Rahaniss Fotopages

By: Raha niss

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  6  7  8  9  10  11  12  [13]  14  15  16  17  18  19  20  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 21-Oct-2008 06:09 Email | Share | | Bookmark
Potluck kecil2lan sarapan pagi kaum2 ibu & Mee Sua goreng

Roti Jala, Kuzi Ayam & mihun goreng
Sate goreng & lemang
Puding Karamel
View all 5 photos...
Quote:

Tajuk: Potluck kecil2lan kaum ibu
Tema: Sarapan pagi
Tarikh kejadian: 20 Oktober 2008
Tempat kejadian: Pantry opis
Menu: Roti Jala cicah Kuzi Ayam, Satay goreng dengan kuah kacang, lemang, rendang dan serunding, bihun goreng, Puding Karamel beserta air minuman yang dibuat sendiri...

Nota: merupakan menu pra Hari Raya secara, acara besar2 besaran kaum ibu dan anak dara pada jumaat nanti yang merangkap sarapan pagi, makan thari dan juga minum petang.......makan sepanjang hari la gamaknya.











Mee Sua Goreng - adaptasi dari Restoran Siber Pak Amir.....tapi telah diekjas ringkas ikut bahan2 yang ada. Kalu ikut resipi asal dinamakan Mee Sua Goreng Chiengmai.....tapi yang kita goreng ni tak de lah sampai ke Chiengmai .....sampai Bangi ada lah kut ....resipi akan disusuli kemudian......

Mee Sua Goreng - ala Haniss

Bahan2

Sepeket mee sua - digoreng dalam minyak sehingga warna agak perang dan kemudian dicelur dalam air panas mendidih, kemudian ditoskan - ketepikan.

2 ulas bawang putih - cincang/tumbuk
2 ulas bawang merah -cinsang/tumbuk
lada hitam - ditumbuk (ikut kepedasan)
2-3 sudu besar sos tiram
kicap - sikit jer
segenggam udang basah
sayuran - karot/kobis/sawi
daun sup/bawang
garam secukup rasa

Cara membuatnya:

1. Panaskan minyak, tumis bawang merah/putih sehingga agak naik bau.
2. Masukkan udang basah, sos tiram, lada hitam dan kicap.
3. Masukkan pula sayuran dan juga garam, sesuaikan rasa dan akhir sekali masukkan mee sua tadi, kacau sebentar agak2 dalam 5 minit.
4. Semasa menghidang taburkan daun sup/bawang.
5. Boleh dimakan bersam dengan campuran kicap dan cili api.


Monday, 20-Oct-2008 05:27 Email | Share | | Bookmark
Taraaaaaaaaa...Swiss roll dah siap

 
 
 
View all 7 photos...




Taraaaaaa...projek swiss roll dah menjadi.........tapi tak lah 100% cun cam sifu2 kat sini yang buat, tersopek skit kulit dia.....tak tau lah berapa markah dapat kalu cenggini rupanya swiss roll.....Alkisahnya semalam ada saudara mara nak datang beraya pada sebelah petangnya, boleh lah jalankan projek swiss roll ni. .
Dlm kepala otak senang jer....goreng mee, buat swiss roll pastu beli beberapa batang lemang makan dengan serunding.....jadi pepagi lagi siapkan apa2 yang patut untuk buatkan adunan swiss roll, bakar dan biarkan jer dulu, tengahari pulak keluar pergi majlis kahwin kat Serdang....kejap jer makan2 pastu salam2...dah kenyang tu balik laaaa.......nak menggulung swiss roll pulak ni.....Lemang pulak dlm perjalanan balik tu singgah beli jer, banyak pulak orang jual lemang musim2 raya ni. .






Dapat buah tangan ni...beserta jeli dan gula2 (dah habis masa dlm perjalanan balik).

Taraaa...ni dia swiss roll yang dah siap, gulung masa tetamu dah pun sampai kat rumah....habis licin




tak sama `balance' celoreng coklat lebih tebal dari celoreng hijau....lenkali kena ekjas betul2 ketebalan swiss roll ni. Tak rugi mencuba resipi ni, memang sedap pun......dan terima kasih juga untuk meen yang menjadi pemangkin membuatkan Haniss cukup teruja nak mencuba swiss roll ni

Quote:

Kek Gulung/Swiss Roll Batik
Sumber : Apek (Rnet) & Maklang Ulampegaga

Bahan-bahan
6 biji telur gred A @ B
4oz gula castor
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu bsr ovelet
3oz tepung gandum
1 sudu bsr susu tepung
4oz mentega cair
sedikit coklat emulco
jem strawberri secukupnya

1. Telur,gula,ovelet,baking powder,esen vanilla,tepung gandum dan susu tpg msk dlm bekas dan dipukul dgn kelajuan maksima sehingga gebu (5-7minit)
2. Adunan dah gebu akan jadi camni
3. Masukkan mentega cair,kemudian kacau rata ngan sudit kayu
4. Asingkan sedikit adunan tadi (skit je setakat nak buat line) ke dalam bekas lain,kemudian masukkan coklat emulco.Kacau rata kemudian masukkan adunan coklat ini ke dalam piping bag
5. Tuangkan adunan tadi ke dalam loyang kemudian ratakan permukaannya[/b]
6. Paipkan adunan coklat td di atas adunan yg diratakan dlm loyang
7. Lorekkan/corakkan dgn menggunakan lidi dari atas ke bawah, Bakar dlm oven selama 20 minit dgn suhu 170darjah celcius.

