Rahaniss Fotopages

By: Raha niss

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  7  8  9  10  11  12  13  [14]  15  16  17  18  19  20  21  >  >>]    [Archive]
Friday, 26-Sep-2008 01:26 Email | Share | | Bookmark
Salam AidilFitri.......

 
 
 
View all 7 photos...
Alhamdulillah ...dah masuk 26 Ramadhan hari ni, beberapa hari lagi semua umat Islam akan menyambut Hari Raya AidilFitri.....Macam mana dengan persiapan kawan2 semua untuk menyambut Aidilfitri kali ni, baju ..kuih semua dah ready ka?
Hari ni baru lah free skit nak update biskut2 raya yang telah dibuat (macam banyak walhal 3 jenis jer pun ). sebelum ni kalut buat untuk orang punya , tapi tak lah banyak mana pun ...kedrat pun tak berapa kuat nak buat banyak2...ini lah yang dikatakan projek yang tak berapa Mega tu . sajer la nak test power tengok mampu ker tak......alhamdulillah siap juga akhirnya.


Chocolate Lanza.


Snow Almond


Chocolate Tart.


Deretan balang biskut yang dah siap - semuanya dah hantar kat kastemer....

============================================================================

Ni pula sebahagian dari menu berbuka yang sempat diambil gambar....malas pun ada nak bergambar (+ malas memasak sekali ler tu) sejak akhir2 ni....... semuanya import dari Param, untuk sahur samada masak nasik goreng atau buat kan burger, cukup lah tu.


Sotong bakar & taufu fah.


Lopes dengan agar2 apa ntah.....


2 hari lepas masa balik kerja ikut laluan tunai kat PLUS tu dapat la 2 kotak kurma dan kuih bangkit pemberian dari Proton Commerce.....so semalam pun lalu lagi la kut2 ada habuan lain plak.....ada lah juga tapi dapat BAM (salap) dua botol... ok lah jugak tu boleh sapu2 taim2 kembung dan sengkak masa raya nanti....


Akhir kata Haniss nak mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya AidilFitri kepada semua rakan2 di alam siber ni, Kalau ada salah silap atau tutur ayat yang tak kena /terasa haraplah dimaafi, kita manusia memang tak dapat lari kesilapan.
Kepada yang nak balik kampung tu berhati hati semasa memandu, kalau penat atau keletihan berehatlah sebentar......jangan paksa diri memandu - Ingatlah orang tersayang yang sedang menunggu dikampung.
Pada yang menyambutnya di Perantauan jangan sedih2 ya, raya tetap meriah juga kan.




Tuesday, 23-Sep-2008 03:56 Email | Share | | Bookmark
Kad dan ucapan raya

Kali ni tak dak gambar makanan, acara masak2 pun dah kurang menjelang hujung2 ramadhan ni...kalut dengan projek sekut raya.......ada projek yang boleh dikatakan tak berapa MEGA untuk kuih raya ni.......nanti2 lah kita tayangkan kemudian, sekarang ni nak bagi laluan untuk kad dan ucapan Hari Raya

Dari Zira...yang rajin sangat ke dapor


Dari Zai ...bakal ibu tahun depan


Dari Zaiy yang akan berhari raya di perantauan........


Dari feqah pula..........dengan lemang yang tengah dibakar...


Dari Shariza (mamanurin) -


Dari maklang yang suka ulampegaga


Dari rozamy pula...


Dari Meen pula ...yang akan beraya di Sg. Besar


Dari Mamasya sekeluarga yang berada di Brunei



Tuesday, 16-Sep-2008 06:00 Email | Share | | Bookmark
15 Ramadhan........kolling2 1-300-88-2525

Nasi Goreng
Pizza
Baru sampai
View all 6 photos...
Oder pizza 2 biji buat buka posa.....kul 6.45 mamat delivery dah tercegat depan gate, buat nasi goreng lada hitam, masukkan segala baki sayuran2 yang ada lam peti ais. Tak payah citer panjang2 la takat masak nasi goreng jer pun... .


Nasi Goreng Lada hitam ataupun orang putih panggil black pepper

Nasi Goreng Black Pepper

Bahan2
2 mangkuk nasi
Udang basah
2 ulas bawang putih - tumbuk dengan lada hitam
lada hitam - ikut kepedasan
1 sudu besar sos tiram
2 ulas bawang merah - dimayang
garam dan juga sayuran bunga kobis/brokoli/karot/buncis

Cara membuatnya:

1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah hingga agak keperangan
2. Masukkan bawang putih yang telah pun ditumbuk dengan lada hitam
3. Masukkan udang basah, kacau sebentar, masukkan sos tiram dan garam, lepas tu diikuti dengan sayuran.
4. Masukkan nasi dan goreng lah sebentar.
5. Hiaskan dengan daun sup/bawang dan juga tomato.


