Rahaniss Fotopages

By: Raha niss

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 13-Jul-2007 02:18 Email | Share | Bookmark

 
 


Custard caramel Cake.......buat tak lama dulu (berkali kali jugak lah dah buat) kek ni. Resepi dari Mak tersayang lerr. Nak isi masa boring dia selalu lah jugak dia g join kelas memasak semua ni (anak dia yang pemalas skit sebenarnya).....Berbalik pada cerita kek tadi ianya ada 3 lapisan ...lapsan gula hangus, karamel dan juga kek. Memula makan dulu hairan jugak la camna kek ni boleh jadi selapis² camtu, bila dah bikin sendiri tu baru la tau kaedah dia...


CUSTARD CARAMEL CAKE
Lapis pertama
Cairkan 2 sudu besar gula (jadikan gula hangus) dan masukkan kedalam loyang size 10" x 10". ketepikan
Lapis ke 2
1 tin besar susu cair
180gm gula castor
5 biji kuning telur
1 sudu teh vanilla
Cara membuatnya
• Pukul/kacau semua bahan diatas sehingga gula larut.
• Tapiskan keatas lapisan bawah tadi ( lapisan gula hangus ).
Lapis ke 3
Bahan A
180gm tepung gandum
150gm gula castor
170gm air
1 sudu baking powder
5 biji kuning telur
90gm minyak sayur

• Campurkan semua bahan diatas dan pukul dengan kelajuan rendah sahaja. Pukul hingga rata.

Bahan B
10 biji putih telur
150gm gula castor
1 sudu teh jus lemon

• Pukul putih telur, masukkan gula dan pukul lagi sehingga kembang.
• Masukkan pula jus lemon dan pukul lagi sehingga pekat dan kental <macam nak buat chiffon cake tu>
• Campurkan adunan(A) sedikit demi sedikit dan kacau dengan perlahan.
• Tuangkan keats adunan lapisan kedua tadi.
• Bakar dengan kaedah steam bake dengan suhu 180 selama 1 jam/sehingga masak.
• Suamkan sebentar kek sebelum diterbalikkan.
•• Cara keluarkan kek adalah dengan terbalikkan loyang tadi keatas papan kek.

Selamat mencuba.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net