Want your
own Fotopage?







 
Rahaniss Fotopages

By: Raha niss

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 9-Oct-2007 01:52 Email | Share | Bookmark
Coklat Chips Rangup......memang rangup pun

Coklat Chips Rangup
]

Masih cerita biskut raya lagi....kali ni nak enterprem Biskut Coklat Chips Rangup... Anak² tak behenti dok mengulang biskut ni...sedap katanya. Biskut ni ikut resepi Kak liza... thanks......tapi bab bahan² tu tak ikut 100% sebab ikut stok apa yang ada kat rumah, taim nak buat tu baru perasan nestum dah habis, so alternatif nya gantikan dengan oat (blend kasi halus), badan pula ada secoet.....stok walnut pulak yang banyak....tapi kan badam pun jenis kekacang jugak kan.....

Quote:

Coklat Chips Rangup
Sumber : kakliza

Bahan-bahan
Bahan A
250 g butter
160 g gula halus
1 biji kuning telur
1 s/k esen vanilla

Bahan B [gaul rata]
230 g tepung gandum]
20 g serbuk koko ] ayakkan
100 g coklat cips
50 g white coklat cips [boleh gantikan dgn coklat rice]
50 g badam cincang [roasted]
50 g nestum

Cara Memasak
1. Gaulkan butter dan gula sehingga sebati.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanila. Kacau rata.
3. Masukkan bahan B perlahan dan kacaukan dengan senduk kayu.
4. Sudukan adunan kecil2 [besar guli] dalam loyang.
5. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan suhu 180'C selama 25 minit atau sehingga masak.
6. Sejukkan dan simpan dalam balang kedap udara.


Quote:

Leelin ~ buat sendiri lagi puas hati ka
maklang ~ memang bebudak suka pun maklang, asyik dok ngulang jer... lagi suka mak dia nak membuatnya.....




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net