Rahaniss Fotopages

By: Raha niss

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 26-Aug-2007 12:00 Email | Share | Bookmark
Nasi Ayam dan Kek Lobak Merah

 
 


Hari ni masak Nasi Ayam dan kebetulan pulak adik dari Kedah akan singgah sebentar untuk makan tengahari (dalam perjalanan ke Seremban). Memula ingat nak masak nasi putih dengan lauk² biasa jer...tapi rasa cam tak cukup bahan jer........so cerita senang masak Nasi Ayam laaaaaaa, senang dan ringkas.





Lepas makan Nasi , hidang pulak Kek Lobak Merah.....nyam..nyam nyam...... . kali ni guna resepi cikgu sue (Rnet). Part nak masak kek ok lah juga, tapi bila nak sapu cream cheese tu payah jugak rupanya (kes prang tak pro camni la rupanya). Sebenarnya cream cheese tu bercampur dengan bahagian atas kek yang telah dipotong..........



Quote:

CARROT CAKE
(Sumber :SURIA - Rnet)
4 biji telor (asingkan putih & kuning)
1 cawan minyak
150g gula halus
150g gula perang
1 cawan carrot yang diparut

Diayak
250g tepong naik sendiri
1 sudu teh rempah cake - guna serbuk kayu manis
1 sudu teh garam

100g walnut cincang

Pukul kuning telor, campur minyak, gula, carrot dan
kacau sebati dan masukkan walnut dan akhir sekali
masukkan bahan-bahan kering yang lain.

Di mangkuk lain, pukul putih telor sampai kaku (putih dan gebu)dan
campurkan ke dalam adunan tadi.

Untuk frosting pulak , kalau tak letak x sedap laaaaa...

Cream Cheese Frosting:
120 gm butter
250 gm cream cheese
120 gm icing sugar

Bahan-bahan diatas dipukul bersama sehingga sebati, boleh sejukkan dalam peti sejuk dan bila sedia untuk menghias kek boleh sapukan frosting atas kek yang telah siap dibakar


Quote:

mama ~ kelihatan jer kot nampak sedap............
maklang ~ gaya orang tak pro menyapu toping jadi cenggitu lahhhhh.........
dod ~ cheq la tu dila oiiiiii......hang pun lama tak nampak kat KP tu...





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net