Want your
own Fotopage?








 
Rahaniss Fotopages

By: Raha niss

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 27-Jul-2007 04:00 Email | Share | Bookmark
Aneka jenis roti.......

Koleksi roti
Roti lagi
dan lagi......


Keterangan gambar:
1. Bun Coklat
2. Roti Daging Berkeju
3. Stollen Kacang Merah
4. Bun HotDog



Hari ni sesi nak tayang gambar² roti yang pernah dibuat sebelum ni. Ni kira gambar² lapuk la ni. Semua roti ni guna resepi yang sama saja tapi bentuk tu saja dipelbagaikan (resepi Roshayati - Rnet dan Bun Noormasri - FnR). Bab² menguli tu semua kita serahkan pada Breadmaker.........cukup taim dah naik 2xganda tu bentukkan jer..........kederat tak kuat la nak uli² ni...

Quote:

RESIPI ASAS ROTI
(Sumber: Roshayati - RNet)
A
350 tepung roti/high protein flour
150g tepung halus
100g gula
1 camt garam halus
30g susu tepung
1 camt bread improver (optional)
1 camt bread softener (optional)
4 camt yis kering
Gaul bahan di atas sebati

B
air
1 biji telur kecil (pukul sikit)
Campukan bahan di atas dan timbang supaya mendapat
265g

C
40g butter
40g shortening
Boleh guna shortening atau butter sahaja.

Caranya
1) Masukkan bahan B dalam A. Uli hingga adunan agak licin.
2) Masukkan bahan C dalam adunan dan uli hingga adunan jadi licin dan tak melekat di tangan dan bekas.
3) Biarkan doh selama 30 - 40 minit.
4) Tumbuk2 doh dan uli untuk keluarkan angin. Ini penting untuk hasilkan roti yang tidak berongga besar di dalam.
5) Bahagikan doh ikut berat yang dikehendaki. Bulat2kan doh. Rehatkan 10 minit.
6) Keluarkan angin dari doh dengan cara memicit dan bulatkan sekali lagi.
7) Bolehlah dibentuk ikut suka.
Biarkan hingga naik 40 minit - 1 jam.
9) Bakar hingga masak.



Hanis wrote
Quote:

maylique ~ alahai....ada orang teliur ka.......boleh buat sendiri roti, tak la susah dan serenyah mana pun...
maklang ~ tegolak den.....ulat bulu kenyang... , tapi memang kenyang pun kalu makan, ala ikut step yang diajar tu konpem jadi laaaaa.....
izad ~ jom buat roti, memula memang rasa susah, tapi kalu dah 2-3 kali mencuba rasa senanglah, tu hanis dah letak dah resepi kat atas.kalau dah buat kurier kat sini 2-3 ketul tau







View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net