Kek dah siap masak
8.Apabila kek sudah masak dan sudah betui2 sejuk, terbalikkan ke atas sekeping kertas kemudian sapukan jem sehingga rata....tolong jgn sapu kuat2
9. Setelah jem disapu rata,gulung kek tadi perlahan2 sehingga kemas.
10. Dah gulung, bolehlah dipotong camni

Nota mklang :
- jgn lebihkan masa pembakaran nanti terlampau garing susah lak nak gulung..pecah kulit swissroll
- jgn buat nipis benor..susah nak gulung nanti
- time nak gulung tu...cubalah berlembut skit ngan swissroll...kalau ganas2 tersiat plak kulit swissroll yg cantik gebu tu..kulit swissroll ni jenis FRAGILE
- korang nak buat batik jawa ke..batik marble ke...batik kalerpul ke...ikut sukahati koranglah ye!
- filling tu boleh jugak letak bcream,choc., jem, blueberi..yg mklang buat tu mklang letak blueberi..sodappp
-pastikan kek sejuk dulu barulah gulung...kalau tak melekat kat paper kuih
- masa sapu jem tu cuba jangan ditekan kek tu sangat...tu sbb kulit dia melekat..
- kalau perhatikan tepung tu nampak skitkan...takpe...jgn risau..
- alas loyang ngan paper kuih tu...biar terjulur dari loyang pun takpe..senang nak angkat...jangan kedekut paper kuih tau...
- nak guna sponge mix pun boleh...tapi rasalah yg original punya dulu..best ke tak
-mklang guna loyang sbread 50 petak tu je...loyang tu kan pelbagai guna...


N3 seterusnya nanti : Potluck kecil2an sarapan kaum ibu di pantry opis....


Monday, 20-Oct-2008 00:21 Email | Share | | Bookmark
Makan2 musim raya lagi....

 
 
 
View all 7 photos...
Quote:

Tajuk : Open Office (jamuan raya ler tu 0
Tarikh kejadian: 17 Oktober 2008
Waktu : 2.30 - 5.30 petang
Lokasi : kawasan opis ...
Katering : Kampung Ku Catering Services
Menu: macam2 ada...makan sampai kenyang


sebahagian gambar yang sempat diambil........


Yong Tau Fu & Mee Udang


Sate, nasi impit & chicken wing


ABC & sebahagian kuih muih


Popiah, sotong utk rojak sotong & BBQ Lamb.


Roti Jala & Tauhu Bakar.


Menang cabutan bertuah......dapat bekas isi pelastik cap IKEA




Sebahagian dari menu berbuka puasa 6 minggu lepas, semuanya angkut dari Pasar malam.


Tuesday, 14-Oct-2008 00:20 Email | Share | | Bookmark
Agar agar Kering dan makan2 dibulan Syawal

Agar2 Kering
Zoom skit
 
View all 5 photos...
Agar2 kering - salah satu juadah kuih muih raya yang mak mesti buatkan setiap tahun ......agar2 yang dimasak dengan kuantiti gula yang banyak, dipotong dan jemur kat panas matahari hingga kering...tapi awas!!!!! gula banyak banyak ni, kalau ada kencing manis tu hati2 errrrr , setakat sepotong dua tu ok lah kut makan yer.....tapi kita memang suka agar2 kering ni, setahun sekali makan tak per lah kut no....... . Resipi turun temurun dari keluarga Haniss....kalau ikut sukatan asal tu dalam `tahil' dan `kati' tapi tak per kita dah ekjaskan ikut sukatan metrik yang terkini...


Agar2 kering - macam2 warna ada.

zoom skit....

Agar2 Kering
Sumber: Bonda ku

35gm agar2 strip
1.2kg gula
200gm gula batu - nak bagi agar2 tu berkilat
1 helai daun pandan
air satu jug*

Cara membuatnya:

1. Masak air dan agar2 beserta daun pandan sehingga mendidih.
2. Bila agar2 dah larut masukkan gula pasir dan gula batu.
3. Warnakan dengan warna yang disukai dan biarkan ianya keras.
4. Potong dalam ukuran 2" x 1" atau pun ikut jer lah kesukaan masing2 nak potong camna, lebih elok kalau gunakan pisau agar2 yang bergerigi tu.
5. Jemur dipanas matahari, kalau betul2 panas terik dan tak hujan tu 3-4 hari dah ok dah.

