Rahaniss Fotopages

By: Raha niss

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  2  3  4  5  6  7  8  [9]  10  11  12  13  14  15  16  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 31-Dec-2008 05:35 Email | Share | | Bookmark
Balik Utara lagi....

 
 
 
View all 21 photos...
Cuti krismas bebaru ni balik keutara lagi, macam2 agenda selama beberapa hari tu (sehingga ke Awal Muharam)....p ke majlis kenduri pun masuk dalam agenda juga la, kira mengeratkan Silatulrahim disamping dapat mengisi perut . Masa kat sana ingat tu nak la bergather2 dengan Kak amal, mana tau kot2 dapat merasa Choc Banana dia yang tengah hangat dipasaran tu, tapi tak der rezeki juga, tunggu lain kali lah......asyik kesana kemari tapi sempat lagi pulak tu pi berkelah kat Air Terjun Titi Hayun, Yan Kedah......adik2 la pakat ajak pi sana.....lagi pun dah lama tak p mandi2 air terjun ni. Kaum2 ibu tak turun mandi pun, yang mandi anak2 dengan remaja saja......takut sejuk weiiiiii......

Memula jom layan gambar2 bendang kat belakang rumah mak dulu, sambil2 teman anak2 memancing ikan di sungai dan menikmati angin sepoi2 bahasa,dapat la 2 ekor ikan puyu .







Pokok padi yang tengah menghijau




Hari seterusnya pula pergi berkelah ke Air Terjun Titi Hayun...kat daerah Yan.....plan asal nak pergi 2 kereta tapi last2 tu jadi 4 kereta akhirnya, makanan pula tak banyak mana sebab ingat 2 kereta jer tapi alhamdulillah cukup juga untuk semua yang pergi tu.

diambil dari laman Web Majlis Daerah Yan http://www.mdy.gov.my/titihayun.htm
Quote:

Rekreasi Titi Hayun

Letaknya 3 km dari pekan Yan atau 40 km dari Alor Star. Sebuah kawasan perkelahan mendapat nama sempena sebatang titi gantung di kawasan ini. Ketinggiannya : 200 – 300 meter a.p.l.

Dibangunkan kompleks kawasan rehat yang lengkap berkonsepkan ‘Tropika” yang berteraskan pelancongan “Ecotourism”. Disediakan kemudahan 10 unit Chalet, 2 unit Asrama, Dewan Makan dan Bilik Kuliah.

Disini mempunyai sungai dan denai hutan untuk mendaki ke Air Terjun Puteri Mandi sejauh 1 kilometer dan mendaki tangga konkrit (Tangga Kenari 1000 Tahun ) ke Puncak Gunung Jerai. Pendakian mengambil masa dalam tempoh 3 hingga 4 jam sejauh 5 kilometer.

Hutan lipur mempunyai pelbagai flora dan fauna dari hutan dipterokarpa pamah yang boleh ditemu di kompatmen 20, Hutan Simpan Gunung Jerai.

Meranti melantai, meranti langgong dan meranti tembaga merupakan tumbuhan utama.




gambar makanan dilupa jangan


Sekitar kat Air Terjun Titi Hayun - sengaja cari port yang kurang skit air, kaedahnya senang nak kawal budak2 mandi nanti




============================================================================

Dalam perjalanan balik dari Yan singgah sebentar kat Kuala Sala sebab nampak ada orang jual ikan yang baru naik dari laut kat tepi jalan tu, lantas terus plan dengan ahli2 rombongan lain untuk buat BBQ pada malamnya, semua yang lain setuju jer, yer la bab makan memanglah setuju...terus beli serba sikit (banyak juga sebenarnya) kembong, cencaru, kerapu, udang dan juga sotong...balik rumah gotong royong buat sorang sikit kejap jer dah pun siap (siang, basuh, perap apa2 yang patut). Kul 9 lebih baru lah bermula acara bakar membakar tu..... paling tak tahan kembung yang dijual tu sekilo RM 4 jer (kembung yang jenis kecik tu, alkisahnya kalau diutara dipanggil ikan temenung )




Selit sikit resipi untuk perap ayam dan ikan.........sekadar guna bahan2 yang ada dirumah mak waktu tu...

