Rahaniss Fotopages

By: Raha niss

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 21-Aug-2007 06:46 Email | Share | Bookmark
Makan makan

 
 
 
 
 




Hari ni buat makan² skit kat opis (skit jer hah - untuk breakfast) untuk member² kat dept. Masakkan dia orang spaggeti dengan `white sauce', vanilla dan kiwi muffin dengan bun. Muffin dengan bun dah prepare sesiap malam tadi, pagi ni just rebuskan spaggeti dan buat `white sauce' tersebut...ala² ringkas gitewwwww......

Quote:

Pasta dengan Seafood Cream Sauce
(Sumber: SAFIAH RNet )

Bahan:

4 sudu besar butter / marjerin -
2 ulas bawang putih - cincang -
1 cawan krim (saya guna heavy cream – banyak jual kat pasaraya. cth; EMBORG)
1 sudu besar tepung jagung bancuh dengan 2 sudu besar air
1 susu besar jus lemon – limau nipis pun boleh
Garam secukup rasa
2 helai bay leaf
Sedikit daun parsley }
Sedikit oregano } dedaun Itali (OPTIONAL) –
Sedikit Italian Herbs }

Udang secukupnya (buang kulit, tinggalkan ekor) -
Sotong secukupnya -

Cara:

Panaskan butter/marjerin. Masukkan garlic. Tumis hingga naik bau.
Masukkan krim. Biarkan hingga berbuih (mendidih)
Masukkan campuran tepung jagung dan air. Kacau kuah.
Masukkan jus lemon, salt pepper, dan rempah2 OPTIONAL.
Kacau sebati hingga hampir mendidih.
Masukkan udang, dan bahan2 seafood yang lain.
Matikan api apabila udang kelihatan bertukar warna (dah masaklah tu…)
Tuangkan ke atas pasta

Pasta pulak:

Didihkan air di dalam periuk.
Masukkan 2 sudu minyak masak (untuk elak pasta dari melekat satu sama lain)
Masukkan pasta. Tunggu hingga pasta masak.
Apabila pasta sudah masak, tutupkan api, toskan pasta di bawah aliran air sejuk. Ini untuk menghalang pasta dari melekat.

Sebelum dihidangkan, gaulkan pasta dengan sedikit minyak zaitun (jika ada) atau apa2 minyak dan taburkan 'dedaun itali' untuk Italian effect.


Quote:

Jie jie ~ cuba lah mana tau kena dengan selera, tapi separuh orang tak suka kuah putih ni ...dia orang kata cepat muak, ikut selera masing² laaaaaa


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net