Rahaniss Fotopages

By: Raha niss

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 25-Jul-2007 07:20 Email | Share | Bookmark
SAMBAL UDANG KERING

Sambal Udang Kering


Minggu lepas ada kaum kerabat balik daripada Sabah, jadi adalah skit buahtangan daripada sana termasuklah udang kering (banyak jugak la). kalau nak buat rencah sayur jenuh la nak habis. Terus teringat Sambal Udang yang dicicah dengan timun yang pernah dimakan beberapa ketika dulu. Macam sambal tumis biasa cuma ada tambahan serai , makan dengan nasik putih.
ni kira cam kita makan timun cicah sambal belacan laaaaaaa........

Quote:

Sambal Udang Kering ~ bahan tu agak² la yer.....

100gm udang kering ~ basuh/rendam kejap bagi ilangkan masin
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
Cili yang dh di blender
2 batang serai
asam jawa
garam

Caranya pulak
1. Bawang besar, b. putih dan serai dimesin
2. Panaskan minyak, tumis bahan mesin tadi dengan cili sehingga naik minyak
3. Masukkan udang kering tadi ~ kalau tahap kerajinan tinggi tumbuk la bagi lebam² skit udang tu
4. Biar sambal mereneh sekejap, pastu masukkan asam jawa.
5. Sesuaikan rasa, kalu udang kering tu kurang masin boleh la tambah garam.



Haniss wrote
Quote:

maklang ~ tengah kemaghuk ler ni........tunggulahhh, macam² nak update lepas ni



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net