Rahaniss Fotopages

By: Raha niss

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  [3]  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Friday, 21-Aug-2009 03:11 Email | Share | | Bookmark
Makan makan sebelum Puasa.

 
 
 
View all 22 photos...
Al Jazera, Cyberjaya - Selera timur tengah

Apa lagi makan kambing la, anak2 saja yang pilih menu berasaskan ayam. Terletak tak jauh dari Restoran Saba', dan harga agak murah sikit (sikit saja) dengan Saba'. Nak pekena Kabsah kambing mai la makan kat sini, pengunjung pun tak ramai mana......menunggu makanan sampai pun kejap ja. Pelayan pun ok ja tahulah sikit2 dia cakap melayu.


Peta laluan ke Al Jazera








Matby Kambing


Kabsah Kambing


Kabsah Ayam


Oqdah Ayam.



Paya Serai, PJ Hilton
Bos yang belanja, sempena nak menyambut bulan Ramadhan katanya....kalau sendiri punya tak lah kut....takat pi makan kedai `timur tengah' tu boleh la lagi:-D Layan jer gambar yang agak kelabu asap ni/...kamera malas nak bawa keluar sbb nak kosentrate makan, guna hp jer.
terima kasih bos, lepas raya nanti buat sekali lagi untuk jamual Syawal pulak ya....








Chef tengah Bakar Sate










Kuih Lopes



Makan kenduri (masuk senarai juga)

Kenduri pada ahad lepas di Dewan Besar UTM Jalan Semarak.








Ada 2 pilihan, nasi putih dan nasi minyak - haniss ambik nasi putih ja.


Cenderahati untuk tetamu dewasa, kanak2 pula dapat gula2 dalam beg kecil.

Sekian saja.......

Quote:
Selamat menyambut bulan Ramadhan untuk rakan2 dialam siber semua. Semoga segala amalan dan ibadat kita dibulan yang mulia ini akan mendapat keberkatanNya, InsyaAllah.


Wednesday, 19-Aug-2009 01:15 Email | Share | | Bookmark
Laksa Utara

 
 
 
View all 7 photos...
Disebabkan dapur tak berasap sejak seminggu dua ni sayang tayang gambar laksa ya...hujung minggu baru2 ni pun agak sibuk dengan cari baju raya anak la, undangan kenduri kawin la, majlis doa selamat menyambut ramadhan lagi , maka periuk belangan pun gantung juga la.......errr sehingga menjelang ramadhan kut .

Laksa Kuala Kedah

Tempat paberet saya makan laksa kalau balik kampung kat Kuala kedah la, sejak dulu2 lagi lah dari zaman remaja sampai dah beranak 3 dah ni, Zakaria Laksa ni kedai dia (kedai merangkap rumah dia sekali) kalau sesiapa yang nak menghala ke langkawi dan naik feri kat Kuala Kedah akan lalulah kedai ni. Kedudukan di sebelah kanan kalau dalam perjalanan ke Kuala Kedah.
Ada 2 kedai yang meniaga laksa (adik beradik depa ni, bukak kedai sebelah menyebelah). Istimewanya Laksa kat sini adalah laksa beras asli disamping tu ada sambal nyiok (sambal kelapa) dan daun menggunakan daun `putat' selain dari bawang dan timun sebagai bahan taburan/ulaman yang dihidang bersama laksa ni.

Teringat dulu2 kalau makan kat sini mesti beli sekali untuk bungkus bawa balik juga. Untuk yang dibawa balik laksa beras ni akan dibungkus dalam daun pisang kemudia baru dibalut plastik/suratkhabar kat luarnya, sambal nyiok pula dicalit atas daun pisang juga dan dibungkus dengan laksa tersebut. Tapi zaman dah berubah, sekarang ni laksa dibubuh jer dalam plastik nipis tu, sambal pun dalam plastik juga.......Agaknya nak menjimatkan kos kut, tak pun daun pisang dah berkurangan . sambil2 makan laksa tu oderlah sekali ais kacang dan sate.......





Gambar laksa? anak bongsu saya ter dilit dalam kamera sebelum maknya sempat buat apa2 lagi.

