Rahaniss Fotopages

By: Raha niss

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 29-Aug-2007 02:15 Email | Share | Bookmark
Biskut Oat Cornflakes dan Biskut Hazel Oreo

 
 


Hari ni nak kongsi biskut² yang pernah dibuat (buat masa raya dulu) dan kedua dua biskut ni memang disukai budak² kat rumah. Mungkin sebab ada rasa oat dan cornflakes pastu ada rasa oreo kat biskut yang satu lagi , tu yang mereka suka kot . Tart Nenas pulak dia orang tak suka tapi emaknya pulak yang suka.......



Biskut Oat Cornflakes

250gm butter
3/4 cawan gula - kalau nak manis boleh jadikan 1 cawan
3 cawan Quaker Oats
1 sudu teh esen vanila
1 kotak kecil Cornflakes (180gm)
[Cornflakes ni dipanggang dulu dlm oven selama 7-10 minit, suhu 170 (utk kekal kerangupan Cornflakes)
Biarkan suam sebentar baru masukkan dlm adunan]
ceri untuk hiasan.

Cara membuatnya

1. Pukul butter dengan gula sampai kembang
2. Masukkan esen vanila, kacau dan kemudian Quaker Oats, kacau sebati
3. Akhir skali masukkan Cornflakes, gaul.
4. Masukkan dalam paper cup,hiaskan dengan ceri dan bakar selama 12-15 minit .







Biskut Hazel Oreo

Bahan A

130gm butter
20gm shortening
1 kuning telur
1/8 tsp soda bicarbonat
60 gm brown sugar
2 tbsp peanut butter - creamy

Bahan B

30 gm oreo biskut - mesin
30 gm walnut/hazelut - mesin
1 tsp nescafe
1 tbsp serbuk koko
200gm tepung gandum

Hiasan - coklat putih (cairkan)

Caranya pulak

1. Gaul bahan A hingga sebati.
2. Masukkan pulak bahan B , gaul sampai jadi doh. <tepung tu masukkan sikit²)
3. Canai dan terap, bakar selama 20 minit dengan suhu 170 (atau sehingga masak)
4. Bila dah sejuk hiaskan dengan coklat putih tadi.

Quote:

ida isk ~ salam kenal ......pernah jumpa ida ni masa kat rumah kak sue hari tuh...... masa deco² kek ngan makan² tu.
maklang ~ takat ni dah berapa dah list biskut raya maklang.....tapi awat lama benor tak update fp tu...gas habih ka nak masak
kacip ~Salam Kacip hehehheheh..kenal pun ..kat mana lagi kalu bukan FnR





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net