Rahaniss Fotopages

By: Raha niss

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  [6]  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 17-Jun-2009 03:52 Email | Share | | Bookmark
Cuci mata skit

 
 
 
View all 10 photos...
Asyik dok tengok gambaq makan saja, jom cuci mata sat dengan barang2 lama yang hanis nak tunjuk ... yang sedia ada dlm simpanan dan ada gak yang dirembat masa balik kampung baru2 ni.

Buh sikit dulu , nanti bebila sambung lagi..


Balang dengan penutup kaca......sebelah tu bekas isi air, gelas sebelah tu berfunsi macam penutup la juga takut dikuatiri lalat atau habuk jatuh dalam tu.


nak tunjuk ketinggian balang ni .....dalam 81/2" tinggi
pembaris pinjam anak punya



Piring dodol atau pun pulut kacau (wajik kata orang kelompo)


Piring sambal.... kata peminat2 pinggan lama ni corak bunga gandum....


Zoom skit kat bunga dia...


Lebih nampak manis dan ayu lagi (dengan penuh perasan) bila di isi dengan kuih2 tradisional cam kat bawah ni.







Hajat asal nak tayang gambar pinggan lama dan seangkatan.......tapi terselit jugak tu gambar makanan


Monday, 15-Jun-2009 05:39 Email | Share | | Bookmark
Jalan2 tambah berat badan - Mee Rebus Tapah + entry macam macam

 
 
 
View all 14 photos...
Patutnya letak ent3 Mee Rebus Tapah ni dulu sebab ni la dikira JJTBB semasa perjalanan untuk balik kampung baru baru ni...tapi tak kisah lah kan mana yang edit gambar dulu yang tu la masuk dulu.

Mee Rebus Tapah.....penangan `Warung Kita' ku singgah juga makan kat sini semasa dalam perjalanan balik ke utara tempohari, plan asal nak makan kat kedai tepi Masjid kat Tapah yang ada nasi campur dengan ikan bakar ( memanjang plan, memanjang tak ikut jugak ), takut tesasar dan lama pula nanti kat Pekan Tapah ,maka makan jer lah kat Mee Rebus Tapah, lagi pun bila sampai kampung nanti nak makan nasi kenduri pulak (manjang ingat nak makan ja).

jom layan gambar


Senang jer nak cari, keluar dari tol Tapah jumpa lampu isyarat , belok kanan dan dalam jarak 100meter sebelah kanan berhadapan dengan sekolah.


Dah sampai semangkuk Mee Rebus Tulang, jemput makan


Anak2 tak nak Mee, dia orang makan nasi Ayam.



Cerita masa kat kampung pula...
Sampai pun dah agak petang, rehat sekejap dan buat apa yang patut, p makan kenduri pulak kat rumah jiran yang juga merangkap saudara bau bacang, kenduri kat kampung tak kira masa sampai ke malam pun tuan rumah rumah masih sudi melayan tetamu . Jamuan secara buffet tapi ada pulak orang sudi yang mai hidang kat meja kita...lauk yang ada pun dah tak berapa banyak, tapi kenyang jugak lah.


Lauk kenduri - Masak lemak ikan talang dengan nenas, daging masak hitam & ayam merah.



Lepas makan dan salam2 dengan orang kampung semua, tinjau pulak kat bendang belakang rumah.




Pokok durian kat rumah mak......sayang nya masa kami balik tak sampai lagi untuk masa dia gugur. Jamu mata la nampaknya, anak nak makan juga, jadi kena la pi cari kat pekan hari keesokannya.

Aneka jenis nasi lemak, sarapan setiap hari


Nasi lemak lima kupang - lauk telur dengan 4 ekor ikan bilis.


Nasi lauk daging - RM 1


Nasi lemak 5 kupang - lauk sambal udang.



