Rahaniss Fotopages

By: Raha niss

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  3  4  5  6  7  8  9  [10]  11  12  13  14  15  16  17  >  >>]    [Archive]
Friday, 19-Dec-2008 07:13 Email | Share | | Bookmark
Kari Ikan segera, Brownies & Pusat Akuatik Negara

 
 
 
View all 8 photos...

Kari Ikan terdesak - guna saja rempah kari segera amway, senang sangat2 dan sesuai untuk orang yang tak berapa rajin macam saya ...Masukkan jer dalam periuk tambah air atau sedikit santan cair, biarkan mengelegak masukkan ikan dan bahan sayuran seperti bendi atau pun tomato, kesedapan!! boleh lah layan..... sesuai digunakan semasa waktu2 kesuntukan masa....


Brownies pula - dah lama tak merasa brownies, jadi bebaru ni buatkan brownies, ikut reipi brownies diella tu, letak toping coklat pastu kebetulan ada lebihan coklat putih masa raya hari tu, jadi kita conteng jerlah kat atas tu...konon2 nak seni skit lah tu......Gambar pun ala2 blur jer, guna kamera anak.......kamera satu lagi pula kehabisan bateri...malas nak tunggu lama pula untuk charge.......takut terlupa juga kemudian nanti sebenarnya.

Quote:

Brownies
Source : diella

Ingredients :
250gm butter
1 1/2 cup of sugar
4 eggs
2 tsps of vanilla essence
1/2 tsp of baking powder
1 cup of plain flour
3/4 cup of cocoa powder
1/2 cup of chopped nuts

Method
1) Melt butter over slow fire, turn off the fire and add sugar. Mix with whisk.
2) Add in the eggs and vanilla, continue whisking.
3) Add in flour together with baking powder and cocoa and mix well.
4) Add in nuts ( you can also add in chocolate chips into the batter or sprinkle sliced almonds on top of the batter before baking )
5) Pour into a lined tray ( 12" x10") and bake in a preheated oven for 25 - 30 minutes at 180degrees celcius.


============================================================================

Pusat Akuatik Negara

Quote:
Sekitar dalam dan luar Pusat Akuatik Negara, di Komplek Sukan Bukit Jalil, sebenarnya kat sini lah setiap hari jumaat dan telah hampir 2 bulan Haniss mengikuti kelas renang dengan beberapa orang teman (1 group dlm 10 orang).Kelas ini dibawah kelolaan Powerswim dengan seorang jurulatih yang agak profesional jugak la dan kelas akan berakhir pada Januari 2009 tahun depan dan tempat ni memang tertutup dan pada jumaat tengahari tempat tu memang dikhaskan kepada kaum2 Hawa saja. Semasa mula2 ikuti kelas tu dulu rasa cam serik juga, dengan air masuk hidung, telinga, tercungap2 lam air lagi dan memacam lagi tapi sekarang ni alhamdulillah ada lah skill dan gaya skit, bolehlah setakat berenang di air cetek tu tapi taklah sehebat perenang2 yang memasuki sukan renang olimpik tu..... .
Tujuan sebenar pergi berenang tu sebenarnya untuk exercise, almaklumlah kalau hari jumaat sebelum2 ni dengan rehat yang panjang asyik dengan projek makan2 jer, eloklah bertukar sikit2 ke arah nak menjaga kesihatan pula.....tak gitu




Wednesday, 17-Dec-2008 05:58 Email | Share | | Bookmark
Berehat di Suria Cherating Resort

 
 
 
View all 7 photos...
Dalam perjalanan dari KT ke BB Bangi singgah di Cherating dan bermalam di Suria Cherating Resort....mandi pool jer la budak2, nak ke laut dilarang sama sekali, ombak terlalu kuat. Cuaca kat Cherating dlm keadaan baik , kalau dekat KT sebelum tu dengan mendung yang diiringi hujan gerimis....Layan sebahagian gambar semasa kat situ dan seperti biasa model kecik sajalah yang banyak ambik bahagian kalau part2 bergambar ni.....


Suria Cherathing Resort




Model kecil dengan acara mandi mandanya......


Pemandangan kat pantai


Selit sikit gambar makan - brekpes jer pun




Mesti makan - Sata dengan Keropok Lekor.


Tuesday, 16-Dec-2008 03:57 Email | Share | | Bookmark
Monsoon Cup, Udang Supreme, Apam Balik dan sambutan Harijadi...

 
 
 
View all 10 photos...
Baru saja naik dari bercuti panjang (6 - 14 Disember), dlm masa bercuti tu sibuk kesana kemari ( + balik kampung dan juga cuti2 malaysia), nak ber fotopages pun tak sempat....jadi terperap lah gambar2 yang nak diupdate kat sini.....sekarang ni keadaan dah kembali tenang dan agak lega skit, boleh lah keudara semula...cewahhhhh macam siaran radio pula ...

