Rahaniss Fotopages

By: Raha niss

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 12-Sep-2007 03:36 Email | Share | Bookmark
Masakan sepanjang 2-3 hari lepas

 
 
Ayam Masak Merah
Fried Butterfly Prawns
Kek Zebra




Bz....tak dan nak update. Ni semua masakan beberapa hari lepas (basi dah erkkk) ....Gaya nak update macam besh, tapi semua nya masak besa² jer. Cam biasa la hari minggu dapor berasap lebih skit. . Ada ayam Masak Merah, Kangkung Goreng dengan Fried Butterfly Prawn (tapi tak der rupa butterfly pun - main celup jer kaedahnya.....



Ayam masak Merah tu ikut resepi Kak Liza



Quote:

AYAM MASAK MERAH

Bahan-Bahan:
1 ekor ayam ..dipotong kecil..bersihkan dan buh kunyit & garam dan goreng

Bahan untuk dikisar:
10 tangkai cili kering
5 tangkai cili merah
3 cm halia
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
2 btng serai
4 biji tomato
2 S/B tomato sos

kacang peas
bawang besar,,potong gelang
minyak masak
Garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa

Cara:
1. Pijarkan minyak dalam kuali kemudian tumiskan bahan-bahan yang sudah dikisar hingga garing.
2. Setelah itu masukkan ayam, kacang peas, bawang besar, garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa.
3. Gaulkan hingga sebati dan rata.
4. Apabila telah kering bolehlah diangkat.







Quote:

FRIED BUTTERFLY PRAWNS
Source: NoorMasri -FnR

20 big prawns
cooking oil for frying

Seasoning Ingredients:

1 egg white
3/4 teaspoon salt
2 teaspoon sugar
dash of pepper

Batter Ingredients:

250 g self raising flour
pinch of salt
1 cup (250ml) water

1. Remove shell from prawns. Cut along the back and remove vein. Leave tail portion on
2. Wash prawns and dry with a cloth. Mix thoroughly with seasoning ingredients. Let stand for 30 mins.
3. Put self raising flour and salt into bowl. Stir in water slowly and mix until smooth.
4. Heat cooking oil for deep frying. Dip prawns into batter and deep fry 2 or 3 at a time until golden brown. Serve hot with Thai chilie sauce.

Nota: Kepekatan batter utk udang ini lebih pekat jika dibandingkan dgn batter goreng pisang



Ada lagi ni........Kek Zebra pulak. Suka sebab kek ni ringan, halus dan gebu, yang penting nak membuatnya tak la renyah. Pukul aja bahan semua sekali, tapi part nak zebra kan tu la mungkin ambik masa skit.






Quote:

Kek Zebra
Sumber: Jo's Deli Bakery

Menghasilkan 1 loyang 8" bulat

Bahan-bahannya

6 biji telur yang kecil
110 gram gula kaster
150 gram tepung kek
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu besar ovalette
100 gram mentega, dicairkan
30 gram susu pekat manis
1 sudu teh esen vanilla

2 sudu teh serbuk koko
3 - 4 sudu besar air
1 sudu teh coklat emulco

Hirisan badam/ badam cincang

Cara-caranya
1. Panaskan ketuhar pada suhu 170 darjah C. Lenser dan salutkan tepung pada loyang bulat 8".
2. Ayak tepung dan baking powder. Ketepikan.
3. Pukul telur, tepung yang telah diayak, gula kaster dan ovalette dengan kelajuan tinggi selama 10 minit atau sehingga adunan tepung menjadi pekat dan kental.
4. Masukkan mentega cair, susu pekat manis dan esen vanilla dan putar menggunakan kelajuan perlahan sehingga sebati.
5. Bahagikan adunan kepada dua bahagian dan warnakan coklat pada satu bahagian.
6. Menggunakan sudu besar, sendukkan 3 sudu besar adunan plain pada tengah loyang dan kemudian 3 sudu besar adunan coklat. Selepas setengah adunan sendukkan 2 sudu besar dan kemudian seterusnya 1 sudu besar pada akhir aduanan habis. Mulakan dengan adunan plain dan akhirkan juga dengan adunan plain.
7. Taburkan dengan hirisan badam/ badam cincang dan bakar pada suhu 170 darjah C selama 35 minit.
8. Biarkan kek sejuk selama 10 minit selepas dibakar dan kemudian boleh dikeluarkan dari loyang pembakar.


Quote:

mama ~ ha haha...gambar makanan memang tak basi forever....tapi kalu dibulan puasa ni bikin meleleh air liur kalau tengok lelama.....selamat berpuasa juga untuk mama sekeluarga,
penyu ~ hmmmm..... bulan puasa ni tengok apa pun terliurkan.... selamat berpuasa untuk anim sekeluarga.......
Jie jie ~ terima kasih.......udang ni kalu meratah cemtu aja pun sedap , cecah ngan sos......errrr dugaan bulan puasa ni.... Selamat berpuasa untuk Ji jie.....
payruz ~ apa lagi ......terus sinsing lengan la goreng udang....kalau tak sempat pun kat kedai Tomyam kan ada..........Selamat berpuasa juga untuk Payruz
rozita ~ salam....... caranya cuba tengok step no. 6 tu...memula sendukkan/sudukan adunan plain ke dlm loyang (letakkan ditengah²), lepastu pulak diikuti dengan adunan coklat juga ditengahnya....ulang langkah ni sehingga habis. Bila diletak adunan ditengah ia akan merebak memenuhi loyang tersebut dan jadi la berlapis².....harap² rozita boleh faham lah ya penerangan yang berbelit belit ni








View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net