Rahaniss Fotopages

By: Raha niss

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  5  6  7  8  9  10  11  [12]  13  14  15  16  17  18  19  >  >>]    [Archive]
Saturday, 8-Nov-2008 13:58 Email | Share | | Bookmark
Kerang, Talam Suji dan Garlic Bread Snack

 
 
 
View all 4 photos...
Kerang rebus serai dimakan dengan potongan cili, bawang dan tomato serta kicap......tulah makanan sempoi hari ni + ikan goreng dan pindang ikan.





Kerang rebus serai

Bahan2

Kerang bersihkan
2 batang serai - diketuk
3 helai daun limau purut
5 biji cili api
1 keping Asam gelugur
3 ulas bawang merah - potong kasar
1 ulas bawang putih - potong kasar
garam
1 sudu minyak
air - tak letak pun tak per...

Caranya:

Masukkan semua bahan tadi dalam periuk dan biarkan sehingga mendidih/sehingga kulit kerang agak terbuka sikit. Siap untuk dimakan.



Talam Suji - resipi masa tengah suka2 dan banyak masa terluang mengikuti kelas masakan (5 - 6 tahun lepas - sekarang ni macam tak berkesempatan jer )....Di kawasan perumahan lama dulu (kat situ ramai surirumah tangga sepenuhmasa) memang setiap 2 minggu sekali kaum2 ibu kat situ mengadakan kelas masakan pada hari minggu,,,kita pun pergi tumpang menyibuk jugak, sampai sekarang pun ada lagi masakan2 masa kelas tu yang tak terbuat lagi . .

Talam Suji

Bahan2 lapisan bawah

200gm tepung suji
100gm tepung gandum
80gm gula pasir
6 cawan santan cair
garam - secukup rasa
pewarna kuning

Bahan2 lapisan atas
4 biji telur
150gm gula pasir
3 cawan santan pekat
160gm tepung gandum
2 cawan gula pasir*
1 cawan air*
1/2 sudu teh esen vanilla
coklat emulco - untuk lebih warna coklat lagi

* Jadikan gula hangus

Cara membuatnya:
1. Mula2 buat gula hangus dan sejukkan.
2. Campurkan kesemua bahan bawah, kacau diatas api kecil sehingga pekat.
3. Tuang ke dalam loyang saiz 10x10x3
4. Campurkan kesemua bahan lapisan atas pula.
5. Kacau secara double boiler sehingga pekat dan masukkankan gula hangus. adunan ni mestilah cair.
6. Tuangkan bahagian atas kedalam loyang yang telahpun berisi lapisan bawah.
7. Kukus selama 30 minit ataupun sehingga masak.
8. Sejukkan dulu barulah dipotong.

Quote:

-Haniss hanya buat 1/2 adunan sahaja...untuk satu adunan tu memang dapat banyak.
-Kukus selama 45 minit.
-Lapisan pertama semasa kacau tu memang agak pekat, suji tengah mengembang kut




Garlic bread Snack sedap dikunyah masa dok depan tv...tak sedar habis satu bekas anak beranak makan.....ni lah snack kesukaan keluarga sekarang, selepas demam sroll sekarang ni demam garlic bread snak pula.....kali pertama buat (cam lam gambar tu) agak garing sangat ,,nampak lah kehitaman kat tepi dia tu...kali ke2 dan ketiga kira dah cun la.......TQ meen...

Quote:

GARLIC BREAD SNACK
Bahan2
Roti (ku guna roti gardenia)
3 sudu besar mentega (atau secukupnya) ~ dilembutkan suhu biasa
6 ulas bawang putih ~ ditumbuk halus
garam & lada sulah secukupnya

Cara menyediakan
1. Gelek roti hingga nipis & potong 4 setiap keping.
2. Campurkan mentega, bawang putih tumbuk, garam & lada sulah hingga rata.
3. Sapukan mentega tadi di atas setiap keping roti.
4. Susun di atas tray pembakar & bakar hingga roti kelihatan kuning keemasan/sehingga garing.
5. Sedia utk dinikmati utk minum petang or sarapan pagi.


Tag Breast Cancer dari Madiha

SESSI TAG
Breast Cancer ~ Cegah Sebelum Parah


Kanser Payudara...merbahaya utk wanita..ramai yg tdk mengambil berat tentang benda nie....
Dan ramai juga antara kita yang malu utk mmbuat pemeriksaan..