Kueh beli ya.......bukan buat sendiri. Ikut kata mak kueh ni di panggil Apam Puri, sedikit gambaran mengenai bentuk dan rupa paras kuih ni:
o Berbentuk separuh bulat
o Kulit nya macam ketayap tapi tebal sikit, kelembutan macam apam
o Inti kastad dan lebih sedap lagi rasanya kalau ada jagung
o tak perlu kelim atau sebagainya , lepas dimasukkan inti lipat dan tekan sikit kat tepi tu.

Ikut tekak haniss memang suka sangat lah dengan Apam Puri, tapi buat nya tak tahu.....jadi kalau la sifu2 masak dan rakan2 di fp yang tau macam mana nak buat Apam Puri boleh lah berkogsi kat sini. .

Sekian saja entry untuk kali ni....akan bersambung dengan sesi makan2 lagi lepas ni.

Quote:
terima kasih en. lukman atas keperihatinan tu, sebenarnya belok ke kanan ...saya yang tersilap taip dan dah betulkan dah pun


Thursday, 11-Jun-2009 03:53 Email | Share | | Bookmark
Jalan2 tambah berat Badan - Mee Ketam JURU

 
 
 
View all 7 photos...
Balik utara bebaru ni sempat p pekena Mee Ketam/Udang kat Bagan Nyioq Juru, plan asal nak ke K. Sepetang tapi dengar kabar tempat tu tersangatlah ramai orang, nak2 pulak waktu musim cuti sekolah ni....jadi pilih la lah tempat yang kurang sesak skit. . Kalau tempat yang sesak dan kena tunggu lama , oder pulak lambat nanti nak makan pun hilang selera...tak gitu.

Berpandukan peta dan ulasan yang agak menarik pasal Mee Ketam/Udang Kat Juru ni kat http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/ maka saya pun terjah ke sana . Minta izin dari orangkecilorangbesar untuk saya paste kan peta dari blognya kat sini.Ada beberapa kedai disini, antaranya Warung Paksu dan dengan jarak keatas skit tu pulak Warung Jamu Selera...selepas dok osom 2-3x maka kami pun memilih untuk makan kat Warung Jamu Selera. Tempat makan nya ala2 dalam taman dan agak kecil skit berbanding dengan Warung Paksu (dari sekilas pandangan saya semasa kereta tengah bergerak ).



gambar semasa makan2 kat situ:


Warung Jamu Selera


Air pun dah sampai.......


Mee Udang.....tapi udangnya tak la banjir cam Mee Udang Makteh Kuala Sepetang tu


Mee ketam pulokk....


Nasi Goreng Ketam


ni Haniss punya - Nasi Ikan Bawal (sedap sebab ikannya masih fresh) disertakan sekali dengan sup dengan kuah merah sekali.Ikan bawal digoreng garing dan dicurah sos keatasnya

Berbaloi juga rasanya sebab oder:

Mee Ketam - 1
Nasi Goreng Ketam -3
Nasi Ketam - 1
Mee Udang - 2
Nasi Ikan Bawal - 2 (ikan bawal saiz sederhana)
2 jug air

semuanya RM 70 ........

entry seterusnya: masih lagi berkisar pasal makan2 kat utara


Tuesday, 2-Jun-2009 08:06 Email | Share | | Bookmark
Passembor Kodiang & lauk ikan keli

 
 
 
View all 4 photos...
Passembor...lama dah teringin nak makan, lepas `google' terjumpa lah resipi ni kat rumah lama Hajar (hmmmm dah sampai M`sia kut Hajar sekarang ni, boleh la menikmati passembor asli kodiang sebab jika tak silap Hajar ni menetap kat utara ). Tak pakai gula merah, jadi kuranglah skit kehitaman kuah ni....kalau ada cendol lagi lah best pekena dengan passembor ni kan..... .


Para AJK Pasembor Kodiang.