Monsoon Cup 2008
Sempat klik beberapa gambar semasa Monsoon Cup 2008, sebenarnya tak tahu camna kriteria pertandingan kapal layar ni, tengok kapal tu berligar2 jer dlm laut.....hajat yang sebenarnya ke Pasar Payang dan membeli apa yang patut.....






Apam Balik dan Udang Supreme
Buat masa belum cuti lagi.....lama terperap dlm kamera, kalau kat luar dah basi la gamaknya.....
Kuali tembaga yang buat apam balik tu rembat mak punya, tembaga asli dan punyalahh berat.



Quote:

Udang Supreme
Sumber: Myresipi & majalah RASA

Bahan-bahan ( satu family )

1/2 kg udang - dibuang kulit dan tinggalkan kulit ekor shj dan di buang urat belakang udang
3 batang lada merah - di cincang
3 batang lada hijau - di cincang
1 biji bawang besar - di cincang
1 inci halia - di cincang
4 sudu makan sos tiram
2 sudu besar kicap manis
2 sudu besar kicap cair
garam secukup rasa
minyak untuk menumis

Cara-cara
panaskan minyak dan goreng udang yg telah dibersihkan terlebih dahulu selama 5 minit setelah itu angkat dan toskan tumis bahan2 cincang seperti lada hijau, merah bawang besar halia sehingga garing
masukkan sos tiram, kicap manis dan kicap cair kacau sebentar dan masukkan udang yg telah digoreng tadi dan kacau rata perasakan dengan garam secukup rasa dan sedia untuk di hidang



Teruja dengan apam balik yang Meen tayang haritu, alang2 dah ada kuali apam balik kat rumah maka ku menjalankan projek apam balik ni...memang sedap tambahan pula makan tengah panas2 skit dan pekena pula dengan teh `o`........

Quote:

APAM BALIK BY MS.OREO @ MYRESIPI
Bahan-bahan ( 4-5 orang )

2 cawan tepung gandum
½ cawan gula
1 sudu teh soda bicarbonate
1 sudu teh baking powder
Sedikit pewarna kuning
1 biji telur
1½ cawan air
Sedikit mentega/planta untuk mengoles
Bahan tabur :
Kacang tanah yang sudah dikisar
*Jagung cream, gula dan secalit butter
(* tambahan)

Cara-cara
- Mesin gula bersama telur hingga kembang,
- Masukkan soda, bicarbonate, air dan pewarna kuning. Mesin lagi hingga sebati.
- Masukkan tepung dan mesin lagi sehingga sebati. (ADUNAN SIAP)
- Oleskan planta di permukaan kuali & tuangkan 1 senduk adunan tadi, kemudian nipiskan.
- Biarkan seketika & sementara menunggu masak, taburkan bahan tabur di atas.
- Apabila cukup masak, angkat dan dilipat DUA sebelum dipotong. Selamat Mencuba!


============================================================================

Sambutan Hari Lahir

Baru saja menyambut Hari Lahir yang ke 3x pada 13 Disember lepas, sempenan dengan itu pihak HRAD di ofis Hanis meraikan staff2 yang menyambut Hari Lahir untuk bulan Nov & Disember....tahap kecil kecilan jer pun untuk meraikan 20 orang staff tersebut, acara dimulakan dengan kata2 aluan seterusnya potong kek beramai2 dan makan......


Kad dan Kek Hari Lahir


Ada mee dan meehun goreng, seri muka dan juga karipap

Kek yang dikongsi 20 orang.....


Thursday, 4-Dec-2008 07:22 Email | Share | | Bookmark
Walimatul Urus dirumah Mak Anjang

 
 
 
View all 15 photos...
Sabtu, ahad dan Isnin lepas ke Bukit Mertajam untuk menghadiri majlis perkahwinan sepupu....anak sulung kepada Mak dan Pak Anjang. Bertolak seawal jam 00:30 a.m dan sampai tempat dituju selepas azan subuh selepas berenti lelap mata sekejap kat Hentian Sg. Perak.....ngantuk gak sebenarnya kita , en. suami ok la sbb siang tu dia dah cuti dan betul2 cukup tidor.
Mulanya nak kerumah adik kat Kulim untuk mandi manda tukar baju & sebagainya, tapi tuan rumah kenduri kata dtg terus jer rumah dia dan siap2 kat situ...sarapan pagi pun akan disediakan nanti katanya......jadi terus kesana lah.....untuk sarapan makan pulut gaul dgn nyok dan ikan masin, roti canai dan teh tarik.....
Dlm pukul 11.00 Jintan Manis Katering pun sampai & hidangkan makanan untuk menu Kenduri, selepas tu diikuti dengan acara marhaban, doa dan makan2.....
Dlm pukul 2 pula pergi check in hotel, dengan beg2 pakaian sekali...lepas tu balik semula ke rumah kenduri untuk acara makan2 seterusnya......untuk sesi makan laksa, rojak buah, bubur kacang dan pekena teh tarik lagi....makan dan makan lagi
Tak ada acara untuk balik ke Kedah sebab semua orang dari sana turun dan bermalam di Seberang Perai.

