Rahaniss Fotopages

By: Raha niss

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  [8]  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Thursday, 2-Apr-2009 08:31 Email | Share | | Bookmark
Roti gulung berdaging & makan2 di Umbai

 
 
 
View all 8 photos...


Roti gulung berdaging ni kutip resipi dari blog Cik mat Gebu.... dah 2 kali buat roti gulung ni dan sambutan amatlah menggalakkan kat rumah. Kali pertama buat memang lah tersangat gebunya (betul ni...memang tak tipu) tapi kali kedua pula buat kurang pulak kegebuannya , (gambar yang kat atas tu buat kali yang kedua) tak tau la pulak kat mana silapnya. Bab2 menguli semuanya kita serahkan pada Breadmaker......dah siap doh semua ambik canai, isi inti , gulung...perap kejap dan bakar...makan masa panas2 tu lagi lah sedap......
Terima Kasih pada tuan punya asal resipi ni En Mat Gebu.....direkmen dan di ekjas pula oleh nurasslindah( tokey amway - beli Breadmaker ni dari dia lahhh )

Quote:

Roti Gulung : ( resipi asal dari mat gebu blog)
BAHAN-BAHANNYA

140 ml air
1 biji telur gred C
30 g mentega
( 1/3 cup ) 60 g gula halus
1 camca teh garam
2 1/2 camca besar susu tepung
1/2 camca teh bread improver - tak letak pun
1/2 camca teh bread softerner - pun tak letak juga(
2 1/3 cup) 270 g tepung roti (high protein flour) - tak campur dgn superfine, guna semua skali 320gm tepung high protein.(
½ cup) 50 g tepung halus (tepung Hong Kong yg best sekali) - tak letak
1 1/2 camca teh instant yeast

Kari Daging cincang,Blueberry,strawberry or whatever u like filling secukupnya

CARA MEMBUATNYA
1.Masukkan kesemua bahan2 ikut turutan ke dalam Noxxa Bread Maker, pilih setting for dough dan tekan "ON". Tunggu hingga siap.
2.Keluarkan doh dan bagi kepada 4 - 5 bahagian yang sama besar (bergantung pada saiz tin masing2), canai dan sapu filling secukupnya, gulung seperti swiss roll dan alihkan ke dalam "mini loaf pan" yang telah disapu dengan mentega. Buat hingga siap.
3.Biar naik sampai double the size and bakar for 20-25 min at 190 deg C in yr NOXXA breadmaker.
4.. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dipotong


Ni pula gambar masa p makan2 kat Umbai, Melaka bebaru ni.....tak payah lah nak cerita panjang, jom tengok sebahagian gambar yang dapat diambil.....Masa dah stat makan tu kamera pun dah lupa


Jenahak bakar (siakap lom sampai lagi) kailan goreng & nasi lemak (haniss bedal 21/2 bungkus, )


Udang Goreng Butter, otak2 air kelapa dan sotong goreng tepung.






Ni pulak stok gambar tahun lepas, makan ditempat yang sama, gerai dan juga meja yang sama...cuma alas meja jer yang bertukar.....spt biasa tu jer gambar yang sempat diambil sebab awal sampai, bila makanan yang lain sampai ingat nak makan ja waktu tu....
Sebelum singgah melaka tu kita orang dari JB, rehat dan makan2 kat R&R Pagoh dan nampak ada satu gerai kat situ jual Nasi Ambeng yang siap dibungkus.....mestilah beli kan...sebab nak merasa..



Tuesday, 31-Mar-2009 05:20 Email | Share | | Bookmark
Langkawi - Mac 2009

Kereta sewa 4 hr 3 mlm
Beras Terbakar
Tapak beras terbakar- pasir ada lahh
View all 29 photos...
Lamanya tak update kat sini......
Ada lah dekat 2 bulan lebih
Jangankan kata update nak menjengah rumah rerakan puk tak berkesempatan
Agak sibuk sikit dalam sebulan dua yang lepas ...
Tapi tak per...ni kira nak `start' semula la ni...
Masak?....ada juga tapi masakan berulang/yang sama ...ada juga yang baru, nanti ada masa kita masukkan lah ya.....

