Rahaniss Fotopages

By: Raha niss

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  8  9  10  11  12  13  14  [15]  16  17  18  19  20  21  22  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 9-Sep-2008 04:55 Email | Share | | Bookmark
7 & 8 Ramadhan

Masak Kicap Daging
 
 
View all 7 photos...
7 Ramadhan
Hari cuti dan ada kat rumah, masaklah juga serba sikit tambah...kalau lauk sebolehnya2 nak masak sendiri(kalau berkesempatan laaaa )..kuih tu borong jer la kat PARAM, bukan nya nak makan banyak sangat pun. Masak Singgang ikan Tenggiri, Masak kicap daging sempoi , makan dengan telur masin....



Daging Masak Kicap Pedas - ala Haniss

Bahan

Daging - potong nipis
1/2 inci halia - kisar/tumbuk
10 tangkai cili kering - blend
5 ulas bawang merah - kisar/tumbuk
2 ulas bawang putih - kisar/tumbuk juga
1 labu bawang besar - potong bulat
kicap
garam boleh letak kalau tak cukup masin

Cara
1. Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar/tumbuk tadi, sehingga naik bau.
2. Masukkan daging dan dan reneh sehingga empuk, kalau daging tak cukup empu/lembut tambahkan air, masukkan juga kicap.
3. Adjust rasa, tak cukup masin boleh tambahkan garam. Biarkan hingga kering atau jika suka berkuah boleh juga.


Tak tau nak panggil masakan apa...singgang buleh kut ya,halia dah habis letak dlm daging, lengkuas pun tak ada...hentam guna apa jer bahan yang ada kat rumah . Ikan tenggiri, asam keping, serai diketuk, bawang merah dan putih yang dipotong kasar + kunyit serbuk dan cili hijau yang besar2 tu 2 biji, masak jer atas api......masukkan garam.

8 Ramadhan
Meh jamu mata dengan menu PARAM.....macam2 selera ada, yang nak nasi kerabu, nasi beriani la...nasi ambeng pun ada. Kuih2 pun import PARAM juga.

Posing terus dari polisterin

Nasi Kerabu


Nasi Ambeng


Nasi Beriani Kambing.......lauknya terlupa nak ambik gambar



Popia Basah & Kuih Cara Berlauk (masa beli tu baru jer angkat dari bekas dia..panas lagi.....dibuat dalam acuan kuih akok yang bulat tu.)


Akok manis & apam balik.





Sunday, 7-Sep-2008 04:48 Email | Share | | Bookmark
6 Ramadhan

 
 
Ringkas saja berbuka semalam,...goreng karipap frozen, Puding Sagu, goreng sotong kunyit dengan buncis makan dengan kari ikan lebihan hari sebelumnya. Jiran sebelah menyebelah pula hantar mee goreng dengan Bubur Lambuk, kita pun balas balik la dengan Puding Sagu tu. . Itu pun dah cukup tu makan seisi keluarga...tak elok membazir kan.... .


Sotong Goreng Kunyit dengan buncis.


Sago Pearl Puding - cilok dari Blog Mat Gebu. Dah lama teringin nak buat dan lagi melonjak2 lepas Hajar menayangkan edisi Puding dan secara kebetulan bhn pun ada. Buat 4 lapisan jer dan buat pula warna hijau kuning.....

Quote:

Sago Pearl Pudding

20 g serbuk agar-agar
1 liter air
300 g gula pasir
3 helai daun pandan, disimpul
100 g biji sagu rumbia
250 ml santan
Pewarna merah, hijau dan kuning atau ikut warna kesukaan masing2