Pizza Thai Seafood & Hawaian Chicken



Puding Permata yang dimarblekan.....jumaat lepas punya berbuka puasa.

Jumaat lepas cuti 1/2 hari petang, dalam hati tu dok plan nak buat Talam Marble lepas merayau kat Myresipi, nampak macam mudah. Dah keluar semua bahan tengok2 tepung Hon Kwee tu plak kaler hijau ...aisey rosak plan mati2 ingat plain punya tepung...tak syok pulak nak marble kaler hijau tu. Tukarlah kepada Puding Permata tetapi kali ni dimarblekan.....nak marble jugak tu.......


Monday, 15-Sep-2008 05:08 Email | Share | | Bookmark
14 Ramadhan......Nasi Ayam & `Cream Caramel' segera.

 
 
 
View all 4 photos...
Berbuka 14 Ramadhan, Nasi Ayam dan Cream Caramel segera , alhamdulillah kenyang pun, tak payah banyak2 karang membazir pulak...


Nasi Ayam - lembik sikit nasi ni.....


Cream Caramel segera - guna Amway punya, panaskan dengan susu hingga naik buih skit, masukkan dalam bekas dan tuangkan karamelnya.....senang gitu.





Saturday, 13-Sep-2008 23:12 Email | Share | | Bookmark
13 Ramadhan

Siakap Masam manis
Tom yam Ikan Tenggiri
 
View all 4 photos...
Masakan ala thai pulak hari ni, teringin nak makan yang ada masam2 dan pedas. Ada ikan siakap sekor jadi buatkan lah siakap makan manis `gu' dengan tomyam ikan tenggiri. Kenapa tom yam ikan???,,sebab segala makneka sotong, udang mau pun daging secoet pun tak dak lam peti ais tu.....guna sajalah apa yang ada kan Pi kepasar nanti melalut beli macam2 pulak dah..... ok lah juga tom yam ikan ni, macam pindang ikan yang dibubuh macam2 jenis sayuran.


Siakap Masam Manis - ala rahaniss

Bahan

1 ekor ikan siakap - lumur dengan garam, kunyit dan tepung jagung, digoreng dan ketepikan.
1/2 " halia
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 batang serai - potong serong
1 labu bawang besar - potong bulat
3 sudu besar cili blender
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
garam -
daun bawang.
tomato dibelah empat.

Cara:

1. panaskan minyak, tumiskan bawang merah, bawang putih, halia dan serai sehingga agak kekuningan, masukkan cili dan biarkan diatas api.
2. Masukkan segala jenis sos dan kalau perlu masukkan sedikit air jika nak yang agak berkuah.
3. masukkan garam secukup rasa, bawang besar dan akhir sekali tomato.
4. Curahkan keatas ikan tadi dan boleh lah ditaburkan dengan daun bawang.


TomYam Ikan Tenggiri

Bahan

2 keping ikan tenggiri - setiap keping dipotong 4
2 batang serai - diketuk
2 -3 biji cili merah - kisar
3 ulas bawang merah - kisar
2 ulas bawang putih - kisar
3 helai daun limau purut
jus limau
cili api ikut kepedasan - diketuk
1 labu bawang besar - di potong memanjang
Sayuran seperti karot/bunga kobis/jagung kecil - haniss campurkan dengan brokoli
daun ketumbar.

Cara:
1. Panaskan minyak, tumiskan cili merah, bawang merah dan juga bawang putih yang dikisar tadi, sehingga naik bau.
2. Masukkan serai, daun limau purut dan cili api, masukkan juga air secukupnya sehingga mendidih baru dimasukkan ikan dan bawang besar. biar kan beberapa minit.
3. Selepas itu bolehlah sayuran dan garam secukup rasa serta jus limau. Selepas tutup api masukkan daun ketumbar.

Ni pulak beberapa hari lepas punya buka puasa, semuanya import dari Param...ni yang sempat jer ambik gambar, yang lain2 tu sempat ke perut dulu

Terubuk Bakar & gulai udang dengan kacang panjang( tawaq hebiaq- tak buh garam kut)

Roti Boom & Laksam

========================================================================

Ucapan Ramadhan dari feqah - baru nak tampal ni.....



[<<  <  7  8  9  10  11  12  13  [14]  15  16  17  18  19  20  21  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net