Laksa Beras Kak Su - Presint 8 Putrajaya

Kalau rasa nak lepas kempunan laksa beras utara bolehlah juga p makan kat Medan Selera Presint 8, Putrajaya, merupakan cawangan Su Laksa Beras Kuala Perlis. Pada saya Su Laksa Beras yang Kuala Perlis lebih umphhhhh lagi dari yang kt Putrajaya...tukang masak pun lain2 kan rasa nya pula tentulah lain skit kan, tapi untuk lepas kempunan laksa utara tu boleh aja....tapi tak der lah daun putat tu semua macam laksa Kuala Kedah, hanya berulamkan daun selom, bawang dan juga timun.






Laksa Presint 8 siap hidang - dibeli bungkus dan balik makan kat rumah.

Laksa dari dapur rahaniss

heheheh...ni pulak laksa dari dapur rahaniss, beli laksa kilo kat pasar, kuah jer buat sendiri. Laksa ni agak liat skit (kanji banyak kut) dan urat pun agak besar berbanding dengan laksa beras asli.





Sekian saja...selamat menjamu mata.


Tuesday, 11-Aug-2009 05:44 Email | Share | | Bookmark
Kek Pisang lembab & Insyirah demam

 
 
 
View all 6 photos...
Kek pisang lembab, diambil dari dapur mat Gebu........heeh memang gebu dan lembab pun kek pisang ni. Haniss guna 3 biji pisang montel...buat sebab nak habiskan stok pisang.





Quote:

BAHAN-NAHANNYA
250 g tepung gandum*
1 camca teh soda bicarbonate*
1/2 camca teh garam halus*(*digaul rata dan diayak)
15 g ovallate
150 g gula halus
5 biji telur gred A
125 g mentega, dicairkan dan biar sejuk
100 g minyak jagung
225 g pisang emas + 1 camca teh vanilla, dilecek halus - haniss guna 3 biji pisang montel

CARA MEMBUATNYA

1.Panaskan oven pada suhu 175C. Lenser bund-pan dengan mentega, tabur tepung rata dan ketuk keluar lebihan tepung. Ketepikan. (kalau guna tin kek warna hitam, turun kan suhu jadi 160C..sebab tin hitam kadar penyerapan haba dia lebih tinggi).
2.Putar gula dengan ovallate hingga sebati, masukkan telur (kesemuanya) dan putar dengan kelajuan tinggi hingga adunan naik dan pekat (seperti adunan baulu). Perlahankan speed dan masukkan pisang lecek, gaul rata.
3.Masukkan tepung berselang seli dengan metega cair + minyak jagung tadi. Buat hingga siap dan gaul rata. Tuang dalam tin yang telah disediakan. Bakar 55 - 60 minit atau hingga masak, mengikut oven masing2.
4.Uji kek dengan mencucuk lidi sate di bahagian tengah kek, jika keluar bersih, tanda kek dah masak. Biar kan kek sejuk sedikit, longgar2kan dari tin dan terbalikkan. Sejukkan sepenuhnya atas jaringan sebelum dihidang....


Jiran pula bagi cempedak , maka jadilah pula cempedak goreng masa cuti jaga Insyirah demam minggu lepas.





Minggu lepas Insyirah dengan kakak sulungnya demam, tapi yang demam kuat insyirah la...temp. 39+.....tak nak turun2 pulak tu temp. kalau turun pun takat 38.5 gitu, kesian dia (tapi dia suka sebab tak payah pergi tadika) Dalam tempoh 2 hari temp. langsung tak nak turun bawah 38, risau juga masa tu takut wabak yang satu tu. Pergi kelinik punya la ramai orang ...paling ramai anak2 kecik la yang demam, jenuh menunggu giliran...kebiasaanya kejap ja pun.
Haniss pun ikut cuti jugalah menjaga dia ...disamping tu sempat la eksperimen kek pisang lembab, nak eksperimen lebih2 malas lak nk keluar cari bahan. Buat juga bubur untuk orang demam, tambahkan sikit kicap dan serbuk ikan bilis . Untuk orang yang tak demam pulak makan dengan sambal ikan bilis, bilis goreng dengan bawang dan lobak masin, pastu taburkan sikit daun sup/bawang dengan kicap......licin semangkuk.