1. Rendam biji sagu rumbia selama 2 jam, kemudian rebus dalam air mendidih hingga biji sagu jernih. Tuang dalam tapis dan cuci bawah air mengalir untuk membuang kanji dan mengelakkan biji sagu melekat antara satu sama lain.
2. Bagi2kan biji sagu tadi kepada 6 bahagian yang sama banyak. Tiga bahagian dibiar pada warna asal, dan 3 bahagian lagi diberi warna hijau, merah dan kuning. Ketepikan.
3. Tuang air dalam periuk, masukkan gula, serbuk agar2 dan daun pandan. Kacau rata dan masak hingga mendidih. Tuang santan dan kacau hingga rata. Kecilkan api.
4. Ceduk 200ml agar2 tadi, masukkan satu bahagian sagu tanpa warna, kacau rata menggunakan garfu dan tuang dalam bekas berukuran 8 inci x 8 inci x 3 inci yang telah dibasahkan dengan sedikit air. Biar keras sedikit dan kelar2 permukaannya dengan pisau.
5. Cedok 200ml agar2 lagi dan gaulkan bersama sagu bewarna hijau, kacau dengan garfu hingga rasa dan tuang perlahan atas lapisan pertama yang hampir mengeras tadi. Biar keras sedikit sebelum proses seterusnya.
6. Tuang secara berselang seli sehingga menjadi lapisan no.1 = putih, no.2 = hijau, no.3 = putih, no.4 =kuning, no.5 = putih dan no.6 = merah.
7. Sejukkan dlm fridge sebelum dihidang



Thursday, 4-Sep-2008 05:37 Email | Share | | Bookmark
Berbuka 3 Ramadhan, muffin, Tag Ramadhan & homework dari Zira...

 
 
saiz mini

Berbuka semalam cuma masak nasi dengan sambal tumis ikan bilis petai, ,manakala lemak kuning ikan nyoq2 dengan udang goreng butter tu main tunjuk2 sambil bayar duit kat tokey kedai(beli ler tuhhh)......kuih pula beli serba sikit, tu pun tak habis.


Muffin ni buat minggu lepas lagi.....disebab kan fp yang tengah pening2 lalat maka peram dulu lah gambar, sekarang dah ok boleh la taruk kat sini. Memang terasa kecoklatannya muffin ni tapi kat rupa paras tu la yang kurang menawan skit ...sebab menggerutu kat atas dia skit tu.....walaupun rupa paras kureng tapi tetap licin gak... . dicopy dan paste dari Myresipi.....

Quote:

Muffin Coklat
oleh: yani@myresipi.com

Resepi yg simple. tak payah pukul sehingga kembang. Cuma gaul sehingga sebati
Bahan-bahan ( 10 biji )
200g coklat masakan
70g mentega
2 biji telur
50g gula halus
60g tepung gandum
1 sudu kecil baking powder

Cara-cara:
1.Cairkan coklat. Gunakan kaedah "double boiler" .
2.Kemudian masukkan mentega. Kacau sehingga mentega cair. Selepas tu bolehlah panaskan oven sehingga suhu 170C.
3.Dalam mangkuk lain, masukkan telur dan gula. Kacau sampai sebati. Tak perlu penaik(kembang).
4.Masukkan telur ke dalam mangkuk coklat. Kacau biar campuran sebati.
5.Ayakkan tepung dan baking powder ke dalam mangkuk coklat. Gaul sehingga sebati.
6.Isikan adunan ke dalam bekas muffin sehingga 1/2 penuh atau 60% penuh. Bakar selama 20 minit.
7.Selepas masak tu, mungkin muffin ni lembik sikit( sebab hanya sedikit tepung yg digunakan) tapi bila dah sejuk dia akan keras dengan sendiri. Jadi kalau lepas 20 minit tu, masih lembik tak payah bakar semula.


Tag Ramadhan lagi.......

Dari Meen yang selalu buat kapkek


Dari kak amal yang berada diutara.....


Dari kak Jie yang menetap di Melaka..


Akhirnya siap juga homework dari zira...kemain susah lagi nak karang, pastu nak menyusun ayat (paling lemah bab2 ni lah).....kalau dapat award tu boleh terus gantung jer kan.
Quote:

RULES
The rules of the game get posted at the beginning. Each player answer the question about themselves. At the end of the post, the player then tags 5 people and posts their names. Then goes to their blogs and leaves them a comment. Letting them to know that they have been tagged. Let the person who tagged you know when you've posted your answer.

So now, on to the questions.