Bahan perap - yang teramat lah ringkasnya & tiada sukatan metrik, anggar jer lah ya.

2 labu bawang besar - kisar
5 batang serai - kisar
1 1/2 inci halia - kisar
lengkuas - agak la, jangan banyak sangat - kisar juga
5 biji buah keras - kisar
cili blender - ikut pedas
gula, air asam jawa dan garam

Campurkan semua bahan diatas dan perap kan dengan ayam dan ikan.
Untuk ayam selepas perap, kita orang masak kejap atas api untuk keringkan airnya, nak mempercepatkan proses membakar nanti dan juga untuk `mesra' kan bahan perap tadi. Untuk ikan terus bakar jer......dan sambil bakar tu renjis la dengan bahan perapan tadi.

Sos pencicah

20 biji cili api
2 ulas bawang putih
belacan & gula

Tumbuk semua bahan2 ni gaulkan dengan kicap (anggaran dalam 1 cawan) dan perahkan jus limau nipis, boleh tambahkan tomato dan bawang yang dipotong jika suka....sedia untuk didcah dengan ayam, ikan sotong dan udang bakar tadi.

Sebenarnya ada lagi gambar2 aktiviti semasa disana...insyaallah kalau rajin nanti akan dimuatkan dalam siri yang akan datang


Wednesday, 31-Dec-2008 00:31 Email | Share | | Bookmark
Muffin Pandan

 
 
Muffin Pandan - masa tengah bakar bau harum semerbak, tabur skit badam kat atas tu....makan pulak tengah suam2 gitu muffin ni...hmmmmmmmmm sedap. Cilok resipi dari fp Kak Rinn asalnya dari cari.com.my.





Quote:

MUFFIN PANDAN
Sumber : -Cari.com & Fp RinnChan

Bahan-bahan:
200gm tepung gandum
1 1/2 tsp baking powder
1/2 tsp soda bikabonat
1/2 tsp garam halus
120gm gula castor
200ml santan kelapa (dalam kotak)
100ml minyak jagung
2 biji telur
*1 tsp pandan paste (Boleh bubuh extra kalau nak lebih hijau)
*1/2 tsp pandan essence - tak letak pun
Bahan topping ikut selera - Almond slices, kismis, ceri etc. - haniss letak badam cincang

Nota :
*Sekiranya tiada pandan paste atau pandan essence, boleh blend 5-7 helai daun pandan bersama 200ml santan di atas dan tapis ya .

Cara-cara:
1. Panaskan oven pada suhu 190 darj cel. Sediakan loyang muffin dan paperliners.
2. Ayak tepung, baking powder, soda bikabonat dan garam halus. Masukkan ke dalam
sebuah mangkuk besar. Campurkan gula halus dan kacau rata menggunakan whisker.
3. Campurkan ke semua bahan basah ke bahan kering. Kaup balikkan sekadar kesemua
bahan bercampur. Adunan akan kelihatan seakan berketul2 sedikit (lumpy).
4. Isikan adunan ke dalam paperliners dan taburkan kepingan almond di atasnya.
5. Bakar selama 20minit.



Wednesday, 24-Dec-2008 06:37 Email | Share | | Bookmark
Soto Daging...

 
 
 
View all 4 photos...
Soto Daging - Selalu tu makan Soto Ayam jer, kali ubah selera skit ke Soto Daging (sesuka hati saja ubahsuai ) sebab nak perabihkan daging korban semasa Aidiladha tempohari dan ada pulak anak buah 3 orang bertandang kerumah, bolehlah buat dan makan bersama dia orang. Nak masak daging untuk dijadikan lauk makan dengan nasi rasa cam jemu pulak, iyelah seminggu sebelum tu (masa Aidiladha) hari2 dengan menu daging. Untuk kuah Haniss rebuskan sekali daging berserta dengan beberapa ketul tulang dan ikut resipi kuah Soto ni dari buku Rampairasa Selatan oleh Pn. Asiah Shamsudin, manakala bergedel pula kita ikut step by step macam leelin@kucinorengemuk paparkan tak berapa lama dulu.



Buku masakan dan resipi dari Rampairasa Selatan.




Soto Daging lepas dihidangkan dan sedia untuk dimakan, untuk resipinya Haniss taip betul2 ikut buku sebagai rujukan dimasa akan datang.