Bebaru ni ada g bercuti ke Langkawi , Kedah (mcm bercuti kt kpg halaman sendiri........tapi beza juga kan langkawi tu pulau...kampung halaman kat tanah besar ). Duk kat sana 4 hari 3 malam, tak meronda kat mana sangat pun...hajat utama pergi nak naik kereta kabel, tapi sayangnya hari yang nak pergi naik tu tutup lah pula (masa hari ke 3 kat sana)......tu lahhh hari2 sebelumnya tak nak pulak pergi naik.....nak naik hari berikutnya tak leh sebab nak kena balik awal.....kecewa la skit...tak per lain kali boleh pergi lagi....

Sambil2 tu jom layan serba sikit gambar2 masa kat sana.....
Hari pertama tinggal kat Langkasuka Beach Resort
Hari ke2 & 3 kat Aseania Resort



Kereta sewa masa kat sana..



Kat Beras Terbakar - pergi sini sebab nak beli kain batik, baca forum, dia orang kata kat sini lebih murah dan banyak pilihan lah juga....


Kalau ke Beras Terbakar jangan lupa singgah makan kat sini, dlm 500 meter rasanya dari simpang masuk ke Beras Terbakar tu, ikan bakarnya fresh dan sedap...murah pulak tu.
Lagi satu kalau lalu belakang airport menuju ke Pantai Cenang jangan lupa singgah beli/makan laksa power....jual dari van dan ada kusi meja gak kalau nak makan kat situ....


kolam kat Langkasuka Beach Resort


Pantai kat Langkasuka Beach Resort - waktu menghampiri senja






Kat Dataran Helang



Kat Teluk Burau....takat tengok ja pun, naik? tak boleh lahhhh tu semua orang punya.



Pantai Pasir Hitam & selipar kat bawah tu sekadar nak tunjuk kadar kehitaman pasir kat situ....


kat pantai mana ntah...dah lupa la....


nak naik x dapat.....takat tengok dan ambik gambar jer lah....lain kali kena p lagi naik menda alah ni...


Langkawi Geopark


Akhir sekali, sorang budak yang dah bosan tunggu mak dia yang asyik keluar masuk kedai......(dlm hati berkata `cepat lah ibu, nak balik mandi kolam pula ni' dah penat la tunggu2 ni....)
Lokasi: Depan Haji Ismail Group, Langkawi.


Tuesday, 13-Jan-2009 02:41 Email | Share | | Bookmark
Nasi Lemak 2meh & Chicken Chop

 
 
Sarapan Nasi Lemak 2meh dihari minggu, sekadar makan dengan sambal ikan bilis dengan telur rebus...resipi dari boxhousestudio, sengaja diwarnakan kuning nasi ni...kreatif la konon tu. Ada kisah disebalik masak sambal tu .... Lepas tumis cili semua tu baru perasan asam jawa dah habis langsung, nak gantikan dengan asam keping pun tak dak juga...last lepas selongkar peti sejuk ada la beberapa biji limau kasturi....hentam jer la guna limau kasturi ....penyelamat keadaan.



Quote:

NASI LEMAK 2MEH

Bahan :

Beras biasa 1 kg
Minyak masak 1/2 cawan
Bawang besar 2 ulas
Daun pandan 2 helai
Garam 1tsp
Lada putih 1/2 tsp
Gula batu 2 butir
Santan

Cara Menyediakannya :

Panaskan periuk dengan minyak
Masukkan bawang, diikuti yang lain, air dan beras
Di tanak seperti biasa

SAMBAL IKAN BILIS

Bahan A :

Cili kisar 1kg
Bawang besar 300 gram
Ikan bilis goreng 250 gram
Minyak masak 4 cawan

Bahan B :

Gula pasir 200 gram
Gula merah 150 gram
Asam Jawan 200 gram

Cara Menyediakannya :

Bahan A dikisar
Panaskan minyak, masukkan bahan kisar
Masukkan bahan B
Masak sehingga secukupnya






Dah lama teringin nak makan Chicken Chop hasil air tangan sendiri......apatah lagi lepas tengok Madiha hidangkan berpinggan pinggan Chicken Chop masa dia balik kampung hari tu. Hasben pula bila kita cakap nak buat Chicken Chop dia kata makan jer lah kat kedai depan tu (kat beberapa restoran/kedai makan kat rumah termasuklah Mama Chop Papa Grill ada beberapa yang menyediakan hidangan western ni) tak percaya kut bini dia boleh buat.... Tengahari ahad tu singsing lengan la mengerjakan Chicken, orait juga buat makan tengahari sebab pagi tu dah kenyang makan nasi lemak 2meh.

