Rahaniss Fotopages

By: Raha niss

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  [4]  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 29-Jul-2009 04:23 Email | Share | | Bookmark
Kayu Keramat, Tepung Talam & Ulang tahun Fotopages yang ke 2

 
 
 
View all 7 photos...
Salam semua......
Operasi hujung minggu baru2 ni selepas resipi tu lama terperap.....Kayu Keramat resipi Nor Mariah yang diambil dari Fp madiha yang sememang nya rajin mencuba bermacam2 masakan....dengan ucapan terima kasih yang banyak ya. Lebih kurang macam Cakoi juga Kayu Keramat ni, mungkin beza skit dari tekstur dia dimana kayu keramat ni isi lebih padat, manakala Cakoi pula agak berongga skit. Makan tengah suam2 sambil cicah lebihan kuah kari hari sebelumnya.....perghhhhh. . Haniss buat juga untuk frozen sekali.







Quote:

KAYU KERAMAT
Sumber : Nor Mariah

Bahan2
500 gram tepung gandum
1 camca teh soda birkabonat
1 camca teh yis segera (mauripan)
6 camca makan gula
1 camca makan planta
300ml air suam

Cara2 Menyediakan:

1.Yis segera dibancuh dgn sedikit air suam tadi dan biarkan yis kembang seketika
2. Bancuh gula dengan air lebihan membancuh yis tadi.
3.Tepung digaulkan dgn planta sehingga sebati kemudian masukkan soda bikabonat dan gaul rata.
4.Kemudian masukkan air gula & yis yg dibancuh td.
5.Uli sehingga doh sebati dan biarkan doh mengembang 1 kali ganda(anggaran dlm 1 jam camtu lah)
5. Gorenglah spt dlm gambar tu hingga kuih bertukar warna coklat & hidangkan bersama teh panas atau dicicah dengan lebihan kuah gulai semalam.





Sila la pula menjamu Kuih Tepung Talam pula, yang bukannya dari air tangan haniss. Minggu lepas mak dari kampung ada datang sini nak melawat mak saudara yang tengah sakit (kat P'jaya) buat kuih ni pun untuk orang sakit yang teringin nak makan....orang sakit takat makan sepotong tapi yang tak sakit dan sihat walafiat tu (alhamdulillah moga2 sihat selalu) pula yang berlebih2 makan......Pernah juga cuba buat dengan resipi yang sama mak buat.....tapi tak jadi macam ni pun........kesimpulan gagal



Fotopages dah 2 tahun

Hari ni 29julai genap lah usia 2 tahun Haniss ber fotopages, niat asal hanyalah untuk suka2 dan juga untuk rujukan diri sendiri.....tapi bila dah mula tu rasa seronok pulak....dapat berkongsi macam2 resipi dan juga dapat rakan2 dialam siber yang tak lokek resipi dan sedia berkongsi resipi dan cerita masing2. Disamping perkara `makan' selit juga tentang aktiviti2 semasa, insyaAllah selagi terdaya dan jika tiada halangan Haniss akan terus juga ber fotopages walaupun masakan yang dihidangkan tak lah sehebat mana pun.

Sekian saja.


Monday, 27-Jul-2009 05:51 Email | Share | | Bookmark
Apom Lenggang & Pesta Durian di ofis

 
 
 
View all 7 photos...
Bukan sesi masak sendiri kali ni, gantung dulu kuali dengan periuk sat. Hujung minggu saya kalau ke Pasar Awam Bdr. Baru Bangi .......pergi untuk sarapan pagi dan kalau rasa nak masak beli lah keperluan sekali , (Pasar awam yang juai segala ikan, daging, ayam dan sayur...pokok bunga dengan baju pun ada ) mesti nak tinjau dan beli Apom Lenggang yang sorang mak cik ni jual, pada saya cukup lemak dan manisnya (setakat ni la tak tau pula lepas2 ni) macam yang mak buat kat kampung. Dah dekat sebulan minggu tak merasa apam mak cik yang sorang ni jual......iya! saya bukannya ke ni pasar tiap2 minggu....ada kalanya pergi tapi mak cik ni tak meniaga. Sabtu lepas pun saya beranikan tanya kenapa kerap dia tak da pada hujung2 minggu ......Katanya pula kalau tak meniaga kat pasar tu biasanya dia ada undangan memasak apom Lenggang di majlis kenduri atau pun majlis2 jamuan lain (memasak apom secara langsung di majlis tersebut).....
Panjang pulak celoteh saya pasal Apom Lenggang ni..... maka dengan berbekalkan kamera henpon 2mp saya pun ambil la gambar masa dia tengah buat apom tersebut (kamera tak bawa la takat nak pergi pasar).


keterangan gambar:
Gambar 1 > Tengah masukkan adunan apom ke dalam kuali.
Gambar 2 > Dah siap dalam kuali, letakkan atas dapor.
Gambar 3 & 4. Tutup dan tunggu hingga masak.


