Rahaniss Fotopages

By: Raha niss

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  4  5  6  7  8  9  10  [11]  12  13  14  15  16  17  18  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 25-Nov-2008 08:46 Email | Share | | Bookmark
Makan kuih lapis, minum teh dangdut.

 
 
 
Sambil makan kuih lapis..layan pula teh dangdut.



Ikut resipi semasa mula2 join kelas memasak beberapa tahun dulu

KUEH LAPIS

Bahan A

400gm Tepung Beras
150gm Tepung gandum
2 sudu teh garam
500ml santan pekat dicampur dengan 1liter air

Bahan B
500gm gula
1 liter air
5 helai daun pandan
pewarna merah.

Cara membuatnya:

1. Satukan kesemua bahan A, kacau rata dan ketepikan
2. Masak bahan B sehingga mendidih dan tuangkan kedalam bahan A, tapis.
3. Bahagi adunan kepada 2 bahagian, warnakan satu bahagian dengan warna merah dan satu bahagian biarkan warna asal.
4. Mulakan melapis dengan warna asal selama 10 minit dan selang selikan dengan merah, kukus selapi selapi selama 7 -10 minit.
5. Lapis terakhir kukus selama 15 minit.
6. Gunakan loyang size 11x11x3.

Nota: hanya buat 1/2 adunan saja dengan loyang 8 x 8", 1 adunan tu rasanya terlalu banyak.



Teh dangdut - Lepas tengok teh dangdut yang mariam tayang hari tu, terus testing kat rumah ..cakap dengan anak2 nak buat teh magic...sebab ada 2 lapisan tu kira magic lah tu... .Terimakasih Mariam atas tunjuk ajar dan tatacara membuat teh dangdut..........sekarang ni dah jadi paberet anak2 kat rumah.....letak jugak lah resipinya, untuk rujukan anak2 dimasa akan datang...

Quote:

RESEPI
Sumber: Mariam

2 UNCANG TEH
3 SB SUSU PEKAT
2 SB SUSU CAIR (OPTION)


-REBUS TEH TU DENGAN SETENGAH CAWAN AIR...PASTIKAN TEH TU PEKAT.. (PASTIKAN TEH TU JADI PEKAT, BIASANYA SAYA REBUS SETENGAH CAWAN AIR DAN BILA PEKAT AIR AKAN TINGGAL 1/3 CAWAN JE...)
-1 CAWAN AIR PANAS,CAMPUR SUSU PEKAT DENGAN SUSU CAIR LEPAS TU TARIK SAMPAI BERBUIH
-LEPAS TU MASUKAN SUSU KE DALAM GELAS SEKALI DENGAN BUIH-BIUH TU..
-AKHIR SEKALI BARU MASUKAN TEH YG PEKAT TADI KE DALAM SUSU.. MASUKKAN TEH TU SLOW2...
*SUKATAN AIR DAN SUSU IKUT SUKA KITE SENDIRI NAK MANIS ATAU TIDAK...SUKATAN AIR PUN SAME....IKUT SAIZ GELAS KITA...KALU NK SENANG KITE SUKAT DULU AIR MENGIKUT GELAS YG KITE NK GUNA...


Ni pulak lauk pauk ( bunyi lauk pauk tu macam banyaklah sangat...padahal 2-3 jenis jer pun )

Gulai udang dengan buncis & cencaru goreng sumbat cili.


Wednesday, 19-Nov-2008 06:11 Email | Share | | Bookmark
Gulai Ikan Tongkol dan mengerol lagi......

 
 
Gulai ni sebenarnya adaptasi dari Gulai Ikan Tongkol Nasi dagang tapi dimakan dengan nasi putih....nak buat nasi dagang macam renyah dan rasa2 macam tak pas pun ada, kaedah senang makan dengan nasi putih....



