Rahaniss Fotopages

By: Raha niss

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  [5]  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Monday, 6-Jul-2009 05:21 Email | Share | | Bookmark
Sup Chef Wan, Roti Marble & Sambal hitam Ikan bilis

 
 
 
View all 6 photos...
Seperti yang diperkatakan tempohari nak masak Sup Chef wan ni...jadi juga akhirnya, tapi saya gunakan tulang (tak guna ekor ya )...dulu2 ok je segala sup ekor, otak semuanya saya belasah makan tapi semenjak 2 - 3 menjak ni jer rasa kurang skit pada jenis2 makanan camtu......Tulang2 pun pun tulang asal ada nama Sup Chef Wan kan.........mungkin kalau guna ekor lagi sedap kut.. . Resipi Sup Ekor Chef Wan ni saya ambil dari blog Zaiy yang sekarang ni tengah balik cuti2 kat m'sia.


Tengah mereneh sup dalam periuk tekanan.

dah siap sedia samada hidang dengan nasi ataupun cicah roti pun sedap jugak.

Quote:
Sup Ekor Lembu Chef Wan
Sumber; Blog Zaiy@Kenangan Terindah

Bahan-bahan:

125 ml / 1/2 cwn minyak sayuran - guna minyak masak biasa
500g ekor lembu - guna 1kg tulang lembu
2 sb ketumbar tumbuk
1 sb jntan putih
1 sb jintan manis
1 1/2 sb puri tomato - letak 2 sb
1.5 l / 6 cwn air - hanis lebihkan skit lagi air
1 btg karot - didadu
2 btg saderi - didadu-tak letak
1 biji kentang - didadu
garam,
lada hitam yg baru dikisar - terlupa letak
daun ketumbar - dihiris2
bawang goreng

Rempah Tumis
4 bj buah pelaga
1 cm kulit kayu manis
6 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang

Dikisar Halus2:
10 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 btg serai, dihiris2 - ketuk ja, tak hiris pun
1 cm halia

Cara:
1. Panaskan minyak, tumis ekor lembu hingga perang sedikit. Angkat & tuskan - haniss tumis tulang sehingga kering airnya.
2. Dlm minyak yg sama, masukkan rempah tumis & bahan kisar dan goreng hingga naik bau.
3. Tambah ketumbar, jintan putih dan jintan manis. kacau di atas api kecil selama 3-4 min hingga wangi. Campur tomato puri.
4. Masukkan ekor lembu, tambah air dan renihkan.
5. Tambah karot, ubi kentang dan saderi. Renihkan hingga ekor lembu empuk. Perasakan dgn garam & lada hitam.
6. Hias dgn daun ketumbar & bawang goreng sejurus sblum menghidang.

Catatan: Utk jimat masa, masak sup ni dgn dlm masa 25min dgn periuk tekanan. Tetapi airnya hendaklah dikurangkan menjadi 1l @ 4 cwn shj.***rebus guna periuk biasa dkt 2 jam baru masak.


Nota: Haniss masak dalam periuk tekanan.



Roti lagi , kali ni buat Roti Marble Coklat pula, resipi Onigiri dari Myresipi.....tak berapa nak licin dan sekata lepas dipintal/dendan dan celoreng marble pun berselerak. Ambik lah juga gambar langkah2 semasa nak mendadan roti marble ni sebagai rujukan.





Quote:
Roti Marble Coklat
sumber: onigiri@myresipi.com

Bahan-bahan

200 gram tepung roti - guna 250gram tepung roti
50 gram tepung gandum
1 sudu besar butter atau marjerin
140 ml susu segar
1 sudu kecil yis
2 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil bread improver
1 sudu besar serbuk koko dibancuh dengan sedikit air

Cara-cara:
1. Masukkan semua bahan kecuali serbuk koko, uli sampai tak melekat pada jari. kalau ade BM tekan On je.
2.Perap doh selama 40 minit. kemudian tumbuk-tumbukkan doh tadi, keluarkan angin.
3.Bahagi doh pada tiga bahagian. satu bahagian masukkan bacuhan koko tadi, kalau telembik buleh tambah sedikit tepung dan uli macam biasa. pastika adunan betul betul sebati ye. warna sekata untuk doh coklat tu.
4.Satukan doh yang baki tadi dan terap memanjang. letakkan doh coklat di tengah-tengah. tutupkan keseluruhan adunan tadi potong tiga adunan dan anyam bentuk tocang. letak dlm sandwish loaf.
5.Biarkan naik dua kali ganda dan bakar pada suhu 160 darjah selama 25 minit atau hingga permukaan nya perang.
6.Siap dibakar dan sejukkan atas redai. Selamat mencuba.
7.Siap dipotong tinggal nak ngap je..sesape dah cuba jgn lupa bagi report ye..