Dah siap untuk dimakan.



Jumaat lepas ofis ada buat Pesta Durian untuk staf.......kira pesta makan durian lah tu beserta dengan pulut & santan, bos paling besar "Dato' xxxxx" (bukan besar badan ya) yang belanja dan dibawa khas dari Balik Pulau.....ada dalam 200 biji durian, 2 bakul besar rambutan & 1 bakul manggis ,tapi yang paling laku durian la. Masing2 makan tak hingat......harap2 tak da lah yang panas badan keterlaluan malam tu. Sesi makan2 durian ni bermula jam 4 petang hingga waktu balik ....layan ja gambar yang ada.


Lambakan durian

Masing2 kalut koyak durian........sapa paling pantas

Tak ketinggalan - durian dengan manggis

Terima Kasih banyak2 Dato'........taun depan buat lagi ya


Wednesday, 22-Jul-2009 06:22 Email | Share | | Bookmark
Sotong berempah & Rendang Ikan Tongkol

 
 
 
View all 5 photos...
Masakan minggu2 yang lepas, kalau terhidang kat luar dah basi gamaknya......tapi simpan dalam fp atau pun blog sampai bila2 pun tahan .....tak nak cerita panjang terus saya letak gambar dan resipi nya sekali. Kedua2 resipinya saya ambil kat majalah SAJI. Selamat menjamu mata.



Sotong Berempah
Sumber: Majalah SAJI

Bahan:

500gm sotong
1 peket rempah kari daging
1 sudu besar serbuk cili - haniss guna 2 sudu bsr cili blender
2 batang serai - ketuk
5 ulas bawang merah - kisar
3 ulas bawang putih - kisar
1/2" halia - kisar
1 biji tomato
air asam jawa - terlupa letak, kes nak cepat
garam

Bahan Tumis

1" kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
bunga lawang
sedikit daun kari - tambahan

Cara:

1. Panaskan minyak, tumis bahan rempah dan bahan kisar diikuti cili blender sehingga naik bau & naik minyak.
2. Masukkan pula serai, kacau sebentar.
3. Masukkan tomato dan garam dan biarkan kuah betul2 pekat
3. Bila kuah dah agak pekat baru masukkan sotong dan biar hingga masak.
4. Siap untuk dihidangkan.



Rendang Ikan Tongkol
Sumber: Majalah SAJI

Bahan

1 ekor ikan tongkol (sederhana besar)
3 ulas b. putih - tumbuk
5 ulas b. merah - tumbuk
3cm halia - tumbuk
2 sudu besar kerisik
3 sudu besar cili kering
3 helai daun kunyit - hiris
Garam secukup rasa
Setengah kelapa jadikan santan - nak lagi pekat dan kawwww guna la sebiji

Cara menyediakannya:

1. Ikan dibasuh bersih, ketepikan
2. Masukkan bahan tumbuk, cili kisar dan santan. Renehkan sehingga mendidih.
3. Setelah mendidih masukkan ikan tongkol, kacau perlahan.
4. Masukkan kerisik dan tunggu hingga kering.
5. Masukkan garam dan sesuaikan rasa.
6. Setelah masak taburkan kunyit (Daun kunyit ni hanis masukkan semasa belum kering lagi rendang ni).

errr...ada satu lagi tertinggal, alang2 dah ambik gambar masukkan lah sekali arung kat sini.....walaupun teramat sempoi nya udang goreng ni ...dan semua orang tau buat udang goreng macam ni.


Sekian saja cerita masak2......



Acara selingan pula .......Pinggan keluaran Flag & Crown berwarna pink untuk cuci mata hari ni. Koleksi dibeli sekitar 60an, rasa macam grednya kurang sikit dari keluaran J&G Meakin, sebab banyak kesan retakan yang dipanggil `retak ribu' bila diperhati betul2.