Quote:

GULAI IKAN NASI DAGANG
Sumber :NoorMasri - FnR

Bahan-bahan:

1 ekor ikan aya / tongkol yang sederhana besar (600 g)
2 sudu besar cili kering kisar } jika suka boleh tambah lagi
3 sudu besar rempah gulai nasi dagang } byk dijual di Pantai Timur (kacau dgn sedikit air panas utk dijadikan pes)
8 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 biji kelapa – dijadikan 4 cawan santan
2 cm. halia
2 cm. lengkuas
4 keping asam gelugur
1 cm kunyit hidup
2 sudu besar gula melaka
5 - 6 biji buah belimbing buluh - tak letak pun
10 biji cili kecil
1 sudu besar kerisik - pun tak letak jugak
garam dan serbuk perasa secukup rasa
5 sudu besar minyak untuk menumis

Cara membuatnya:

1. Ikan dipotong berkeping-keping dibasuh dan dibersihkan kemudian direbus dengan sedikit air
2. Masukkan garam dan 2 keping asam gelugur
3. Biarkan sehingga mendidih dan hampir kering airnya diangkat dan biarkan sejuk ( Boleh juga disediakan sehari lebih awal atau disimpan satu malam kemudian dibuat gulai )
4. Bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas dan kunyit ditumbuk lumat
5. Panaskan minyak dan masukkan cili kisar diikuti dgn bahan yang telah ditumbuk lumat kemudian bila wangi dan agak garing masukkan pes rempah. Tumis sehingga pecah minyak masukkan santan. Kacau sehingga mendidih
6.Masukkan ikan yang telah direbus tadi, 2 keping asam gelugur dan gula melaka
7.Biarkan ia mendidih sehingga menjadi pekat sedikit
8.Masukkan cili kecil dan buah belimbing, Biarkan mendidih seketika baru diangkat


Projek mengerol masih berjalan lagi untuk makan2 sendiri dirumah dan kasi jiran skit (minggu lepas dan minggu ni juga), tak der conteng2 batik dah, kali ni main tompok2 kaler pula.



Sunday, 16-Nov-2008 11:54 Email | Share | | Bookmark
Sambal sotong kering dan koleksi pring lama la pulak...

 
 
 
View all 6 photos...
Menu hari ni simple sangat2 .......sambal sotong kering dengan lemak putih taugeh....lepas dah siap masak telefon pun berdering2... teman lama en. suami pula jemput makan kat rumah dia pula, simpan dulu msakan tu untuk , boleh wat makan malam. Sampai saja kat sana terus pekena nasi beriani kambing, mee bandung , sate & bagai lagi........


Sambal sotong kering dengan lemak putih taugeh


Sambal sotong kering - posing secara solo pula.


Tart nenas ......semalam semasa ke Putrajaya singgah sebentar kat rumah mak ngah.....hmmm dapat sebalang Tart nenas pesen dulu2 punya, tapi ni stok baru tau, bukan yang tak habis hari raya hari tu. , sedar2 harini dah tinggal 1/2 balang dah. Masa musim raya hari tu memang tak pandang pun kuih2 ni sangat, taim2 sekarang kalau serdak biskut yang hancur pun kutip makan.

Quote:
kat bawah ni ada lagi sebahagian koleksi piring lama yang haniss ada, masa dapat pun piring je cawan2 semuanya dah lama pecah, mungkin sensitif sangat kut jenis kaca/seramik tersebut. layannnn



kecik sangat piring ni - diameter dalam 11cm.


Sebelah kiri yang ada bulat hijau tu masa zaman Jepun di Tanah Melayu...biru tu pulak dalam tahun 50an juga la...



Saturday, 15-Nov-2008 13:20 Email | Share | | Bookmark
Udang wangi ......harum semerbak

 
 
 
View all 5 photos...
Baru rasa terluang skit nak update, minggu ni agak kalut sikit almaklumlah minggu terakhir persekolahan (anak yang bersekolah , mak tumpang kalut ), minggu ni la juga ada penyampaian hadiah pelajar dan dalam minggu ni lah juga mencari bunga pahar untuk majlis khatam Al-Quran anak disekolah, tapi takat beli jer la bunga pahar tu.......letak jeli dalam tu barang 2 ketul, kira ok lah tu........Ok tinggal kan dulu cerita sekolah tu sebab hari ni dah mula cuti...jom tengok acara masak memasak untuk hari ni pulak.


Mihun goreng - untuk sarapan pagi


Udang Wangi, Sup sayur sawi dengan bebola ikan & telur dadar.


