Want your
own Fotopage?








 
Rahaniss Fotopages

By: Raha niss

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 2-Aug-2007 13:05 Email | Share | Bookmark
Roti Berlapis Daging

Roti Berlapis Daging



Dah lama nak buat Roti Berlapis Daging, tapi asyik tertangguh jer.........akhirnya buat jugak lah walaupun ada bahan² yang tak cukup, cheese pun ada beberapa keping jer, kira ambik syarat jer la letak dalam ni. Ikut resepi akak Misliha tapi Haniss telah ubahsuai skit (jangan marah ya kak Mis) dengan meletakkan 1 sudu besar rempah kari dengan 1 sudu kecil rempah kurma... sebab daun bay ngan paprika memang tak de kat rumah (tapi tak nyempat² nak buat). Jadi cam inti murtabak la pulak . Lapisan atas sekali pun tak letak cheese, sbb tak cukup.... .
hmmmmmm anak² suka dan bawak ke tempat kerja, dia orang kata sedappp.




Quote:

ROTI BERLAPISAN ROTI
Sumber: Misliha

1 bantal roti keping
1 liter susu segar
beberapa keping keju cheesedale
300gm daging kisar/daging burger
50 gm kacang pis hijau
2 labu bawang besar (cincang)
setangkai daun sup/daung bawang
50 gm bawang goreng (jika suka)
1 sudu besar serbuk paprika - optional
3 - 4 biji telur (pukul)
2 helai daun bay


CARA MENYEDIAKAN

1. Tumiskan bawang besar hingga layu, masukkan daging kisar bersama daun bay, tumis
sehingga masak
2. Masukkan serbuk paprika gula dan garam
3. Masukkan daun sup, daun bawang dan kacang pis gaul sebati
4. Angkat dan ketepikan
5. Sediakan loyang dengan yang telah disapu mentega
6. Celupkan roti dalam susu segar dan susun di bahagian bawah
7. Tuangkan bahan-bahan yang telah di tumis tadi ratakan, taburkan cheese
8. Taburkan bawang goreng dan telur yang telah dikacau
9. Celup lagi roti dan susun di atasnya dan tuangkan daging kisar dan bubuh cheesedale
10. Akhirnya tutup bahagian atas dengan roti yang di celup. Susu yang berlebihan boleh
di tuangkan saja atas roti, susun/taburkan cheese di atasnya.
11. Bakar pada suhu 180 darjah selcius selama satu jam


Quote:

jijah ~ cepat beli cheese, pastu terus buat dan ngap..
mama ~ nak tengok Roti berlapis Daging versi mama pulak.....
maklang ~ buat la mak lang...kalu ikut tekak den sodap dah....
mamasya ~ apa tunggu lagi mamasya, kayuh cepat



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net