Rahaniss Fotopages

By: Raha niss

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 17-Sep-2007 03:06 Email | Share | Bookmark
Menu Berbuka sabtu dan ahad

 
 
 
 
Menu berbuka sabtu ngan ahad ni........kena masak jugak la serba sedikit, weekday dah beli kat PARAM nak juga merasa air tangan sendiri taim² hujung minggu ni
Tapi pergi juga PARAM.......sambil menjamu mata dengan beli kueh RM 2 dan ayam percik yang makin mahallllllll, kena buat sendiri la lepas ni....



Daging bakar dan air asam, dumakan bersama dengan masak lemak labu ( tertinggal nak klik gambar - kalut nak bukak puasa).

Daging Bakar

Daging dibasuh bersih, kelar² skit pastu perapkan dengan garam kunyit n lada hitam skit...dalam sejam.
bakar dengan suhu 200 selama 1 jam/hingga. Pastu hiris nipis dan cicah air asam...

Air Asam

Cili merah, cili api belacan ditumbuk/blend...letak garam dan air asam jawa/limau nipis n gula skit.Tambahkan tomato dan bawang besar yang dipotong dadu.......siappp

Nota: Kalu kat kampung biasanya mak akan masukkan sedikit kerisek dalam air asam ni kalau untuk cicahan daging, lagi laju bertambah nasi..




Puding karamel ni kesukaan anak².....cepat jer habis kalu buat...ikut cara yang mak selalu buat, senang jerrrr

Puding Karamel

1 tin susu cair
4 biji telur
1/2 cawan gula
sedikit esen vanila

tambahan 1 sudu besar gula - untuk gula hangus

Caranya......

#Hanguskan gula dalam loyang sampai perang - ketepikan

1. Pukul/kacau telur, susu cair dan gula hingga larut, masukkan esen vanilla tapiskan kedalam loyang gula hangus tadi. Kukus selama 20 - 25 minit.

# Dulu² masa lom kenal lagi fp kawan² semua dan forem masakan, selalu hanguskan dalam kuali/periuk berasingan, lecehkan kena basuhkan bekas tu semua.... . sekarang tak lagi.....




Spagetti Bolognese.....buat cara ringkas sahaja......



Spagetti Bolognese

Spagetti - direbus dan masukkan sedikit minyak, toskan.

Untuk sos nya pula

200 gm daging cincang
1 ulas bawang putih - cincang
1 biji bawang besar - didadu
1 biji tomato - didadu
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
3 helai daun bay
oregano dan parsley - skit jer
1 tin tomato soup

Cara pula...

1. Panaskan minyak, tumis bawang putih, bawang besar dan masukkan daging cincang, biarkan seketika hingga daging empok/masak....jika perlu tambahkan air.
2. Maukkan pula tomato soup, lada hitam, tomato potong tadi...kacau skit n lepas tu bolehla masukkan daun bay, parsley dan oregano tadi. Biarkan mendidih seketika....dan masukkan garam, sesuaikan rasa.
3. Tuangkan kuah keatas spagetti yang dah dicelur tadi.



Kuih Cara Berlauk .........ikut resepi dari FnR (Kak Liza punya resepi tak silap).....

Quote:

bahan inti

1 cawan daging/ayam kisar
1 labu bawang besar ..potong dadu kecil
1 ulas bawng putih....cincang halus
1 s/b rempah kurma
1 s/k minyak utk tumis
garam
daun bawang.......mayang kecil ]
cili merah.......hiris halus ] hiasan

Daun pandan dipotong 2 dan carikkan sebagai berus untukmenggris acuan kueh cara

Cara masak inti

1. Tumiskan bawang dan rempah sehingga wangi.
2. Masukkan daging/ayam & garam dan biarkan mendideh dan kering.
2. Bila telah kering..angkat dan sejukkan.

bahan untuk adunan bater

2 cawan tepung
1 cawan santan
2 cawan air
1 biji telur
garam
pewarna kuning

Cara membuat kueh

1. Blendkan/gaul rata semua bahan dan tapiskan.
2. Masukkan sikit adunan dalam teko yg muncung panjang [senang nak tuang kedalam acuan kueh cara]
3. Minyakkan acuan kueh cara dengan berus daun pandan yg disediakan
4. Tuangkan adunan
5. Masukkan sesudu kecil inti daging yg disediakan
6. Taburkan hirisan cili merah dan daun bawang. Tutupkan adunan dgn tudung periuk kecil
7. Bila agak dah masak.. angkat dan hidangkan.


Quote:

kay ~ Bulan puasa kalau tengok gambar makanan pun dah rasa sedap........ dan terliurrr
penyu ~ kuih cara berlauk kalau nak makan elok buat sendiri boleh letak inti daging banyak², kalau yang jual tu harapkan kentang, cili ngan daun jer.......kalau cara manis pula gula secoet, pernah terkena beli yang tak der gula langsung .....
kak liza ~ boleh..boleh ....


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net