Resipi Nabialishad yang dicopy dari fp Madiha........

Quote:

CHICKEN CHOP (versi NABIA )

Bahan2 ayam yg diperap
4 ketul ayam (bahagian isi yg telah dibuang tulangnya (ada jual di pasaraya)
2 ulas bawang merah - kisar
3 ulas bawang putih - kisar
2 inci halia - kisar
1 s/k lada hitam - tumbuk halus
2 s/b sos tiram
1 s/b kicap cair
garam sket je
putih telur
tepung jagong secukupnya
minyak utk menggoreng

Cara Membuat
Perap isi ayam tadi dengan bahan2 kisar & lada hitam yg ditumbuk, sos tiram, kicap cair & garam. Gaul rata dan perapkan dlm sejam atau lebih.
Panaskan minyak yg byk dlm kuali. Ambil isi ayam tadi celupkan dalam putih telur dan golekkan dlm tepung jagung hingga seluruh ayam diselaputi oleh tepung jagung. Masukkan dlm minyak yg panas (deep fry). Goreng hingga garing. Angkat dan toskan utk kurangkan resapan minyak.


Bahan2 Black Pepper Sauce
5 ulas bawang putih - cincang halus
2 s/b tepung jagung - bancuh dlm 2 cawan air
3 s/b kicap pekat
2 s/b lada hitam - tumbuk halus
1 kiub ayam
garam & perasa
minyak utk menumis

Cara2
Tumiskan bawang putih cincang hingga naik bau. Masukkan air bancuhan tepung jagung tadi dan kicap pekat, lada hitam dan kiub ayam. Biarkan mendidih dan kuah menjadi agak pekat. Rasakan apa2 yg kurang bolehlah ditambah garam/ perasa. Kepekatan kuah bergantung pada anda.. kalau suka pekat.. biarkan hingga kuah menjadi pekat dan bolehlah diangkat.


Bahan2 Untuk Coselow
Kobis - disagat
Carrot - disagat
Mayonese secukupnya
sedikit serbuk kayu manis
Gula

Cara2
Sayur yg disagat tadi rendam sebentar dlm air sejuk. Kemudian toskan. Masukkan dlm mangkuk yg besar dan campurkan mayonese secukupnya, sikit serbuk kayu manis & gula. Kacau hingga sebati dan sejukkan dlm peti sejuk sebelum hidang.


Bahan2 tambahan lain
1 tin baked bean
fun fries - digoreng garing
salad
tomato
timun


Nota Haniss: Untuk menggoreng ayam tu kita ikut cara Madiha iaitu dengan tak celup dalam putih telur, hanya golekkan dalam tepung jagung supaya bersalut dan terus goreng.

Tengok kepada Chicken Chop Haniss tu macam versi bajet jer pun sebab tak der segala coselaw, baked bean tu semua......sib baik la ada timun, tomato & salad tu sebagai penyeri....


Monday, 12-Jan-2009 03:03 Email | Share | | Bookmark
Macam2 ada

 
 
 
View all 7 photos...
Sabtu lepas ke Pasar beli barang keperluan angkut sekali kepala ikan merah...agak mahal juga harga ikan walaupun harga minyak dah turun berkali2. Mula2 ingat nak masak kari kepala ikan stail mamak tu sebab ada pula permintaan nak makan Asam Pedas, tak per lenkali pula kita masak kari ya....
Disamping Asam Pedas masakkan juga udang goreng tepung dan sayur campur. Untuk minum petangnya pula buat `Bluberi muffin with Cream Cheese' sebab ada lebihan cream cheese masa buat Cheese Tart minggu lepas. ....syok makan tengah2 suam dengan Teh O.