Quote:

Jangan malu2 untuk membuat pemeriksaan payudara...kata orang cegah dulu sebelum parah. Mak saudara Haniss salah seorang yang mengidap penyakit tersebut ...stage 3, rasa kagum dengan kekuatan dia melawan penyakit tersebut selepas pembedahan, kimoterapi dan juga radioterapi yang telah dilaluinya. Paling merbahaya lagi bila sel2 kanser ni merebak ke organ2 lain... .....mintak2 kita semua dijauhi dari penyakit tersebut


Hadiah dari Dubai....
rasanya Haniss ni bukanlah hardworking orangnya....takat hangat2 tahi ayam jer kut...... , tapi orang dah bagi tu kita ambik jer lahhhh.....



dengan itu juga Haniss nak pass kan pada rakan2 seperti

1. Maklang - ni memang hardworking
2. Ida Merpati - ni pun sama
3. Mamasaya - yang rajin mencuba resipi2 baru
4. Madiha - yang rajin kedapur setiap hari
5. Ana - tokey kek utara


Sunday, 2-Nov-2008 07:28 Email | Share | | Bookmark
Bahulu Classic

 
 
 
View all 4 photos...
Semalam ke Hulu Langat menemani Makngah mencari bahulu...tempahan sebagai buah tangan kepada tetamu semasa majlis perkahwinan kazen hujung November nanti....Plan asal sebenarnya nak ke Sg. besar tapi atas banyak2 sebab yang tak dapat dielakkan maka ke Ulu Langat jer lah....dekat sikit pun.....
Sebenarnya dikawasan tempat tinggal Haniss ni pun ada jual bahulu (mana2 pun ada) tapi dia berkehendakan yang dah siap di packing (nak senang kerja). Boleh pilih mana2 design kotak yang disediakan (tak silap dalam 10 jenis ada lah kut)...dan boleh pilih mana2 perisa bahulu....ada yang asli, perasa kopi, panda bercoklat rice, walnut pun ada...dan yang bestnya bahulu gulung berintikan jem nenas yang sememangnya menjadi paberet kita pun ada....nyum..nyum..nyummm.
Sayangnya terlupa nak ambik gambar setiap design kotak untuk bahulu tu......kelam kabut sebab ramai sangat pelanggan waktu tu ..nak merasa bahulu lagi pun waktu tu juga lah..... . Kalau jarak perjalanan yang jauh (utara, selatan dan pantai timur) pun pengusaha ni akan membuat kurier/penghantaran sehingga ke muka pintu ...tapi kos tu kita bayar lahhhh...


Bahulu pandan dan bahulu gulung


Keratan rentas untuk kedua2 bahulu tersebut....Kalau rakan2 yang ada resipi yang bersukatan metrik & tips membuat Bahulu gulung inti jem nenas ni, sudi sudikanlah berkongsi ...
Bahulu gulung sama ker tak dengan Swiss roll?
Bahulu gulung ni lebih tradisional lagi dari swiss roll, tiada agen2 penaik rasanya untuk kandungan bahulu gulung ni dan tekstur kulitnya agak kasar sikit...macam kuih bahulu tu.....





Sesiapa yang berhajat nak menempah/merasa Bahulu Classic boleh lah ke:

I.A.D.Z Enterprise
Batu 18, Kampung Jawa
43100, Hulu Langat
Selangor
Tel/Fax: 03-90211131
H/P: 0193848464

Nota tambahan:
Sekadar promosi dapatlah komisyen merasa 2-3 jenis bahulu percuma semalam . ...

Quote:
Teringat zaman sekolah/remaja dulu, tolong mak buat kuih bahulu......kena timbuk (pukul) 20-30 biji telur dalam bekas (selalu guna pasu/mangkuk tanah liat yang besar tu) sampai kembang, tepung pula kena goreng dulu......bakar pula dengan diletakkan api sabut diatasnya, meleleh air hidung dan mata nak perabihkan bakar. Sekarang ni nak makan bahulu senang saja tak payah bersusah payah macam dulu lagi.....`Zaman dah berubah, dunia pun dah maju'


Wednesday, 29-Oct-2008 05:17 Email | Share | | Bookmark
Macam2 ada.......

 
 
 
View all 7 photos...
Macam2 ada....swiss roll, b'day insyirah dan makan2 dirumah Makngah, sekali harung update....minggu akhir dibulan Syawal ni, masih ada lagi jemputan untuk Open haus.
Tengah kemaruk dengan swiss roll lagi ni......tunggu sampai naik bosan baru lah nak berenti kut....


Ada teman lama jemput ke open haus rumah dia.....buat swiss roll ni sebagai buah tangan.


Swiss roll ni pulak untuk majlis makan2 merangkap open haus di rumah makngah......


kek b'day insyirah , oder jer dengan zana..ibunya malas nak baking2 sekarang + tak berapa mahir bab deko2 ni...Pergi ambik kat rumah dia hari tu.....dapat la berjumpa walaupun sekejap. Kita kalut nak pergi tempat lain & Zana pun tengah siap2 nak kuar tu, p open haus kut..


Asal suruh posing mesti nak buat gaya camni...sebelah tu gambar tengah potong kek dibantu oleh kazen Haniss.....


Isnin hari tu 27/10/2008 ada majlis makan2 merangkap open haus di rumah makngah......rumah mak saudara sendiri boleh lah ambik gambar makanan2 dengan makanan sekali tapau bawa balik, kalau rumah orang lain tu masih lagi ada perasaan malu nak ambik gambar2 makanan ni..... . Semuanya masakan dari Katering termasuk air ....Haniss tolong buat tako 100 biji dan juga sroll 4 gulung...sesejak cam terer mengerol ni itu saja yang nak dibuat..... . Antara menunya Nasi Minyak, Sambal sotong kering, Ayam masak ros, Dalca, acar, Laksa, ketupat palas, kuih muih dan dibantu lagi dengan buah buahan.......