Zoom skit kat bahagian tepi dan kanan tu pula cop mohor kat belakang pinggan tu (perasan tak kesan retak ribu kat pinggan tu?)


Thursday, 16-Jul-2009 04:47 Email | Share | | Bookmark
Cakoi

 
 
 
View all 9 photos...
Pertama kalinya buat cakoi, kebiasaan tu membeli ja kalau nak makan. Buat dalam kuantiti yang agak banyak, sebahagian untuk dimakan terus dan sebahagian lagi pulak frozenkan...nak makan goreng jer nanti . Cakoi tanpa alum ni ambil resipi dari rumah lama zana, dah lama simpan pun ...sekarang baru nak praktikkan (alang2 dah ada BM ni, rajin pulaklah nak mencuba resipi yang jenis uli2 ni).....menjadilah jugak kiranya cakoi ni, meh kita tengok hasilnya .




Dah siap goreng - siap sedia untuk dimakan.

Sebahagian lagi frozenkan - pagi2 boleh goreng wat brekpes. Saiz cakoi memang tak standard langsung, ada yang panjang ada pendek....

Quote:

Cakoi
Sumber: Zanaz

Bahan
400 gm tpg gandum
4 gm yis segera
1/2 sdb shortening - guna sepenuhnya shortening (letak 2 sudu besar)
1 sudu besar marjerin - tak letak pun
1 biji telur
1 sudu kecil gula
1 sudu besar susu pekat/ gula - guna sepenuhnya gula, x guna susu pekat
secubit garam
+ - 1 1/2 cwn air

Cara membuatnya:
1. Cairkan marjerin & sejukkan. Campurkan telur dlm marjerin cair & kacau rata.
2. Masukkan yis & gula dalam air dan biar hingga yis kembang.
3. Satukan tepung, garam, shortening & susu pekat. Digaul sebati.
4. Masukkan campuran marjerin + telur tadi dan juga campuran yis & air tadi.
5. Uli hingga betul2 rata. Adunan biarkan agak lembik sedikit.
6. Perapkan adunan sehingga lebih kurang 3 - 4 jam.
7. Bentukkan dan goreng dlm minyak panas yang byk.

Cara membentuk cakoi:
Pastikan taburkan tepung gandum secukupnya di atas papan canai anda. Sapukan juga tepung pada tangan anda secukupnya. Ambil 1/4 bahagian adunan dan letak di atas papan canai. Tabur tepung atas adunan td & canai memanjang setebal >< ½ inci. Gunakan pisau yg sesuai untuk memotong adunan yg dicanai tadi selebar >< 1 inci. Ambil lidi atau chopstik dan celup dalam air bersih (dlm gelas) kemudian basahkan hirisan tepung tadi. Tangkupkan tepung tadi menjadi sepasang biar melekat (fungsi air tu sebagai gam). Bila minyak dah panas.. tarikkan sedikit hirisan yg dah dilekatkan tu sebelum dimasukkan dlm minyak panas yg banyak. Gorenglah spt biasa. Cakoi sedap dihidang bersama kuah kari ataupun kuah santan yg manis.


Nota Haniss: Adunan agak lembik dan melekit selepas keluar dari BM, jadi haniss tambahkan skit tepung dan uli sikit2 lagi secara manual dan perap semula 1 jam, alhamdulillah jadi elok sikit dah. semasa mencanai dan potong cakoi ni pun kena banyk main2 tabur tepung skit kat dia, kalu tak melekat jer kat papan pencanai tu.



Minum pagi dihujung minggu baru2 ni.......tempat kegemaran anak bongsu, kalau buat kat rumah tak maunya makan.....nak yang kedai punya...hehehhe dia panggil roti kedai kopi.
Seperti kata leelin kopi ada pelakon utama kat sini, jadi kena lah minum kopi dan roti bakar sapu jem yang sememangbya boleh dibuat sendiri kat rumah....

Bangi Kopitiam.
Lokasi: Jln Medan Pusat Bandar 1, Seksyen 9
Bandar Baru Bangi, 43650
Selangor.


