Rahaniss Fotopages

By: Raha niss

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 20-Sep-2007 03:05 Email | Share | Bookmark
Air Soya dan Jemput² Makaroni

Air Soya
Jemput² Makaroni


2 hari lepas gi PARAM beli makann untuk berbuka, tengok air soya teringin la pulak....maka beli lah seplastik yang siap berbungkus. So bila taim berbuka terus lah perkena air soya tu....huhhhh langsung tak da rasa `tawaq hebiaq' kata orangn utara . Pastu kepekatannya yang kurang...tensennnnn. Disebabkan panas hati terus pagi semalam rendam soya , petang tu kol trus zrettttttttttttttttttt kat blender, hah jadi pun air soya.....sedap lagi dari yang beli .....konpem tak pergi dah gerai tuh.....

Air Soya

1 cawan kacang soya (cawan standard) - direndam selama 8 jam
2 liter air
3/4 cawan gula pasir
seketul gula batu - agak² sebesar telur puyuh
3 helai daun pandan - disimpul

Caranya...

1. Kacang soya diblender dengan air tadi, boleh diulang 2-3 kali blender dengan kuantiti air tesebut.
2. Tapis kan dalam periuk , masukkan gula batu, gula dan daun pandan.
3. Kacau hingga agak mendidih....siap, sejukkan dan boleh dihidangkan.....







Ada lebihan makaroni rebus ( stok 2 hari lepas kut teperap lam peti ais) jadi sebelum rosak buatlah Jemput² Makaroni. Campur² semua bahan terus goreng....siap dah. Yang ni jerlah berasap kat dapor semalam, lelain semua husband import kat PARAM...

Jemput² Makaroni



Makaroni - yang siap direbus, toskan
Tepung gandum - sama banyak dengan kuantiti makaroni
1 biji telur
1 labu bawang besar - dadu
Udang basah
daun kucai
garam dan air.

Campurkan kesemua bahan, jemput dan goreng dalam minyak panas.
Boleh juga guna isi ayam jika suka.

Quote:

Lee Lin ~ Salam........sila² buat macam rumah sendiri
mamasya ~ Biasanya nak minum beli yang kotak jer, tapi tekak ni rasa nak yang asli lah pulak.
wati ~ kena buat dan rasa dulu baru tau sedap.....cicah pulak dengan sos cili thai...





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net