SELAMAT PENGANTIN BARU SYAMIMI & MUHARIS

Penat dah mengarang ni.....jom tengok sebahagian gambar. Memula layan gambar persiapan dulu ....

Pelamin & tempat makan


Tempat makan Raja Sehari


Cenderahati

Layan gambar makan pula.....

Nasi & minuman


Pencuci mulut


Laksa.......rojak buah lupa ambil gambar

Beri laluan untuk gambar pengantin pula.








Kami bermalam dan berehat 2 malam kat sini..








Keesokan hari (ahad) lepas kenduri, pergi meronda ke Pulau pulak dengan misi mencari Nasi Kandar....


Friday, 28-Nov-2008 01:14 Email | Share | | Bookmark
Macam macam........

 
 
Dapat email ni & sekadar nak berkongsi dengan rakan2 semua....

Quote:

Sunnah Rasulallah s.a.w. tentang bab memberi salam.
Baginda memberi salam dgn lafaz 'assalamualaikum' dan menjawab salam dari para sahabat
dgn salam yg penuh 'waalaikumussalam warahmatulallah hi wabarakatuh'
Beri salam - assalamualaikum'
Jawab salam - 'waalaikumussalam warahmatulallah hi wabarakatuh'
Apabila kita berkirim salam pada org lain,hendaklah kita kata 'Kirim salam assalamualaikum
pada Anis ye' contoh lerr..
Bukannya : 'Kirim salam kat Anis ye' Dan bukannya ' Kirim salam maut' statement ini adalah berdosa,
walaupun sekadar gurauan!
Semoga ada manfaat.
Subject: 'Akum = Avde Kokhavim U Mazzalot'
Maksud singkatan ' A'kum'
Assalamu'alaikum

Untuk renungan bersama :
Janganlah kita menggantikan perkataan 'Assalamualaikum' dengan 'A'kum' dalam sms atau apa
sekalipun melalui tulisan.
Jika perkataan Assalamualaikum itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan 'Salam'
iaitu sama makna dengan Assalamualaikum..
Sesamalah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform
A'kum dalam sms ataupun email. Perkataan 'AKUM' adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk
orang-orang bukan yahudi yang bermaksud 'BINATANG' dalam Bahasa Ibrani.
Ia singkatan daripada perkataan 'Avde Kokhavim U Mazzalot' yang bermaksud 'HAMBA-HAMBA
BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT'.
Mulai sekarang jika ada orang hantar shortform 'A'kum', kita ingatkan dia guna 'Salam' kerana salam
ialah dari perkataan Assalamualaikum. Semoga ada manfaatnya.

`SESUNGGUHNYA ILMU YANG BERMANFAAT ITU , AKAN ABADI JIKA DIAMALKAN.
kalau ada kemuskilan berjumpalah yg pakar dlm bidang ni
..



Masakan beberapa hari lepas.......Ketam goreng cili api dan sayur air bayam + udang





Ketam Goreng Cili.

Bahan

3 ekor ketam saiz sederhana dipotong 2 - gaul garam kunyit dan goreng, ketepikan
2 ulas bawang putih - tumbuk
3 ulas bawang merah - tumbuk
1/2 inci halia - tumbuk
10 biji cili api - diketuk/belah 2
2 sudu besar sos tiram
1 labu bawang besar - potong
Tomato dan daun sup/bawang
garam secukup rasa.

Cara membuatnya

1. Panaskan minyak lebihan goreng ketam tadi dan tumis bahan tumbuk sehingga naik bau.
2. Masukkan pula cili api, bawang besar dan sos tiram, kalau perlu tambah air sikit dan juga garam.
3. Masukkan ketam dan kacau sebentar, semasa menghidang taburkan daun sup/bawang serta tomato.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Dah habis bab makan........dapat award pula, dengan perasaan kembang kempis hidung dan dgn tak
malunya terus ambik balik gantung kat rumah..... Terima kasih shima...
`Ada syarat pulak Award ni'



Award ni ada syarat... syarat2 nye :

Sapa yang dapat award nih leh letak dalam blog memasing
Link semula kepada orang yang bagi award ni kat korang
Bagi award nih kat 7 orang bertuah
Tinggalkan la mesej pemberitahuan yang korang dah bagi award kat orang tu.....
emmm nasib baik senang je syarat nie ha... so sebab dah syarat kan, dipanjangkan award nie pd:

Anim (Penyulawa) - http://penyulawa.fotopages.com/
Ana - http://elianas.fotopages.com/
Kak Zai (dapurimpian) - http://dapurimpian.fotopages.com/
Madiha - http://mamawandiha.fotopages.com/
Mamasya - http://mamasya.fotopages.com/
Mariam - http://mariamsayutiy.fotopages.com/[/u]
Zana (jiran sebelah seksyen ) - http://zanaz70.fotopages.com/


[<<  <  3  4  5  6  7  8  9  [10]  11  12  13  14  15  16  17  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net