Dah habis lauk pauk, beri laluan kepada Cik Muffin pula untuk berposing...






Resipi dari Cari.com.my , tak ingat tuanpunya resipi ni...halal yer haniss copy & paste kat sini.

Quote:

Blueberry Muffin with Cream Cheese

2 cups cake flour - guna tepung gandum je
3/4 cup granulated sugar
1-1/2 teaspoon baking powder
1/2 teaspoon baking soda
1 pinch salt
3 ounces cream cheese, cut in cubes - saya guna 150gm
2 teaspoon lemon juice
2 teaspoon vanilla extract
2 eggs
1/4 cup completely melted butter
1/2 cup milk
1 cup blueberries, fresh or frozen

Preheat oven to 350°. Line the cups of a muffin tin with 12 paper liners. Combine flour, sugar, baking powder, soda, and salt in a mixing bowl. Stir well; set aside.

Mix cream cheese, lemon juice, and vanilla until smooth. Add eggs and mix until blended. Stir in hot melted butter and mix until smooth. Mix in milk. Add dry ingredients and stir until all dry is incorporated. Do not over mix. Fold the berries into the batter.

Pour an equal amount of batter into each muffin cup, filling each about 2/3 to 3/4 full. Bake in preheated 350° oven for 30 minutes. Cool on rack 15 minutes. Makes 12 muffins.

Note: For an extra treat, add a small cube of cream cheese to the top of each muffin before baking.



Tuesday, 6-Jan-2009 00:31 Email | Share | | Bookmark
Mee Hailam & Muffin Pisang

 
 
 
Dalam pada angin M pun masih jugak masak......ala kadar jer tak ler meriah sangat pun. Mee hailam sempoi dan kebetulan ada pisang, maka buatkanlah juga muffin pisang.



Mee Hailam Sempoi

1 peket mee
5 ulas bawang putih - ketuk
lada sulah ikut kepedasan - tumbuk
ayam - dipotong
udang & sotong
sayuran - sawi, karot & cili potong.
air secukupnya
2 sudu besar sos tiram
kicap secukupnya
bawang goreng daun sup untuk hiasan
1 sudu besar tepung gandum - dibancuh dengan air untuk memekatkan kuah. (optional)
2 biji telur.
garam secukup rasa.

Cara membuatnya

1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih , masukkan ayam dan kacau hingga mendidih.
2. Masukkan sos tiram dan kicap, biar sebentar disusuli lada sulah.
3. Masukkan pula udang, sotong bancuhan tepung gandum dan kuat kan api , masukkan telur dan kacau skit jer.
4. Masukkan sayuran beserta cili potong biarkan seketika.
6. Masukkan mee dan siap untuk dihidangkan, hiaskan dengan bawang goreng dan daun sup.

Quote:
Alternatif lain supaya boleh dimakan berulang2, celur mee dalam air panas toskan. Bila nak makan hanya ambik mee dan tuang kuah diatasnya.






Quote:

MUFFIN PISANG/BANANA MUFFIN
source: Wendy Khor recipe book (dari FP Ana Penang & Madiha)

ingredients A
400gm melted butter
300gm (6nos) eggs - guna telur gred B
200gm milk - Haniss guna fresh milk

Ingredients B
600gm(10pcs) mashed banana - Haniss guna pisang berangan
400gm castor sugar - Haniss guna dalam 350gm saja
2gm salt

Ingredients C (Ayakkan bersama)
550gm superfine flour - guna tepung gandum
10gm(2 tsp) baking powder
10gm(2 tsp) sodium bicarbonate

Method
1. Double boil till the butter is dissolved, and let it cool. Add in beaten egg and milk, stir until well combined.
2. Add salt and sugar into the mashed banana, mix until sugar is dissolved.
3. Combine step 1 and step 2, add sieved ingredients(C) to form batter. (jangan terlebih kacau/bancuh)
4. Fill up muffin cup batter, bake in preheated oven at 180C for 20-25 minutes


[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  [8]  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net