluarga.

Berbuka 8 Ramadhan


Ala Thai - TomYam, Kerabu Mangga & Ketam Goreng cili


Beli dari Pasar Ramadhan - Tako & Roti John


Dadar berinti daging dan kentang - buat banyak untuk frozen sekali, nak makan
masak jer atas kuali cam roti canai/murtabak dengan sedikit minyak.

Quote:
Beberapa tahun lepas (2005 tak silap)Haniss dengan sorang teman pernah mengikuti `Chef Asma Cooking Class' untuk makanan sejuk beku, (Chef Asma - tenaga pengajar unitar) belajar beberapa jenis kuih untuk sejuk beku ...tapi kan sebenarnya yang tak pergi kelas pun dah boleh buat kuih sejuk beku ni kan...yang penting kerajinan dan kesungguhan kita jer nak buat atau tidak kan.....Dadar berlaluk ni kira cilok dan ubah suai sikit2 dari resipi Rissol, tukar inti dan masak pula ala2 murtabak tu......boleh panggil rissol shorcut kut



Dadar berlauk

Adunan kulit

2 cawan tepung gandum
4 cawan air
1 cawan susu segar
1 buji telur
sedikit garam dan setitik warna kuning

Caranya:
1. Campurkan semua bahan diatas, kacau dan tapis - haniss blend supaya adunan betul2 sebati
2. Dadarkan diatas kuali leper (non-stick) dengan sedikit minyak dilenserkan terlebih dahulu. (untuk batch yang mula2 saja, lepas tu tak payah lenser)
3. Bila dah masak, sejukkan sebentar, letak inti dan lipat macam mini murtabak tu.
4. Masakkan semula dalam kuali leper hingga perang dan siap sediakan untuk dihidangkan

Inti
Boleh gunakan apa2 inti sebenarnya, samada ayam atau daging, dibuat macam inti karipap pun boleh.....pendekata boleh ikut la kesesuaian citarasa kita. Cara haniss pula macam kat bawah ni.

Daging dipotong kiub - haniss guna separuh peket daging cincang Ramly.
Kentang 2-3 biji dipotong kiub.
1 biji bawang besar - didadu
2 sudu bawang putih - cincang halus
2 sudu besar rempah kari - jadikan pes
1 sudu besar rempah sup - jadikan pes
1 sudu besar sos tiram
sedikit lada hitam jika suka - tumbuk halus (ikut kepedasan)
daun sup - dipotong
garam secukup rasa
minyak untuk menumis.

Cara membuatnya:

1. Panaskan minyak, tumis b. putih hingga perang .
2. Masukkan rempah kari dan sup, biarkan sebentar hingga agak2 keluar bau dan masukkan daging, kacau skit supaya tak bergentel, biar mereneh sebentar dan masukkan *kentang.
3. Masukkan sos tiram, garam, kacau sebentar dan biar hingga agak kering, sesuaikan rasa dan akhir sekali masukkan daun sup. *sejukkan sebentar barulah digulung/ balut dengan kulit dadar tadi.

sedikit tips:
*Untuk tahan lebih lama kalau nak frozen kentang tadi digoreng separa masak terlebih dulu barulah dimasukkan dalam adunan bahan inti tadi.
*Untuk kurangkan minyak haniss tos inti yang siap dimasak tadi dalam penapis, barulah diikuti langkah seterusnya.

Berbuka 9 Ramadhan


Masak nasi lemak , makan dengan sambal sotong, kangkung goreng, telur rebus & ikan bilis goreng.


ketupat beli cicah dengan serunding.....anak2 pulak teringin menu KFC jadi belikan Shrim stix dengan Cheezy chicarony.

Berbuka 10 Ramadhan - semuanya masak sendiri hari tersebut......... errrrrr kecuali sardin roll.


Tenggiri masam manis, sup sayur brokoli dengan karot, ayam goreng.
Buat trifle dan goreng sardine roll (frozen punya)
Puding koktail tu pula jiran yang bagi.

closed up skit Trifle tu........dengan badam separuh hangit.....
anak2 mintak buatkan lagi hujung minggu ni beserta dengan krim puff......insyaAllah ibu akan tunaikan.



Puding Trifle
Sumber: Kak Maizana

Bahan

Swiss roll
1 tin fruit cocktail
Kristal Jelly - Hanis guna cap NONA
1tin susu cair + 1 tin air + 7 sudu gula pasir
4 sudu besar tepung kastad - sukatan membukit
Yogurt atau whipping cream - haniss guna whipping cream

Cara membuatnya:

Lapisan 1
Potong Swiss roll anggaran 1.5cm tebal, susunkan dalam acuan (bekas pyrex baru nampak lapisan nanti). Tuangkan air fruit coktail keatas swiss roll hingga lembab, ketepikan dulu dan bolehlah masak kastad dengan susu cair.

Lapisan 2
1 tin susu cair + 1 tin air + 7 sudu gula dimasak atas api (sambil tu bancuhkan 4 sudu tepung kastad dengan 1/2 tin air). Bila susu mendidih, kecilkan sedikit api kemudian masukkan bancuhan tepung kastad, kacau hingga menjadi likat. Tuang diatas lapisan 1 tadi.

Lapisan 3
Buahan koktail tadi ditabur atas lapisan 2 (kastad). Ketepikan sekejap.

Lapisan 4
Masak air panas mengikut sukatan pada kotak jelly, hingga mendidih. Masukkan hkan jelly tersebut dalam air panas, tunggu sejuk sedikit tapi masih dalam keadaan cair baru tuang keatas lapisan 3 (buah buahan).

Lapisan 5
Bila jelly dah beku sapukan yogurt ataupun whipping cream keatasnya, kalau nak cantik lagi taburkan dengan buah strawberry keatasnya......haniss tabur dengan badam panggang

Quote:

Nota:
-Untuk adunan diatas sesuai dan muat dalam bekas/acuan saiz 7/8 x 10".
-whipping cream dipukul hingga gebu dan sapu keatas lapisan jelly tadi (Untuk memudahkan lagi kerja sapuan tu haniss masukkan whipping cream dlm pipping bag dan pipe keatas lapisan jelly tadi,.........pipe guna nozzle star pun cantik juga


Selamat mencuba


[<<  <  1  [2]  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net