Rahaniss Fotopages

By: Raha niss

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 22-Jul-2007 12:00 Email | Share | Bookmark

Cream Puff
Buah mempelam
Semalam dan hari ni mmemang kurang ke dapor........tak berapa sihat, dengan batuknya lah badan pun cam nak demam. Makan semua tapau jer....ngeh3X, tapi buat jugaklah cream puff sebab adik dari Kedah nak singgah sambil² minum teh (dia dlm perjalanan ke Seremban). Sudah semestinya la ada buah tangan dari sana....apa lagi buah mempelam laaaa..



Cream Puff ni guna resepi masa gi kelas kat Yummie Bakery........

Quote:

Cream Puff

250gm Butter
500ml air
300gm tepung naik sendiri (di ayak )
6 biji telur

Cara

1. Masak air dengan butter sehingga mendidih, kecilkan api kemudian masukkan tepung dan kacau sehingga ianya tak melekat dekat periuk. Sejukkan.
2. Pukul sedikit adunan tadi dan masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan adunan ke dalam piping beg dan paipkan ke dalam loyang.
4. Bakar dengan suhu 180 selama 20-25 minit, hingga agak perang sedikit.
5. Belah dan masukkan Inti Kastad.

Inti Kastad

500ml susu segar
60gm tepung kastad
100gm gula
scubit garam

Campurkan semua bahan dan masak (sambil kacau) diatas api sehingga pekat.
Sedia untuk dimasukkan dalam Cream Puff.





Ni pulak buah mempelam...didatangkan khas daripada kedah bersama dengan cik durian dan cik rambutan <yang ni tak sempat nak posing> .

Haniss wrote
Quote:

globalshopping ~ Welcome to rahaniss.fotopages.com
kak liza ~ tu diaa sifu masak dah mai...........baru nak berjinak² ngan fp ni, selalu dok intai orang lain punya jer, peminat setia fp kak liza ni.
jijah ~ erkkkk dah buat ya.......sodapkan


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net