* Guna ukuran jug kaca yang selalu dok hidang air tu.


Ni pulak gambar makan2 dirumah mak ngah sempena dia merayakan puasa 6......adalah dalam 4 buah keluarga, takat makan kecil2an jer ni.


Sarapan dirumah sendiri ...sarapan jer rajin skit nak memasak , makan thari dan malam serbu open haus...
Sabtu - Nasi impit, Kuah Lodeh dan kuah kacang segera ....teringin nak makan lodeh, sbb kat kampung hari tu dok balun ketupat dengan serunding jer.
Ahad - Bihun goreng dengan keropok lekor.


Semalam puasa hari ke 4...berbuka dengan keropok lekor dulu kat rumah.....lepas isya baru keluar cari makanan yang berat skit. Makan Mee Hailam kat Chelos Cafe.....kenyangngggggg.


Wednesday, 8-Oct-2008 05:10 Email | Share | | Bookmark
Bulan Raya....

 
Biskut Denmark
Biskut Buah Pinggang
View all 5 photos...
Masuk hari ke 8 dah kita menyambut Syawal....mood raya masih terasa lagi ni....
Rasanya semua dah kembali dari kampung halaman dah kut......untuk mereka yang balik kampung la.
Gambar raya......ada lah juga sesikit...kalau madiha dengan dengan cerita kamera masuk dalam akurium......kita pun ada gak cerita pasal kamera ni....tapi tak der lah terajis sangat..
Alkisahnya...charger tertinggal..terlupa bawak balik (kamera nya bawak)
sidia mengharap kita ...
kita pulak mengharap sidia.....
sudahnya tertinggal...kes cuai jugak la ni..
Nasib baik la ada hp yang tak berapa canggih ni......
boleh la klik serba sikit....mood pun jadi kurang la untuk bergambar.....


Biskut Denmark & Biskut Buah Pinggang

Quote:


BISKUT DENMARK
Sumber: Cari FnR
A
5 auns margerin
1/2 tin tepung jagung (tin yg oren brand B&P)
8 camca besar tepung gandum
2 biji telur
4 camca besar gula halus
1/2 sudu teh esen vanila

B
6 camca besar gula aising
2 camca besar serbuk koko
3/4 kati kacang tanah ( digoreng dan di tumbuk..jgn halus sgt)

Cara
Pukul marjerin dan gula, masukkan telur dan esen vanila kemudia masuk tepung. Adun sebati. Bulatkan dan dibakar.
Sejukkan.

utk bahan celupan(BAHAN B)
gula aising dan serbuk koko kacau hingga sebati. kemudian masukkan air panas sedikit demi sedikit. kacau jgn cair. (sukatan air tak berapa pasti..tapi agak agak le kepekatan nak mencelup biskut tu)
Dah siap koko tu...celup biskut dan kemudian golekkan dengan kacang tanah . biar koko sejuk .SIAP...

CUBA LAA
Biskut ni memamg fames dulu...tapi lately ni ada gak nmpk org jual kat pasar ramadhan ...


Nota:
Untuk Biskut Denmark ni, sikit saja hanis celupkan kedalam bancuhan koko dengan gula icing, sebahagian lagi pula celupkan kedalam coklat masakan ....ala2 ferrero rocher gitu, nak lagi happening kat dalam tu letak pulak hazelnut.........letak pula dalam papercups........

Quote:


Biskut Buah Pinggang
Sumber: FnR - [sue]

2 cawan butter / mentega
2 cawan tepung kek
1 cawan tepung gandum
2 cawan tepung biskut merry dikisar halus menjadi tepung
2 cawan cornflake dikisar untuk ditabur diatas biskut
2 cawan tepung jagung
2 biji kuning telur
2 cawan gula halus
2 biji putih telur disapu diatas biskut kemudian ditabur dengan
cornflake
sedikit esen vanila

Cara-caranya.
1. Pukul mentega dengan gula hingga kembang
2. Setelah kembang, masuk kan telur merah dan kacau bagi rata.Setelah itu masukkan esen vanila kemudian kesemuatepung. Uli adunan tersebut sehingga lembut elok.
3. Kemudian ambil adunan tersebut untuk dicanai dan di tekan dengan acuan.
4. Kemudian sapukan putih telur diatas adunan tersebut dan taburkan dengan cornflake yang di kisar halus.


Sambil2 tengok gambar biskut yang agak blur tu meh layan pulak gambar2 ni.....




[<<  <  6  7  8  9  10  11  12  [13]  14  15  16  17  18  19  20  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net