Udang Wangi....memang suka dengan rasa masakan ni, ada campuran udang kering, daun kari dan juga minyak bijan, bolehlah jadikan salah satu menu nanti untuk tetamu makan thari.
Saya buat Udang Wangi ni supaya agak berkuah sikit.....tak rugi mencubanya, memang sedap.

Resipi di `copy' terus dari Fp Kak RinnChan

Quote:

UDANG WANGI
Sumber : Buku Masakan Tradisi Halimah Shuib

Bahan-bahan:
300gm udang basah saiz sederhana/besar, dibersihkan dan dibelah belakang
Segenggam udang kering, direndam dan dirumbuk halus
3 sudu besar cili kisar
3 tangkai cili api, dicincang halus
3 tangkai DAUN KARI...
5 ulas bwg putih, dicincang halus
1/4 cawan air
Minyak masak utk menumis
Beberapa titis minyak bijan
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:
1. Panaskan minyak masak dan tumiskan bwg putih bersama daun kari.
2. Masukkan udang kering, cili kisar dan cili padi.
3. Tuangkan air dan kacau. Biar medidih.
4. Masukkan udang dan minyak bijan. Kacau rata. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
5. Angkat dan hidang.


Alang2 dah bercerita pasal Khatam Al-Quran tu, kita letak lah sekali gambarnya kat sini, *`segan' juga nak letak sebenarnya gambar2 ni, tapi untuk kenangan dihari muka nanti kita letak jugak sikit....




Dengan kawan2, berbaju, bertudung putih serta berkain songket (gambar separuh x nampak pula songketnya)

Quote:
*Perkataan `segan' kalau diutara lebih kepada makna pemalu/malu ....tapi kalau ditambah imbuhan `pe' depannya menjadi `penyegan' akan jadi Malas pulak maksudnya


Sunday, 9-Nov-2008 10:15 Email | Share | | Bookmark
Menu hari minggu...

 
 
 
View all 6 photos...
Nampaknya saya agak te`rajin' .....Menu hari minggu dimulakan dengan sarapan pagi.


Mee Goreng Basah...


Selepas tu disusuli dengan makan tengahari pula, kalau hari sebelumnya dengan keras rebus serai, harini pun masi lagi dengan kerang...selepas ni kena berpantang la sekejap dengan kerang...2 hari berturut2 dah dengan menu kerang. Beli dengan kuantiti yang agak banyak semalam, rebus semua dan sebahagian isi tu cadangnya nak masak rendang kerang hari ni...alih2 sebab tak cukup bahan dan malas nak ke kedai...tukar jer lah ke Kari Kerang, campur dengan kentang....


Teruja dengan Tempoyak Ikan Bilis maklang dengan rozamy...dengan daun limau purut sekali Haniss campak ke dalam tu, campur cili merah dengan cili api.




Quote:

Tempoyak Masak
Sumber : myresepi

Bhn
15 sudu besar tempoyak
4 biji cili besar
4 biji cili api
sehelai daun kunyit - x de so letak daun limau purut
sebatang serai
sedikit garam
segengam ikan bilis yang dah siap siang

Cara-cara
tumbuk cili besar dan cili api.tak payah lumat sangat pun takpe
daun kunyit dihiris halus-halus
serai dititik
campurkan tempoyak,cili besar dan cili api,serai,daun kunyit dan ikan bilis.kacau rata-rata...tambah air skit jika kering sangat...
masak atas api kecil selama 1 ke 2 minit je.dah siap!..sedap dimakan dengan ikan goreng atau ayam goreng atau ulam.



Menu tambahan - Ikan selar goreng, bendi yang hampir kecut goreng berkicap.
Lepas selongkar peti sejuk tadi baru terperasan bendi ni, rasanya beli 2 minggu lepas kut...


Pinggan dan piring `lama' yang `baru' dapat - Salah satu hobi jugak ni, kumpul pinggan2 lama..tapi koleksi yang Haniss ada ni tak lah sebanyak mana pun.


[<<  <  4  5  6  7  8  9  10  [11]  12  13  14  15  16  17  18  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net