Rahaniss Fotopages

By: Raha niss

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 18-Sep-2007 03:26 Email | Share | Bookmark
Karipap Pusing

 
 




Karipap pusing ni buat hari minggu lepas untuk frozen, senang skit untuk berbuka..terus goreng aja. Jarang sangat buat karipap pusing ni,....selalunya buat karipap biasa saja....kes terlebih rajin la buat Karipap pusing ni. ...Semalam dah goreng buat berbuka puasa dan untuk balas pinggan jiran sama .


Karipap lepas goreng.....

Karipap

Inti Karipap (selalu guna resepi ni untuk inti karipap dan popia kalu malas nak uli doh )

4 biji kentang - potong dadu
200 gm daging - potong kecil
1 sudu besar rempah kari daging
1 sudu besar rempah kurma
1 sudu besar sos tiram
1 labu bawang besar - didadu
1 ulang bawang putih - cincang/tumbuk
1 sudu besar ikan bilis - ditumbuk
garam secukup rasa
daun kari
daun sup dan daun bawang.

Cara membuatnya.

1. Panaskan minyak , tumiskan daun kari, rempah kari dan kurma sampai naik bau.
2. Masukkan daging, ikan bilis tumbuk biar seketika lepas tu masukkan kentang hingga empok.
3. Masukkan sos tiram, bawang besar dan garam... sesuaikan rasa.
4. Akhir sekali bila dah masak masukkan daun sup dan daun bawang.

Nota: Inti ni seeloknya disejukkan dalam peti ais sebelum dimasukkan/di isi kedalam doh, supaya senang tak berminyak dan memudahkan proses kita mengelim karipap nanti.

Untuk doh pula ikut resepi kak liza Thanks

Quote:

Doh Karipap

Bahan kulit A
350 gm tepung gandum
1 cawan air suam + sikit garam

Bahan kulit B
150 gm tepung gandum
1 s/k lemak spry [crisco]
majerin ikut lembut

Cara
1. Gaulkan dan uli bahan A sehingga kental dan tidak melekat ditangan. Bahagikan kepada 5 bebola kecil. Ketepikan.
2. Gaul dan ulikan bahan B sehingga menjadi ketul yg lembut. Bahagikan juga kepada 5 bebola kecil juga.
3. Ambil bebola A dan leperkan. Ambil bebola B dan masukkan kedalam bebola A. dan ulangkan sampai semua bebola habis.
4. Canai dan leperkan secara memanjang bebola tadi. Gulungkan adunan saperti gulungan tikar. Canai dan leperkan sekali lagi. Gulungkan sekali lagi. Buat kesemua bebola sehingga habis.
5. Ambil satu gulungan dan hiris setebal 1/2 inci dan canai supaya leper tetapi dalam bentuk bujur.
6. Masukkan inti di tengah dan tutupkan semula. Kemaskan dengan kelim dengan kemas. Tekan kuat sikit dengan hunujg jari supaya tidak mudah terbuka bila digoreng. Buat sehingga adunan habis.
7. Panaskan minyak yg banyak dan gorengkan dengan api yg sederhana. Bila nampak kuning keemasan boleh angkat dan hidangkan.


Quote:

fliffy ~ salam.......masak simple² jer untuk kluarga, dapat lah anak² merasa air tangan mak nya..
Ouled ~ Bulan ramadan bulan mulia
Tak sabar nak tunggu hari lebaran
Jimat cermat, sederhana amalan mulia
Elakkanlah pembaziran
Jie ~ Resepi dah letak kat atas tu....... , nanti selain masak kita letak jugak lah yang lain²
mommy d & d _ meh sini nak tiup angin angin R skit...tapi mommy ni mmg dah rajin pun macam² eksperimen kat dapur
mamasya ~ alaa buat jer lah mama.......kalau oder ngan hanis nampaknya dapat gambar karipap jer lah kot
maklang ~ maklang tak suka sebab berlapis² ka.......kita dua² suka.....suka makannnn





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net