Soto Ayam
Sumber: Asiah Samsudin dari buku masakan Rampairasa Selatan.

1 ekor ayam - haniss gunakan daging & tulang
3000ml air - ikut kesesuaian
1/2 camca teh serbuk perasa - tak letak pun

Bahan kisar

1 sudu besar ketumbar
1 sudu teh jintan kasar
1 sudu teh jintan halus
2cm lengkuas - tak letak sbb tak der stok
2 batang serai
1 cm halia
15 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
1/4 biji buah pala - pun tak letak juga1
camca teh lada sulah
5 biji buah keras - letak 3 biji sebab ada pun banyak tu ja
1 cm kunyit - terlupa letak

1.Masukkan bahan kisar dalam periuk berisi air dan masak hingga mendidih
2.Masukkan ayam, biar hingga ayam empuk barulah angkat, tuskan dan carikkan ayam tersebut.

Nota: Haniss rebuskan daging dan tulang dulu hingga hampir empuk, baru masukkan bahan2 kisar tersebut.

Bahan sambal soto

1/2 cawan cili padi
1/4 cawan kicap manis
1 camca teh gula
3 ulas bawang putih

1. Celur cili api dengan kuah soto.
2. Kisar dengan bawang putih dan campurkan kicap dan gula, kacau rata.

Bahan yang dimakan bersama soto

nasi impit atau mihun yang telah dicelur
Bergedel
3 tangkai daun sup - hiris halus
3 tangkai daun bawang - hiris halus
1/2 cawan bawang goreng
500gm taugeh ,dicelur - terlupa letak, tersorok sangat lam petiais langsung tak ingat

1. Bubuh nasi impit dalam mangkuk, campurkan tauge, ayam yang disiat siat, daun sup serta daun bawang. Kemudian bubuh kuah dan bergedel diatasnya. Tabur bawang goreng dan sedikit sambal kicap.
2. Sedia untuk dimakan.

Quote:

Bergedel
Sumber: fp leelin

1 kilo kentang
½ buku bawang putih
lada sulah (banyak)
400g daging cincang (1 paket daging cincang Ramly)
100-200g bawang goreng
1 cekak daun sup – racik halus
1 cekak daun bawang – racik halus
2 sudu besar tepung jagung
2 biji telur – asingkan kuning dan putih telur

1. Hiris kentang dan goreng hingga lembut. Lenyek/tumbuk.
2. Tumis bawang putih, masukkan lada sulah dan daging cincang. Goreng hingga daging kering/hilang bau hanyir.
3. Campur semua bahan: kentang lenyek, daging, bawang goreng, daun², tepung jagung dan kuning telur. Gaul sebati dengan tangan. Bulat²kan dan lalukan di atas tepung jagung.
4. Celup dalam putih telur dan goreng.


Untuk bergedel saya hanya buatkan 1/2 adunan saja.


Tuesday, 23-Dec-2008 05:41 Email | Share | | Bookmark
Donut Cakcibur & pinggan lama Mak Pah.

 
 
 
View all 5 photos...
Donut Cakcibur
Semasa meninjau2 rumah mamafami hari tu ternampak donut dan rasa teringin sangat2 nak cuba sebab tengok kelainan skit donut ni, ada campuran kentang dan gunakan minyak masak. Seperti biasa lah tak ikut betul2 pun resipi ...kira ada derhaka lah skit ni, sebab susu pekat tu kita telah gantikan dengan susu tepung....tetap tak lari kan, masih lagi susu . Anak2 suka donut ni dan ibunya lagilah teramat suka....
Terima kasih pada tuan punya resipi Cak dan juga mamafami, kita terus paste jer resepi kat sini ya....