Pernah makan sambal ikan bilis hitam?.....Sambal ni merupakan sajian dari negeri Pahang, tetapi menurut rakan sekerja saya ianya hanya popular kat beberapa daerah saja kut tak silap kat Kuala Lipis dan Jengka (kalau salah tolong perbetulkan ya). Saya pernah merasai/ makan yang asli dari daerah tersebut tak lama dulu ...dimasak menggunakan belimbing buluh yang direbus hingga hitam kemudian baru disambalkan pulak dengan ikan bilis. Bila kepasar malam minggu lepas nampak ada jual belimbing buluh, terus saya beli.....dalam myresipi dah ada resipi tu, boleh lah eksperiman . Untuk kes Sambal belimbing yang saya hidang ni, belimbing tak direbus sampai hitam pun.

Quote:

Sambal ikan bilis hitam
Sumber: Tiena@myresipi.com

Bahan-bahan ( 5 org )
10 biji cili padi - saya guna 15 biji
1 piring kecil ikan bilis
5 biji belimbing buluh yang direbus sampai hitam -guna 10 biji, rebus sat jer & tak hitam pun
1 biji bawang dipotong - guna bawang merah 5 ulas
sedikit minyak masak
sedikit garam
sedikit serbuk perasa
sedikit kunyit

Cara-cara

1. Blender cili n belimbing hingga hancur
2. Kemudian masukkan ikan bilis n blender separuh hancur
3. Panaskan minyak tumis bahan blender td....masukkan bawang, masukkan kunyit
masukkan garam n bahan perasa, goreng sehingga garing
4. Siap untuk dihidangkan


Friday, 3-Jul-2009 03:11 Email | Share | | Bookmark
Selera `Sup'

 
 
 
View all 6 photos...


Mee Sup sempoi, tak sampai setengah jam dah boleh hidang dan makan. Bahan pun tak banyak n tak buat pun tak la renyah. Kalau ada cili jeruk atau pun cili api potong + kicap pun lagi lah ok......kalau dah terdesak tu tabur serbuk lada sulah pun dah ok.

Mee Sup

1 peket mee
Udang basah - saiz sederhana (boleh tambal fishball/fishcake jika suka)
3 ulas b.putih
1 kiub pati ayam - guna stok ayam pun boleh
sayur sawi/karot atau apa2 jenis sayur
garam secukup rasa
bawang goreng/daun sup
2 biji telur

Cara membuatnya:

1. Panaskan minyak
2. Tumis bawang putih , jangan sampai kekuningan atau garing sangat, nanti kuah kaler tak cantik
3. Masukkan air dan kiub ayam - air untuk kuah agak2 lah.
4. Biar mendidih, kuatkan api dan masukkan telur.
5. Slow skit api, masukkan sayuran, dan segala fishball/fishcake .
6. Masukkan udang dan mee...biar kejap beberapa minit...dah masak
7. Taburkan bawang goreng, daun sup dan daun bawang, hias skit dengan tomato.

Lanjutan dari mee sup ni beberapa hari lepas pekena `Sup' pula dekat Ani Sup Utara. Nak mencuba...macam2 jenis sup ada kat sini, Supa Ayam, Daging, Kambing, perut dan ada lagi 2-3 maknika jenis sup lagi, pendekata semua janis sup lah ada. Sebenarnya nak buat sup ni tak la leceh dan susah mana pun kan tapi tu lah sesekali nak juga merasa yang kat luar punya. Dalam fikiran sekarang ni dok teringat Sup Tulang Chef wan dan rasa2nya nak masak sup ni kut hujung minggu ni.....kalau jadi tu adalah ditempekkan kat sini nanti




Haniss order Sup Ayam, manakala en.suami pula dengan sup kambingnya, so-so ja rasanya sebab yang buat sendiri pun rasanya lebih sedap kut..... kalau nak bagi bintang tak de lah sampai 5 bintang (dari segi rasa la - marah tokeh ASU ni kalau dia baca ), tapi kebersihan dan dekorasi kedai tersangat lah ok nya.


Pilihan anak2 - manjang oder nasi Ayam, tak muak2 pula tu. :



Seperti biasa nak selit juga koleksi pinggan lama yang kita ada dan simpan, ni kira acara selingan la...harap tak muak tengok ya.....


Set bunga kangkung.- sebahagian saja ya...ada lagi yang belum enterprem.

