Rahaniss Fotopages

By: Raha niss

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  6  [7]  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Monday, 18-May-2009 05:38 Email | Share | | Bookmark
Masakan hujung minggu

 
 
 
View all 7 photos...
Hujung minggu yang agak rajin.........ehheehe dikira rajin ka takat masak 2-3 jenis camni, kira oraitlah kut no tahap kerajinan camni (puji diri sendiri ni ) Disamping menggodek tepung untuk Roti Benggali (BM yang godek sebenarnya sehingga masak) buat juga Slice Cheesecake sebab teruja tengok ramai dah yang menerai kek ni.......Semua di `copy' dari Myresipi dan terimakasih la pada tuan punya resipi, memang tak rugi mencuba....


Taraaaaaaaaaa.....




Lepas potong 2 keping posing skit.....


dah habis potong n susun.....makan dengan sup cendawan, gambar dengan sup lupa laks nak ambil....


Ada baki lepas makan dengan sup cendawan, sapu butter dan tabur gula...bakar lam 10 minit jadi lah versi macam ni pula, makan tengah2 suam tu sedapppp....dengan bunyi kruk krak roti tersebut.....

Quote:
oleh:
Roti Benggali
sumber :sofinar@myresipi.com

Bahan A
350g tepung roti
1 sudu besar shortening
secubit garam

Bahan B
120 - 160 ml air suam
1 sudu makan yis serbuk
2 sudu makan gula castor

Cara-cara Bahan
B digaul bersama
Semua Bahan A digaul sebentar
Campur bahan A dan B, uli hingga licin dan lembut.
Perap hingga naik 2 kali ganda. kira2 30 - 40 minit
Kemudian tumbuk2 untuk keluarkan angin, Bahagi 2 hanagian dan susun dalam bekas yang telah digriskan.
Perap lagi hingga naik 2x ganda sumula. Bakar 180 c selama 20-30 minit
Air tu cuba sikit dulu takut terlembik adunan.


Nota: Shortening tu haniss cairkan dulu, kemudian barulah dimasukkan dalam BM......untuk langkah seterusnya...

Habis dah bab roti..........Slice Cheesecake pula ambil giliran..




Slice Cheesecake.....dari Myresipi, pun sedap gak ...cara buat dan bahan2 lebih kurang macam Japanese Soufle cheesecake, cuma Slice Cheesecake ni menggunakan butter.....

Quote:

Slice Cheesecake
Sumber: onigiri@myresipi

Bahan-bahan ( kek saiz 20cm )

4-5 keping slice cheese - guna 5 keping
200 ml susu segar
70 gram butter atau marjerin - guna butter
70 gram tepung gandum (diayak dahulu)
70 gram gula
4 biji telur saiz M
beberapa titik esen vanila

Cara-cara
1. potong atau siat slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar - tak potong pun terus masuk sekeping2
2.Kemudian masukkan dlm periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi cair. kacau sentiasa. masukkan butter dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.
3.Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue.
4.Didalam bekas lain pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan kedalam adunan cheese tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul
5. Akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata. glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. masukkan adunan kek di dalam acuan .
6. Bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah selama 40 minit, gunakan acuan kek berukuran 20cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara bain marie, untuk mendapatkan kek yang elok teksturnya.
7.Hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja. kek ini lembut dan ringan. tak rugi mencubanya




selit sikit lauk pauk semalam........tersangatlah ringkasnya. Masak lemak kepala ikan jenahak (beli 2 minggu lepas, semalam baru ada can nak masak), ikan goreng cicah kicap dengan cili api.



Monday, 11-May-2009 06:53 Email | Share | | Bookmark
Koleksi lama tapi baru dapat...

 
 
 
View all 5 photos...
Koleksi lama lagi ...tapi baru dapat, kira turun temurun lah juga dari keluarga......Pemberian dari mak saudara (mak ngah) baru2 ni, dia bagi sebab tau memang Haniss suka benda2 camni dan akan jaga elok2 dan dia pun tak de anak perempuan untuk diperturunkan. Tak silap katanya dibeli semasa zaman belum merdeka lagi agak2 lam awal 50an....(nenek saudara kut yang beli ....diperturunkan kat makngah, lepas tu sekarang kita la pulak )....jadi lah setakat dapat 2 biji cawan & piring serta talam kecil yang muat 2 biji cawan tu


Cawan dengan pelapik


Pelapik cawan


Dulang nya pula berbentuk bujur.....yang muat 2 biji cawan, katanya yang saiz besar pun ada gak...





Layan pula gambar makan yang serba ringkas ni.....masakan semalam. Ayam tu diperap dengan kicap,sos & lada hitam sebelum digoreng...sebab tu nampak gelap skit.



Monday, 4-May-2009 04:18 Email | Share | | Bookmark
Aroma Ikan Bakar + Percutian `budget'.....

 
 
 
View all 14 photos...

