Rahaniss Fotopages

By: Raha niss

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 10-Jul-2007 03:52 Email | Share | Bookmark

Apam Tepung Beras



Bebaru ni dah terai buat Apam Tepung Beras, wallahhhhhhh memang menjadi n lepas tu kira beturut turut buat la 2-3 kali. Sebelum ni tak berapa konfiden kalau melibatkan tapai nasi ni, takut tak jadi laaaaaaaaa. Resepi dari RNet.

Quote:

Apam tepung beras

200 g tapai nasi
350 g air
100 g gula
250 g tepung beras
1 paket eno

Cara membuat:

* Blender tapai dengan air
* Dalam mangkuk, masukkan tepung beras dan gula.
* Kemudian masukkan tapai yang sudah di blender tapi.
* Kacau dengan hand whisk, hingga gula hancur.
* Biarkan semalaman (atau 3 - 4 jam)
* Bila dah nak dikukus, masukkan eno ke dalam adunan.
* Sapukan sedikit minyak masak ke dalam acuan sebelum masukkan adunan ke dalam acuan.
* Kukus hingga masak.

Cara membuat tapai:

* Masak 3 cawan beras (cawan yg datang dengan rice cooker tu je).
* Bila dah masak, sejukkan nasi.
* Dah sejuk, taburkan ragi (dalam 20 g) yang dah dihancurkan di atas nasi.
* Campur sedikit gula dengan air, kacau hingga hancur.
* Dah tu, taburkan kat atas nasi juga, dan gaul nasi tadi supaya ragi dan air gula tu sebati.
* Masukkan ke dalam bekas, dan simpan di tempat yang panas selama 2 hari.


Haniss wrote

Quote:


mamafami ~ baru nk berjinak² ... alahai malunya ngan mama yang dah taraf sifu ni..kita baru tahap merangkak....apa² pun kita ni pengunjung tetap fp mama....

jijah ~ lepas ni kita tunggu fp jijah lak yer.......



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net