Quote:
Nota untuk:
Siti - saya makan ASU kat Bdr Baru Bangi, cawangan ni masih lagi baru dibuka....sederet dengan butik tudung Ariani)mungkin tukang masak saya hari tu masak ok kut, boleh lah jugak tekak saya menerimanya, pernah juga dapat sup yang tak berapa kawwww sebelum ni (kat cawangan lain tapi masih kat Bangi juga -Sek. 4).
Zana - `utara' tu maksud dia Siam la kut gamaknya,.....hehehhe



Monday, 29-Jun-2009 06:10 Email | Share | | Bookmark
Masak2 lagi

 
 
 
View all 10 photos...
Masih lagi dengan entry masak2 dan makan.......bab makan2 ni memang x leh tinggal lah. Kali ni nak hidang lemak cili api udang dengan cendawan... lemak cili api yang agak cayaq skit, tak leh la nak pekat2 sangat , kesihatan pun nak kena jaga juga kan.


Lemak cili api udang dan cendawan, dihidangkan dalam pinggan lama berbuka kekwa (tu dia dah setat dah nak menayang pinggan )
Letak jugak lah resipi untuk rujukan walaupun teramat sempoinya, belajaq dengan opismate orang N9.

Lemak cili api udang

Bahan2

Udang - buang hujung kepala skit, bersihkan.
cili api - hanis letak dalam 10 biji, nak pedas kaww tambah lah lagi
1/2" kunyit hidup
serai 2 batang
1 biji kelapa - dijadikan santan (ikut kepekatan masing2 lah ya).....hanis guna 1/2 biji kelapa, agak cayaq juga kuahnya.
asam keping
garam
Cendawan - boleh juga guna buncis/kacang panjang

Cara membuatnya:

1. Tumbuk cili api & kunyit , serai ketuk2 skit.
2. Campurkan dengan santan, asam keping dan masakkan diatas api sehingga agak nak mendidih, masukkan udang dan garam, biarkan kejap.
3. Kemudian masukkan cendawan dan garam, sesuaikan rasa. Biar kejap atas api seketika sambil kacau2 skit , lepas tu boleh lah tutup api dan siap dihidangkan.
4. Boleh juga ditambahkan sehelai daun kunyit.

Nota:
o Seeloknya santan biar agak pekat, sbb udang tu sendiri juga akan keluarkan air.
o Kalau kecutkan dulu udang tu dengan bahan2 tumbuk pun boleh juga, tapi jangkamasa udang tu masak jadi lama la pulak,,,,,,kan apa sifud ni kalau terlebih masak nanti kurang pula rasanya.



Tayang juga la pinggan kekwa ni..... (cewahhhhhh pinggan pun nak enterprem).
Untuk kucingorengemok, selamat menjamu mata ya dengan pinggan saya.



baru terhegeh2 nak buat bun kentang, tengok ramai dah kawan2 pun yang mecubanya...ketinggalan ketapi saya ni. Apa2 pun memang sedap bun ni dan ada la iras2 cam bun kentang kat K4 nun. Part kastad kat atas tu yang tak berapa cun, rupa cam tali yang terputus2 jer pun ...mungkin adunan kastad agak keras dan pekat sangat kut, part roti memang la tersangat gebusnya.


rentetan proses nak jadikan bun kentang sehingga siap.


Ni yang dah siap....tengok tu langsung tak kemas kastad kat atas tu, tak pa boleh perbaiki lagi lain kali.


Siap dihidangkan wat minum petang dalam pinggan dan cawan lama J&G Meakin.
(Peminat tegar pinggan lama - tetap juga nak tayang, tapi buh gambar kecik ja kat bawah ni, tak leh besar2 nanti kena `curi' )

Quote:

Roti Kentang ( Potato Bread)
sumber: onigiri@myresipi.com

Bahan-bahan ( 10 biji bun kecil )

135 ml air ais - hanis guna susu segar
3/4 cmt garam - tak letak pun, terlupa.
30 gm mentega atau marjerin
1/2 biji telur (dipukul sebentar) - guna sebiji gred C
60 gm ubi kentang (direbus dan dilenyek baru ditimbang)
300 gm tepung roti/tepung protin tinggi
3/4 cmb susu tepung
50 gram gula
2 cmt yis segera

Topping untuk membuat garisan kastad Tepung kastad segera (instant custard powder) Bancuh dgn air utk mendapatkan pes yg lembut.Kalau takde tepung custard segera tu buatlah cream custard mcm biasa dan jalurkan pada roti kentang nanti.