Untuk orang sihat


licinnnnnnnn


Thursday, 6-Aug-2009 02:36 Email | Share | | Bookmark
Kuih Getas, Olio Spaggeti & Little Perak in Bangi

 
 
 
View all 11 photos...
Minggu lepas berpuasa sunat Syaaban (puasa ganti dah habis pun) sambil selak2 Myresipi ternampak lah Kuih Getas ataupun dipanggil Getas getas...tak tau dari mana asal usul kuih ni dan pernah la makan satu ketika dulu dan petang tu juga singgah kedai beli tepun pulut dengan kelapa...hajat nak buat untuk berbuka puasa tapi tak jadi sebab dah ada makanan lain dah hari tu...banyak2 nanti membazir pulak kan. Hari ahad baru lah buat Getas ni...dan teramat senang lahn nak buat nya, kejap jer dah siap....tak ikut sukatan sangat pun masa buatnya tapi haniss letakkan la resipi lengkap sebagai rujukan. Tapi awas semasa menggoreng tu...ada la berlaku letupan2 manja gituuuuu...yang tak mengakibatkan kecederaan pun.



Quote:
Getas-getas
sumber: che'iza@myresipi.com

Bahan-bahan ( 16-18 biji )

250 gm tepung pulut
150gm kelapa parut
130 ml air
secubit garam
* 3/4 cwn gula
* 1/2 cwn air
* sehelai daun panadan

Cara-cara
1. Campurkan semua bahan kecuali yg bertanda *, gaul hingga menjadi doh.
2. Kepal bulat2 dan dileperkan (saya buat bentuk lonjong) ikut suka saiz, ketebalan dan bentuk.
3. Goreng hingga kekuningan
4. Dikuali lain, masak bahan bertanda * hingga pekat, bebuih dan bertali.
5. Masukkan kuih yg telah siap digoreng. Pastikan api kecil.
6. Bila gula mula terbentuk dan melekat matikan api.
7. Sedia utuk dimakan, sesuai utk sarapan dan minum petang.



Olio Spaggeti ,dimakan bersama Kuih Getas tadi.............sarapan kombinasi selera tradisional dengan ala2 itali. Kak Amal......ooooo kakAmal, saya letak resipi kat sini ya.

Quote:

Olio Spaggeti
Sumber: Kak Amal

Bahannye:

1 paket spaggeti -
direbus dgn sikit minyak dan garam kemudian ditos dan digaul dgn minyak zaiton atau minyak sayur supaya x melekat.
1 cawan daging kisar
3 biji cili yg sedang je, warna merah, kuning dan hijau - dipotong dadu
2 batang salery- dipotong dadu
3 ulas bawang putih..dadu halus utk menumis
1 1/2 sudu kecil serbuk cili(letak ikut kepedasan)
1 sudu kecil serbuk lada hitam
garam dan minyak zaiton/sayur
(kmal guna minyak Naturel Canola+Sunflower Oil)

Caranye:
Panas minyak zaiton..tumis bwg putih hingga layu..masukkan 3 jenis cili capc dan salery, kacau hingga layu sikit kemudian masukkan daging kisar tadi..kacau lagi..masukkan spaggeti, serbuk cili dan serbuk lada hitam..rasakan garam..siap tak sampai 10 minit.
Olio ni sekejap je sebab daging tu dah dimasak spt cara kat bawah ni.....dari Kak Amal jugak lah.

- Daging Kisar beku - Ramly
Dimasak atas kuali ...utk leraikan dagingnye...masak hingga keluar semua airnye...bila dah ada sikit2 minyak daging tu...masukkan sikit garam dan sebuk kari daging..gaul2 sebentar..masukkan dlm tapaware....tunggu sekejab..boleh simpan dlm frezzer)




Selit sikit agenda makan2 ...
Little Perak in Bangi - terletak setentang dengan Bangi Kopitiam dan dibelakang kedai Al Ikhsan, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi. Menu makanan kebanyakan diambil sempena dengan nama2 tempat di Perak umpanya, nasi ayam Pasir Salak, Rendang Opah dan berbagai lagi lah......tapi yang saya makan hanya menu sarapan pagi , alas perut gitu.....bersama anak bongsu yang suka sangat minum kopi di kedai makan yang bertemakan `kopitiam' ni.
Lepas ni nak cari `Little kedah' pula - yang ada jual gulai batang pisang dengan nasi kerabu berlaukkan asam keladi.......






Satu sudut dalam Little Perak in Bangi


ni sudut lain pulak...siap ada buai lagi tu




Kopi Bujang dengan air mangga.