Quote:

Ada yang bertanya kat mana lokasi bangi Kopitiam ni.......saya boleh la bagi gambaran serba sedikit, harap2 jelaslah ya kepada yang bertanya tu. Terletak di Medan Pusat Bandar 1, tak jauh dari Pusat Rawatan Islam Azzaharah Bangi (kedudukan Bangi Kopitiam di sebelah belakang sikit)...dan Pusat Rawatan ni pulak terletak berhadapan dengan Masjid Al-Hasanah Bangi. Kalau jumpa kedua2 tempat ni...insyaAllah akan jumpa la Bangi Kopitiam...........ishhhh apa la penerangan saya ni...cam berbelit ja pun




Secawan kopi dalam cawan yang cukup sinonim dengan Kopitiam. Saya ada 1/2 dozen cawan camni kat rumah (sekadar nak bagitau ).


Mee kari - ok lah juga.




Wednesday, 15-Jul-2009 06:16 Email | Share | | Bookmark
Mexican Bun

 
 
 
Projek nak buat Mexican Bun ni sebenarnya dah lama, berbulan dah kut resipi dia dok terperap .....dok tergendala dengan macam2 hal ja sebelum ni, jadi dihari minggu nan lalu tak ada episod nak jalan2/keluar kemana2 makan dah set la nak buat Bun ala2 Mexico ni, alaaa yang macam dok jual kat Roti Boy tu. . Masa tengah bakar tu bau semerbak jer......rasa macah tengah lalu kat kedai roti ni . Makan lepas keluar oven tu memang lah teramat sedapnya, tapi jika disimpan sampai keesokan harinya agak melekit jugak lah topping roti ni.


Gambar atas : kiri adalah filling, manakala sebelah kanannya pula untuk topping.


Selepas dibakar.


Keratan rentas Mexican Bun tersebut.......cukup gebus skali....(puji sendiri )

Quote:


Mexican Bun
Sumber: Lilydvalley @myresipi.com


Bahan-bahan ( 17 biji bun )

Filling
200 gm mentega
1/2 teaspoon vanilla essence
70 gm brown sugar

Topping
200 gm mentega
160 gm gula icing
3 biji telur grade A- pukul sedikit
1 suduk kecil perisa kopi- boleh diganti dgn melarutkan 2 sudu besar instant coffee dengan 1 sudu besar air panas.
200 gm tepung gandum

Doh Roti
500 gm tepung berprotin tinggi- di ayak
2 sudu kecil bread improver+ 2 sudu kecil bread softener ( optional)
20 gm susu tepung
75 gm gula castor
3 sudu kecil dry yeast
1 sudu kecil garam
1 biji telur- dipukul
250 ml air/ susu segar ( Jgn gunakan susu tepung sekiranya menggunakan susu segar).
60 gm mentega

Cara-cara Filling- Pukul mentega dgn mixer pada kelajuan sederhana selama 3 minit. Masukkan essence & gula perang. Simpan di dalam petisejuk sehingga sedia untuk digunakan.

Topping- Putar mentega dgn mixer pada kelajauan sederhana selama 5 minit. Perlahan2 masukkan telur,gula icing, & coffee flavoring. Ayakkan tepung kedalam adunan and putar lagi pada kelajuan perlahan sehingga semua sebati. Simpan didalam petisejuk sehingga sedia utk digunakan.

Doh Roti

1. Gaul rata tepung, gula dan garam didalam mangkuk.
2. Masukkan yeast, bread improver & bread softener ( jika menggunakannya) dan gaul rata lagi.
3. Masukkan telur dan air/susu segar.
Uli adunan sehingga menjadi adunan dan masukkan mentega. Uli lagi sehingga lembut & elastik selama 10-15 minit.
4.Bahagikan dough kpd 17 biji bola kecil dan tutup dgn film cling selama 10 min.
5.Leperkan dough di atas tapak tgn & letakkan inti/filling. Tutup rapat supaya inti tidak meleleh keluar sewaktu dibakar.
6.Susun diatas loyang pembakar yg sudah dilenser dgn mentega/minyak/tepung dan jarakkan 7.5 cm.
7.Rehatkan selama 45 min ditempat panas (warm).
8.Pipe kan topping diatas bun secara spiral bermula dari top center.
9.Bakar didlm oven yg telah dipanaskan pada suhu 170C selama 15 min atau sehingga bun keperangan


Nota: Haniss hanya buat 1/2 adunan dan dapat dalam 8 ketul bun.


[<<  <  1  2  3  [4]  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net