Dah siap hidang

Quote:

Pasembor Kodiang
Sumber : Noreen

Bahan2 sampingan:
mee kuning - dicelur
1 biji timun - dipotong halus
1 biji sengkuang - dipotong halus
30 sen taugeh - dicelur
5 biji telur - direbus celup dgn bancuhan cucur udang dan digoreng
2 keping tauhu - celup dan digoreng & dipotong kiub
Kuih cucur udang - dipotong kiub

Bahan2 kuah:
2 biji ubi kentang - direbus & dilecek
1 biji keledek - tak letak pun
200gm kacang tanah - digoreng & dikisar
1 biji bawang besar - dikisar
5 biji bawang putih - dikisar
2-3 camb cili kisar
3-4 camb gula merah - gula merah tak der , letak gula putih jer
60ml air asam jawa pekat
1/2 liter air rebusan udang (150gm udang - direbus dengan kulit & kepala)
minyak untuk menumis
garam & gula pasir secukup rasa

Cara membuatnya:
1. Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan bahan2 kisar dan cili kisar hingga wangi
2. Masukkan air rebusan udang, ubi keledek, ubi kentang, gula merah, air asam jawa, kacang tanah, sos tomato, sos cili, garam & gula secukup rasa.
3. Biarkan kuah mendidih perlahan2. Renihkan sehingga kuah pekat sedikit.

Bahan2 cucur udang:
150 gm udang yg tlh direbus tadi-buang kulit
100gm tepung gandum
1/2 camt soda bikarbonat - tak letak pun
125-130ml air kepala udang yg telah dikisar
garam secukup rasa
minyak untuk mengoreng

1. Satukan tepung yg telah diayak sekali dengan soda bikarbonat, garam, udang, air kepala udang yg telah dikisar dan kacau sebati.
2. Bancuhan harus sederhana cair
3. Gorengkan di dalam minyak yg panas,angkat dan toskan.
4. Potong bentuk dadu besar
Tambahan - daun kucai

Nota Haniss:
Bancuhan tepung tu sebelum campur dengan udang kita gunakan untuk celupkan tauhu, telur dan kentang rebus dan goreng seperti biasa.


Pecal lele......tak tahulah masakan dari daerah mana, jumpa resipi ni dalam majalah SAJI 2005 (cover majalah Ziela Jalil masa tu), ikut majalah resipi ni guna ikan keli, maka Haniss pun masa dengan keli juga lah (sebenarnya tak berapa minat sangat dgn ikan ni - tapi ahli2 rumah yang lain cukup suka dengan ikan keli). Ikan keli yang dimasak ni jenis bela yang diberi makan `palet'..ishhhh betui ka ejaan dengan sebutan ni...main sebut dan taip jer .



Pecal Lele
Sumber: SAJI 2005

Bahan

Ikan keli - basuh bersih, kelar, letak garam kunyit, goreng dan ketepikan.
8 biji cili merah
8 biji cili api
sedikit belacan
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 biji tomato
limau nipis/kasturi
garam

Cara membuatnya:

1. Panaskan minyak dan goreng kesemua bahan kecuali limau nipis dan garam.
2. Goreng agak2 dalam 5 -7 minit, angkat dan tumbuk kesemua bahan dengan garam.
3. Perahkan limau nipis dan letakkan bahan sambal ni diatas ikan keli yang telah siap digoreng tadi.


Quote:
selepas baca komen teman2 semua baru ku tahu yang lele = keli.... kalau tak sampai ke sudahnya tak tahu . Seperti kata Madiha masakan ni berasal dari tanah seberang (tak pasti la kepulauan mana ). Mengikut Jasmeen pula kalu yang asli nya lele ni di bakar.....versi ni sy pernah makan dulu kat rumah sorang teman mak dia masakan ikan keli ni.....dipanggang, kemudian siram dengan kuah santan yang dicampurkan beberapa bahan termasuk daun cekur, perghhhhhhh sedapnya, dipanggil Pecal juga masakan ni.




Cuti sekolah dah pun bermula, musim kenduri kahwin pun banyak lah..........bawah ni lauk kenduri ahad lepas.....ada sambal udang petai tu....Cencaru bakar dengan air asam pun ada tapi tak ambil, cam tak berapa sesuai pula sebab aniss dah tersilap ambil nasi minyak. Gambar ni jer yang ambil tu pun malu2 kucing nak petik kamera (orang tengah ramai masa tu).