1) What were you doing 5 years ago?
Tahun 2003, masa ni baru dapat kunci rumah yang diduduki sekarang ni, dan memang agak sibuk jugak la waktu tu.....nak pasang grill, lampu, cat semula dalaman rumah dengan warna yang kita suka, ubah suai sikit dapor supaya nanti2 kita akan rajin kedapur untuk memasak....ngeh3x, dan tak lama lepas pindah kita pun preknen anak ketiga....

2) What are 5 things on your to-do list today?
~ 4.30 am bangun n panaskan makanan untuk sahur, kejut en.suami dan juga anak2
~ Kemas dapur serba sikit lepas makan
~ Kemas skit kain2 baju yang dah berlipat
~ Hantar anak kesekolah dan juga taska
~ Sampai kat opis terus on PC........baca email atau apa yang patut, waktu lunch baru nak karang ayat siapkan homework ni....
3) What are 5 Snacks you enjoy?
~ Kacang tumbuk
~ Rempeyek
~ Coklat
~ Pop Corn
~ keropok goreng

4) What are 5 things you would do if you were a billionaire? (best nya berangan tapi x mungkin tercapai )
~ Nak selesaikan semua hutang2 yg ada....segala loan yang ada, dan nak buat banglo...
~ Nak beli tanah kebun, rumah untuk sewa sebagai aset masa depan.
~ Tolong saudara mara yang perlukan bantuan kewangan dan bagi sedekah pada rumah2 anak yatim, dan juga dana untuk menampung pembiayaan masjid.
~ Nak bawa seisi keluarga termasuk mak ayah gi Mekah...lepas tu melancung kenegeri2 di Timur tengah sambil jalan2 dan cari makan disana.
~ Nak melancung serata dunia tiap2 tahun shopping puas2.

5) What are 5 jobs you've had? ada setakat 3 jenis kerja ni sehingga kini...boleh jer lah yer...
~ Praktikal kat Telekom Malaysia (kira kerja lah juga kan) Butterworth beberapa bulan , best sebab boleh buat panggilan kemana2 saja, merata call member masa tu (tenet belum wujud lagi masa tu.....jadi takat phone jer lahh)
~ Lepas tamat belajar terus dapat kerja kat sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Perai jawatan lebih kurang mcm TA (Technical Asst), glamer gak uniform pada masa tu.
~ Berenti dekat situ sebab dapat kerja tetap di salah satu perbadanan syarikat yg ada nama lah juga kat Kelompo ni, kena berhijrah la pulak demi untuk kebaikan masa depan ...dan itu lah kerja kita sampai tika dan saat itu......lama juga about 10 + dah pun.
~ Tambahan kerja yang sentiasa ada - untuk jawatan dirumah pula: tukang masak, tukang kemas rumah, drebar anak2 kesekolah dan mcm2 lagi lahhhh.


kita tak nak tag kan sesiapa homework ni sebab rasanya semua orang dah pun kena dan satu lagi tau betapa payahnya nak siapkan ni....dekat 2 minggu juga terbengkalai.



Tuesday, 2-Sep-2008 03:01 Email | Share | | Bookmark
Berbuka 1 Ramadhan

 
Gulai Daging Salai
Puding Permata
View all 6 photos...
Minggu lepas fp meragam, langsung tak leh nak upload gambar.....sekarang ni dah ok boleh lah mengganas skit.....Baru hari ke 2 kita berpuasa di bulan Ramadhan, moga2 ibadat puasa kita ni mendapat keberkatan dariNya.
Memandangkan semalam hari bercuti jadi bolehlah masak serba sikit (tak banyak mana pun), buat karipap untuk berbuka dan lebihkan sikit untuk frozen, nak makan terus goreng jer la..senang skit.

Karipap - untuk berbuka & frozen.


Puding Permata ni sedap dimakan lepas disejukkan......makan pula waktu berbuka, nyaman jer rasa tekak tu. Puding ni kita memula dulu tengok kat rumah Mat Gebu, lepas tu kat rumah Hajar pulak..memula tu nak terai Sago Pearl Puding tapi nak kena masak dan tos pula Sagu tu(angin M ler tu)....fikir2 balik buat yang senang sikit lah dulu, nanti sebelum menjelang raya akan diusahakan juga la buat yang bersagu tu
copy & paste resipi kat sini.....