Quote:

DONUT CAKCIBUR

Bahan-bahan :

1 biji kentang saiz sederhana
5 g yis kering
1/3 cawan minyak masak - guna minyak jagung
1/3 cawan air suam
1/4 tin susu pekat - guna 3 sudu besar susu tepung
1 sudu besar gula
1 sudu teh garam
500g tepung gandum

Kaedah penyediaan :

1. Rebus kentang dan kemudian kisarkan dengan 1 cawan air suam.
2. Satukan yis, gula, air suam, minyak masak, susu, garam dan kentang kisar.
3. Masukkan sedikit tepung dan kacau dengan hujung jari.
4. Masukkan baki tepung, sedikit demi sedikit hingga mendapat doh yang lembut. (Nota : Lebih lembut doh, lebih lembut donatnya)
5. Ambil sedikit doh dan bulat-bulatkan. Susun di dalam dulang dan biarkan naik dua kali saiz asal.
6. Panaskan minyak. Buatkan lubang di tengah bebola tadi dan goreng hingga kuning keemasan.
7. Salut dengan gula kastor dan sedia dihidangkan.

============================================================================
Pinggan lama lagi, tapi kali ni bukan koleksi sendiri...orang punya. Ketika berkunjung ke rumah mak saudara hasben baru2 ni sempatlah klik gambar beberapa koleksi pinggan lama yang ada dalam almari dia, ambik gambar ni pun cam malu2 kucing taim tuan rumah kedapor buat air......cepat2 keluarkan kamera dan ini lah sebahagian yang dapat diambil gambar. Semasa nak balik tu baru cakap kita dah ambik gambar2 pinggan dalam almari, sebenarnya tuan rumah tak kisah pun tetamu jer yang macam malu2......meh ler tengok.....







Monday, 22-Dec-2008 01:57 Email | Share | | Bookmark
Roti Kerca, Cheese Tart & tag yang terperam

 
 
 
View all 6 photos...
Sarapan pagi dihari cuti...buat Roti kerca selepas tengok kak amal dan Kak zai menghidangkan minggu lepas, guna resipi dari Majalah RASA lebih kurang sama juga cam resepi yang kak amal & kak zai buatkan tu juga, bezanya kuahnya bersantan...yang lain2 tu sama aja. Kalau dalam majalah SAJI tu resipi dari Syed Sobrie dan Azie manakala yang ni pulak dari sanak saudara dia jugalah (tak silap anak menakan Syed Sobrie juga Syarifah Nor Azean ni).ishh melalut pasal artis pulakkkk .


Roti kerca dengan kuahnya - sebenarnya kuah ni agak kaler kemerah merahan tapi ntah camna lam gambar nampak cam pucat pulak.



Roti Kerca
Sumber: Resipi keluarga Syarifah Nor Azean - RASA Julai 2006

Bahan Roti

1/2 kilo tepung gandum
3 biji telur
sedikit garam
air secukupnya
sedikit marjerin

Cara membuatnya:

1. Campurkan bancuhan tepung dengan air, telur dan garam, kisar hingga sebati.
2. Sapukan sedikit marjerin dalam kuali leper dan isikan adunan tadi.
3. Lenggangkan isi adunan dan biar berbentuk seperti lempeng.
4. Setelah masak, angkat dan gulungkan.
5. Gunting dulu sebelum dihidangkan bersama kuah.

Bahan kuah

250gm daging cincang
250ml santan
75gm serbuk rempah daging
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
6 biji buah keluarga
4cm halia
4 ulang bawang putih
10 ulas bawang merah
200gm tomato puri
garam dan gula secukupnya

Cara membuatnya:

1. Tumbuk lumat bawang dan halia.
2. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang hingga harum.
3. Masukkan serbuk kari yang dibancuh sedikit air dan santan bersama, kacau hingga mendidih.
4. Kemudian masukkan daging, tomato puri, garam dan gula secukup rasa.*
5. Biarkan hingga masak

Quote:
* Haniss ubah suai sikit.
Lepas tumis rempah, hanis masukkan daging terlebih dahulu sehingga agak2 empuk kemudian baru disusuli dengan santan dan garam.





Dari majalah RASA Jun 2006 - Resipi turun temurun dari keluarga Syarifah Nor Azean atau pun lebih popular dengan panggilan Scha.......


Cheese tart - dengan filling bluberi, buat dan habis dalam hari yang sama dan seperti biasa kalau ada cheese memang laju jer.....

============================================================================

Tag workstation dari Kak Zai yang diperam berminggu2....


Rasanya tak payah la perpanjangkan lagi kepada sesiapa...lagi pun dah lama sangat terperam.


[<<  <  2  3  4  5  6  7  8  [9]  10  11  12  13  14  15  16  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net