Thursday, 28-May-2009 04:04 Email | Share | | Bookmark
Jemput makan...

AJK Pulut udang
 
Dah boleh makan
View all 8 photos...
Pulut udang...panggilan kut belah utara, tapi kalau kut area Lembah kelang ni dipanggil pulut panggang.......Kalau kat Terengganu pula dipanggil Pulut Lepa yang biasanya berintikan ikan (perbetulkan kalau salah). Alkisahnya nak buat pulut udang ni dah lama , beli daun dah dekat sebulan (nasib baik la tak kecut- masih boleh guna lagi walaupun dah nampak kesan lebam2) tapi hujung mingu baru2 ni saja berkesempatan. Cilok resipi ni dari fotopages kak Liza, inti pula ku tiru cam zana buat tu, lebihan inti ada lagi boleh lah gentel cucuq badak pulak. Bab nak memanggang pulut ni pulak guna jer kuali roti canai yang leper tu, balik balikan sikit dah pun garing .....Tapi anak2 kata tak sesedap yang `tuk' buat (mak haniss )







Dah makan pedas pulut berintikan udang tu jamah la pulak Qasidah......kuih paling senang buat, bancuh tepun ngan air n gula secukup rasa dan kacau. Ni lah salah satu kuih paberet masa zaman kanak dan remaja dulu .......dah berbelas tahun rasanya tak makan kuih, hari tu masa selak2 buku masakan mami terjumpa resipi ni...apa lagi terus buat lah....senang banget.





Qasidah
Sumber: Juadah Masakan Mami (Hjh Fadilah Hanum)

Bahan

2 cawan tepung gandum
41/2 cawan air
1 sudu besar tepung jagung
1 1/4 cawan gula
sedikit garam
5 sudu besar minyak sapi
10 ulas bawang merah - potong

Cara membuatnya

1. Campurkan tepung gandum, tepung jagung, gula air dan garam.
2. Tapis dan masak atas api sehingga pekat.
3. Bila dah agak pekat dan tak berapa melekat dikuali/periuk boleh la tuang kedalam acuan.
4. Panaskan minyak sapi dan goreng bawang sehingga kekuningan , taburkan diatas kuih tadi.
5. Bila dah sejuk bolehlah dipotong.

Nota:
1. Haniss hanya buat 1/2 adunan
2. Bawang merah tu haniss goreng dengan minyak biasa hingga kekuningan. Minyak sapi pula dipanaskan sekejap atas api kemudian tuang keatas adunan tepung yang telah dimasak tadi, baru taburkan dengan bawang goreng.`




Dah habis bab kuih muih.....masak ikan siakap pulak...Masa beli dah bagitau tau siap kat orang jual tu nak potong ala2 `butterfly'. Boh nama sendiri ja kat masakan ni `Siakap goreng Halia berkicap'.





Siakap Goreng Halia

Bahan

1 ekor ikan siakap - digoreng dan ketepikan
2 inci halia muda - dipotong memanjang mcm lidi
2 ulas bawang putih - potong nipis
1 ulas bawang besar - potong bulat
beberapa titis minyak bijan
minyak untuk menumis
10 biji cili api - dibelah dua
1 sudu besar sos tiram
1 sudu kicap pekat
Daun sup.
sedikit air asam jawa

Cara membuatnya:

1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih, bawang besar halia serta bawang putih.
2. Masukkan cili api, minyak bijan serta sos tiram dan juga kicap.
3. Maukkan air asam jawa, kalau nak banyak kuah tambahkan air.
4. Biarkan mendidih dan siram atas ikan yang telah siap di goreng tadi. Hiaskan dengan daun bawang.
5. Siap untuk dihidangkan.


[<<  <  1  2  3  4  5  [6]  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net