Popia Taiping (my paberet ni popia Basah) & Roti Tanjung Malim (rasa macam roti kyoto yang jual kat JJ tu)


ni sah bukan menu Perak asli......


Tuesday, 4-Aug-2009 03:30 Email | Share | | Bookmark
Mee Kuah Kampung & Deko bersama "de'Heart cupcakes"

 
 
 
View all 7 photos...
Salam semua, kali ni nak hidang masakan Mee Kampung.......kenapa ada nama kampung tu?....Mee ni lah selalu dibuat (bukan kita yang buat er masa tu) dan dimakan semasa membesar dikampung dulu, dengan bahan2 yang ringkas dan terhad dan amat mudah sekali disediakan. Nak guna daging tetel pun boleh tapi masa tu beli daging pun jarang2 sekali. Udang pun guna udang yang kecil2 tu hah.
Sesekali terkenang nostalgia lama ni seronok juga......tambah2 pula bila kenangkan zaman meningkat remaja pula....(zaman kena mengorat ).ishhhh...ishhh nak tergelak pun ada bila terkenang balik masa tu..... a'ahhhhhh dah setat nak melalut la tu........
Mai tengok hidangan Mee Kampung , mengingatkan pada nostalgia lama dihidangkan pula dalam pinggan bunga kangkung, dengan dimodenkan sikit iaitu ditambah daun sup. Walaupun ringkas dan mudah Haniss tetap juga nak kongsikan resipi dengan rakan2 semua.


Antara bahan untuk Mee Kuah tersebut


Dah siap dihidangkan


Sedia untuk dimakan.

Mee Kuah Kampung

Bahan2 (untuk sepeket mee)

Bahan Kuah

2 biji keledek - saiz sederhana direbus dan dilecek/blend
5 biji cili merah - blend
udang kecil - direbus, di toskan dan ambil airnya (udang besar pun boleh)
Bawang dari pokok daun bawang, potong 1" dan belah 4 (anggaran dari 4 batang pokok bawang)
garam secukup rasa
1 biji bawang besar. - potong nipis (sepatutnya pakai bawang kecik tapi kat rumah tak pdak ...hentam sajalah guna b. besar)

Caranya:

1. Didihkan dengan api perlahan keledek, cili yang di blender dan air udang tadi anggaran dalam 20 minit masukkan bawang dari pokok daun bawang tadi, biar kan dalam 10 minit, masukkan garam dan sesuaikan rasa.
2. Panaskan minyak, tumis bawang besar hingga warna perang n masukkan dalam kuah tadi, tutup api... dah pun siap.

Mee , taugeh dan sawi dicelur.Sampingan lain pula telur rebus, tauhu dan daun sup/bawang yang dipotong dengan udang yang direbus tadi. Taburkan juga bawang goreng.



Sepetang bersama de'Heart Cupcakes@http://kekcawan.blogspot.com/

Tanam cempedak dengan pokok koko
Sayur pula tanam tepi pagar
Haniss baru belajar mendeko
Kalau ada yang tak kena silalah ajar


Sabtu lepas dapat luang kan masa untuk mendeko bersama de'Heart cupcakes @http://kekcawan.blogspot.com setakat basic deco jer tau bukannya deco yang hebat2 macam sifu2 kek yang ada kat alam siber ni, dan sesuai la dengan Haniss yang bertaraf beginner ni... . Niat hanya untuk menambah pengetahuan dan juga baru nak mengasah tangan yang tak berapa nak seni ni.
Pernah juga beberapa kali order kek dengan Ellie (de'Heart cupcakes) tambahan pula ellie pun dah berpindah ke Bdr. Baru Bangi...lagi lah senang kan dan ni lah kelas pertama yang dianjurkan de'Heart cupcakes, tapi haniss masuk yang sesi kedua. Sila lah jamu mata dengan kek hasil tangan saya ya, tema deko tak tau nak cakap jenis apa, ...flora dan fauna kot ..tu ada beberapa ekor rama2 dengan kuntum bunga yang yang berselerak sana sini......








Inilah hasilnya lepas sentuhan terakhir.....lepas tu bawa balik rumah dan anak2 yang pakat potong ala2 sambut hari jadi.


[<<  <  1  2  [3]  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net