Cara-cara
1.Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk adunan dan uli hingga licin lebih kurang 15 minit (Haniss guna BM, so semua kerja menguli sampai naik diserahkan sepenuhnya kat BM).
2.Tutup dengan wrappers dan biar naik selama 45 minit.
3.Tumbuk doh perlahan utk mengeluarkan udara yg terperangkap dan uli selama 1/2 minit.
4.Bentukkan menjadi bebola yang setiap satunya seberat 30gm (tak timbang pun tak per, pakai agak2 jer la saiz tu).
5.Susunkan ke dlm loyang yang telah digriskan. Tutup lagi dan biar naik lagi selama 40 minit.
6.Tepi2 loyang pun griskan la jugak supaya roti tak melekat nanti lepas bakar. Kalau tak nak griskan loyang dan nak lapik dgn aluminium foil pun boleh..
7.Sapukan telur yg telah dipukul ke atas roti (tadikan kita guna 1/2 biji saja utk masuk ke dlm adunan, so yg 1/2 baki lagi tu gunalah utk tujuan ini).
8.Paipkan kastad ke atas roti. Bakar pada suhu 180C selama 20 minit (tapi perhatikan juga sbb kalau dh nampak roti bertukar perang dan masak sebelum 20 minit tersebut, tutup sius dan biarkan roti masih di dalam oven hingga cukup masa 20 minit).


Nota Haniss:
1. Tak sapu telur pun sebelum bakar, bila dah bakar dan masak hanya sapu butter cair ja nak bagi berkilat.
2. Bakar dengan suhu 175C selama 25 minit
3. Buat 40gm setiap biji ...dapat lah dalam 9 ketul bun.


set lengkap cawan, piring, pinggan J& G Meakin, sebelah tu cap mohor kat belakang pinggan.

Quote:

Untuk kak adik yang bertanya camna nak hubungi saya, boleh lah email ke ribenaa69@yahoo.com ishh apa la yang kak adik nak tanya ni.


Wednesday, 24-Jun-2009 07:23 Email | Share | | Bookmark
Masak sendiri pula

 
 
 
View all 4 photos...
Masakan sendiri pula kali ni.....tak la sehebat mana pun, kalau masak lain dari yang (ni kira tahap lain skit la bagi Haniss) ambik la gambaq, setakat ikan goreng dengan sayur air tu malas dah nak petik kamera.......



Tiramisu yang agak comot - buat sebab nak habiskan stok cheese ,beli bulan lepas...tak dikerjakan nanti berkulat alamatnya cik `tong' la dapat habuan. . Pernah buat dah dulu dan kali ni pun ikut resipi yang sama juga...boleh la tengok kat link sebelah tu.


sebelanga mee hailam - buat makan malam 3 hari lepas...


Lauk hari minggu lepas - gulai daging salai yang dihidang dalam pinggan berbunga kangkung. Harap maklum ketiga tiga menu ni bukan dibuat dalam 1 hari yang sama. Posting jer sekali harung.

Quote:
Sebenarnya semalam dah buat posting pasal ni, tapi ntah mana silapnya 2-3 kali postingnya keluar ....cuba dilit tapi dok `keras kejung' situ lah...nak edit, nak besarkan gambar pun tak boleh, hari ni baru nampak gayanya dah ok skit walaupun entry berjela2 tu masih ada....serabut tengok terus dilit, nak senang cerita n kerja haniss buat jer entry lain. Untuk pn bungamekar dengan pn Madiha yang dah bagi komen kat entry semalam kena minta maaf banyak2 , terpaksa dilit semua yang tu.......maap no


Thursday, 18-Jun-2009 05:22 Email | Share | | Bookmark
Jalan2 Tambah berat badan - Restoran Saba'

 
 
 
View all 8 photos...
Restoran Saba' - ikut tema rest. ni `An Original Arabian Food', tapi agak tercekik masa makan sbb kering , tak berkuah. Pelayan pulak ada yang berbangsa asing (cam student luar jer yang buat part time kat situ), yang kadang2 nak ambik oder tu kena dok ulang 2-3 kali, Tapi ada juga pelayan yang berbangsa melayu...nak senang panggil jer depa. Menu cam biasa lah ada kambing, daging dan tak ketinggalan serta lain2 makanan dari Timur Tengah. Ada lah juga dah beberapa kali pergi makan makan kat sini ....bab servis dia sama jer.


Restoran Saba'
Lokasi: Cyberjaya




Antara menu2 .......pilih saja apa yang nak.


Lamb Hanith- set besar , kira 2 orang boleh makan 1 set ni, kalau pak arab satu set besar ni boleh habis kut sorang dia makan.


Ni pula Chiken Hanith - set biasa, habis la sorang makan.


Ni kira dia punya kebab, ada dua jenis kebab satu lagi yang bisa kita tengok tu la...yang dipotong2 dari pemanggang, gaul campur sos semua dan buh dalam roti. Macam kat atas tu pula cara nak makan adalah dengan menggulung bersama roti lebanon (campur la sos skit) dan sedia lah boleh dimakan.


Salad dengan pencicah
(Mana2 gambar yang kelabu asap tu guna hp 2.0Mpixel - blur skit, layan jer lah)


[<<  <  1  2  3  4  [5]  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net