Percutian `Budget'........hehehheh cuti pun budget juga...ya la dalam krisis ekonomi yang melanda ni kena lah juga belajar ber bajet. Sebenarnya cuti pun singkat, masa 1st may bebaru ni kami meronda2 sambil jalan2 menambah berat badan, hala tuju kali ni ke Sg. Semilang, Kapar (kat Jeram)...tak jauh mana pun dengan rumah & jarak perjalanan adalah dalam 1 jam lelebih skit dari B.Baru Bangi. Agenda utama sebenarnya nak merasa keenakan ikan Bakar Jeram + bermalam sekali kat sana.....kalau dah kekenyangan en. suami pun malas nak drive balik walhal tak ler jauh mana pun (Awal2 lagi dah booking kat Pantai Indah Seaview, Kapar) nak detail lagi boleh rujuk kat kat laman web resort ni http://seaviewresort.com.my/.

Lepas solat jumaat + lunch baru gerak kesana, petang tu sempat lah meronda kat sekitar Pantai Remis & Pantai Jeram sambil survey tempat untuk nak makan malam nanti. Kat Pantai Jeram ada 2 Restoran Bakar yang popular... Medan Ikan Bakar Jeram & Aroma Ikan Bakar.. kami pilih untuk makan kat Aroma.....
Malas dah nak taip panjang2...layan gambar terus jer lah...


Dari balkoni tingkat satu Pantai Indah Seaview, laut tak nampak dilindung pokok2.








Pantai Remis - takat nak ambik angin, main layang2 ka main pasir kira orait lagi....nak mandi tak ler kut, airnya berselut dan keroh.




Ni masa air tengah pasang......

Makan2 pula


Aroma Ikan Bakar
Lokasi: Jalan Pantai Jeram, Kapar.


Aroma Ikan Bakar ni betul2 tepi laut, sambil makan sambil ditiup angin pantai. Sayangnya pakai kamera dapor , tak lah nampak deruan ombak...


hidangan pun dah sampai...sila makan. ketam dengan sotong tu dah tinggal separuh pun baru la kita sebok2 nak ambik gambar.


diikuti dengan jenahak bakar pula ...rasanya ada sekor lagi ikan yang tak sempat posing ....dah kena terkam awal2.


Nasi lemak ..sarapan pagi keesokan harinya, tak cukup sebungkus makan . Beli di sekitar Sg. Semilang.


Tuesday, 14-Apr-2009 03:50 Email | Share | | Bookmark
Roti lagi......

 
 
 
View all 4 photos...
Roti lagi, kali ni ikut resipi dari buku breadmaker........ok jer naiknya tapi bila nak potong nipis agak nak berderai skit, jadinya kena potong tebal2 dalam 3/4"....makan pula dengan kaya buatan sendiri . resepinya akan ditaip kemudian...


dah siap seketoi.... belom potong lagi


keratan rentas roti tersebut, dengan kaya sekali


kaya .....resipi cilok dari fp mamafami, kita paste kat sini ya....

Quote:

SERIKAYA (MAMAFAMI)
Sumber : Ibuku nan tercinta

Bahan-bahan :

6 butir telur
3 cawan santan kelapa
450g gula
3 sudu besar tepung gandum

Kaedah penyediaan :

1. Pukul telur dengan 150g gula hingga kembang.
2. Masukkan santan kelapa dan tepung. Kacau rata.
3. Jadikan gula hangus dengan 300g gula.
4. Tuangkan gula hangus ke dalam bancuhan telur dan masakkan di atas api yang sederhana sehingga masak. Mama masakkan selama lebih kurang setengah jam.


Nota: Haniss hanya buat 1/2 adunan



Ni pulak stok roti minggu roti.....satu tu sengaja dicampurkan kombinasi coklat dengan plain, satu lagi lepas canai tu tabur skit gula perang dengan serbuk kayumanis, gulung dan terus bakar, dah masak harum semerbak ala2 st.cinamon gitu.......


Tuesday, 7-Apr-2009 05:17 Email | Share | | Bookmark
Menu Western pula....

 
 
 
View all 4 photos...
Sesekali tukar selera juga, makan ala2 western gitu.....ada lamb chop, beefsteak ada, fish n chips pun ada.......bukan sekaligus ya buat ni......tapi kumpul jer sekali harung masuk sini...
Sos untuk semua ni haniss tibai ikut kuah chicken chop hari tu jer, fish n chip pula senang aja, calit mayonis dengan cili sos terus boleh makan

Jom layan gambar


Lamb chop......belum siram sosnya lagi


Steak pula........sesekali pekena ok la.


Fish & Chip sempoi - goreng jer frozen fish bite, tambahkan skit sayuran dan kentang goreng sebagai aksesori .....



selingan skit


kacang tumbuk - my paberet, tapi kalau sakit gigi/gigi belubang , kang masuk kat tempat belubang tu, sakit wooooooooooo...


[<<  <  1  2  3  4  5  6  [7]  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net