Quote:
Puding Permata

Bahan A
300 ml air
200 ml susu cair
125 g gula
2 camca besar serbuk koko
1 camca besar serbuk agar2

Bahan B
500 ml air
400 ml susu cair
250 g gula
10 g serbuk agar2
1 1/2 camca besar tepung kastard*
3 camca besar air*(*disatukan)

1. UNTUK AGAR2 COKLAT :- Masak gula dengan susu hingga mendidih. Masukkan serbuk koko dan kacau hingga sebati. Masukkan serbuk agar2, kacau rata dan masak hingga mendidih. Tapis ke dalam loyang dan biarkan betul2 keras. Kemudian potong kecil2.
2. UNTUK PUDING PERMATA :- Masak air, susu dan gula hingga mendidih. Masukkan bancuhan tepung kastard dan serbuk agar2. Masak sambil dikacau hingga pekat. Kemudian masukkan ke dalam loyang dan taburkan potongan agar2 coklat tadi. Biar sejuk baru dipotong




Semasa ke Pasar Tani Ahad lepas beli barang keperluan dapur en. suami ada belikan daging salai.....apa lagi masak gulai daging salai lah semalam untuk lauk berbuka...Hanya campurkan dengan kentang dan kalau ada belimbing buluh atau pun nenas lagi lah sedap rasanya. Resipinya main campak2 jer, asal jadi kuning2 dan berkuah cukup pedasnya, masin nya..kira ok lah tu. Mutu gambar kurang berkualiti, tapi tengok aje lah ya.....

Gulai Daging Salai

Bahan

Daging salai - potong nipis
10 biji cili api - boleh tambah kalau nak pedas yang kaw2 punya
1/2"kunyit hidup
3 ulas bawang merah
2 batang serai - diketuk
1 kepingasam gelugur
1 1/2 cawan santan - ikut kesesuaian masing2,
garam secukup rasa
kentang/nenas/belimbing buluh

Caranya:

1. Tumbuk cili api, kunyit dan bawang merah, masukkan dalam periuk bersama daging dan juga sedikit air, renehkan agak2 dlm 1/2 jam untuk melembut daging juga nak bagi mesra dengan bahan2 tumbuk tadi.
2. Masukkan kentang, lepas tu bila agak2 nak empuk sikit masukkan santan dan masukkan garam, sesuaikan rasa.


Ni bukan kek untuk berbuka ya......buat ni minggu lepas lagi tapi dek kerana fp yang meragam tu peraplah dulu......alang2 dah buka entry baru hari ni kita masukkan jer lah. Buat kek ni untuk jamuan menyambut puasa diSekolah anak, isi dalamnya Japanese Cheesecake kat luar tu pula selimutkan dengan fresh cream, pancitkan pula kat tepi2 tu nak cover sapuan yang tak rata, atas tu pula curahkan bluberi...siappppp terus masuk kotak.....
Agak2 lulus tak tahap2 macam ni?......



Friday, 29-Aug-2008 08:13 Email | Share | | Bookmark
SALAM RAMADHAN

Selamat menyambut bulan Ramadhan untuk semua rakan2 di Alam Siber........bersama samalah kita menjalankan ibadah puasa, bulan Ramadhan bulan yang mulia.

Tag Ramadhan dari maklang....sifu masakan ku


Dari Umieaisyah pula...cikgu yang cukup rajin buat kek


Terima Kasih Maklang dan Umieaisyah, ingat jugak yer kat teman ...dan Haniss nak berkongsi dengan semua kawan2 di fp ni, boleh ambil dan gantung dekat rumah masing2, jangan malu2 ya...

Quote:
2-3 hari lepas fp meragam, nak load gambar langsung tak boleh...tensennnnn...sudahnya keluar entry tanpa tajuk.....ni dh ok skit boleh lah mengganas balik ....gambar2 masak akan menyusul lepas ni, beri laluan kat Salam Ramadhan dulu


[<<  <  8  9  10  11  12  13  14  [15]  16  17  18  19  20  21  22  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net