Sambal sotong kering (minyak berlinang tu), ayam masak ros, dalca dan acar timun


Laksa beserta aksesori dan buah


Serunding ayam, sroll, ketupat palas dan bua buahan.

Quote:
Susah betul sekarang ni nak update fotopages, tak tau lah kenapa asyik gelong jer...kadang2 tu nak besarkankan gambar pun kena berkali kali, nak melawat dan komen kat fp rakan2 pun susah, error memanjang.....Orang lain pun sama gak ker, atau pun kita sorang jer yang jadi problem tu


Friday, 24-Oct-2008 22:36 Email | Share | | Bookmark
Makan2 lagi......

 
 
 
View all 12 photos...
Quote:

Perkara: Potluck lagi....
Tema: Sarapan pagi dan makan tenghari
Tarikh kejadian: 24 Okt. 2008
Tempat kejadian : Pantry opis
Kesimpulan: kenyang gilerrrrr....
Menu: Seperti dalam gambar, beserta air teh tarik untuk sarapan pagi dan sirap bandung untuk makan tengahari, dan ada yang tak sempat gambar pun ada..


Untuk Sarapan Pagi

popia goreng & kek zebra


Seri muka & lompang


Shepherd Pie & Pulut tanak


Nasi impit & Mee Goreng


Rondang ayam N9 & Rendang daging ala johor dimakan dengan pulut serta telur rebus.

Sesi makan tengahari pula........rehat panjang, makan pun lama laaa.

Ayam organik goreng & Tempe goreng


Sambal belacan dan ulam ulaman


Rendang berkuah kerang & Lemak nenas dengan ikan masin


Tempoyak ikan bilis petai & pekasam Sabah goreng bercili


Bawal goreng bercili dengan sambal


Pemanis mulut - kek dengan pisang


Akhir sekali - sesi membelek manik baju raya sambil makan.


Friday, 24-Oct-2008 03:12 Email | Share | | Bookmark
Shepherd Pie & Swiss roll lagi....

 
 
 
View all 4 photos...
Swiss roll lagi.....buat untuk jamuan Hari Raya sekolah anak...manakala Shepherd Pie tu pulak untuk sesi potluck ibunya kat opis ....aisehhhhh makan memanjang minggu ni . Plan asal sebenarnya nak buat Bergedil tapi bertukar saat2 akhir.....kes malas nak menggoreng di pagi hari.... . Buat Pie ..terus masuk oven, pagi tu cuma panaskan semula...kira ok lah tu kan....


Swiss roll - satu conteng ala2 batik dan satu lagi plain


Dah siap gulung, potong dan isi dalam bekas



Shepherd Pie - sebelum dan selepas dibakar.



Quote:

Shepherd Pie
Sumber: Speedial - dari fp Maklang

Mashed Potato
8 biji kentang – rebus hingga empuk
4 sudu besar butter
2 biji telur – dipukul sedikit
200 ml susu segar
1 sudu kecil serbuk lada sulah
Garam

Cara-Cara
1. Kentang direbus hingga empuk, angkat kemudian lenyek hingga hancur.
2. Panaskan butter, susu, garam, dan lada sulah, Biarkan sehingga butter cair & tutup api.
3. Masukkan adunan butter dan telur ke dalam adunan kentang lenyek. Kacau hingga sebati.

Bahan-bahan Inti
400 gm daging cincang
3 biji bawang besar – potong dadu
2 biji karot – potong dadu
2 biji tomato – potong dadu
2 sudu besar sos tomato (mklang letak curry powder) - ikut maklang gak , letak rempah kari.
2 sudu besar kicap
2 sudu besar tepung gandum
Garam
Minyak
Mix Vegetable – jika suka
1 biji kuning telur – utk sapuan

Cara-cara
1. Panaskan minyak, masukkan bawang besar, goreng hingga layu.
2. Kemudian masukkan karot dan daging, goreng hingga daging masak
3. Masukkan mix vegetable, buah tomato, sos tomato dan kicap. Kacau rata, goreng hingga daging empuk.
4. Masukkan garam, kacau sebati.
5. Masukkan tepung gandum, kacau hingga sebati.
6. Tutup api dan ketepikan.

Penyediaan Shepherd's Pie
1. Sediakan bekas , masukkan kentang lenyek ratakan di bahagian dasar dan di tepi bekas.
2. Masukkan bahan2 inti dan ratakan.
3. Kemudian masukkan lebihan kentang lenyek di atas bahan2 inti tadi dan ratakan, tekan2 sedikit supaya melekat dgn inti.
4. Gariskan di atasnya menggunakan garfu dan sapu kuning telur di atasnya.
5. Bakar pada suhu 200'C selama 30-40 minit atau sehingga kekuningan.


Gambar2 potluck hari ini akan menyusul kemudian....


[<<  <  5  6  7  8  9  10  11  [12]  13  14  15  16  17  18  19  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net