Rahaniss Fotopages

By: Raha niss

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 9-Oct-2007 02:58 Email | Share | Bookmark
Shortbread .......penutup untuk Biskut Raya

 


Sesi Biskut raya dah sampai penutup...Ni lah kali pertama cuba buat biskut Shorbread ni, walhal cutter dengan loyang dah lama beli ( adalah dekat 2 tahun kut), dah lama tersimpan jadi eloklah digunakan. Susah jugak nak handle loyang ni (12" x 12")....almaklumlah tak biasa gitewww. Ada kesilapan skit lepas base masak sepatutnya teruk keluarkan cutter, tapi kita biarkan....Dah dekat nak suam baru perasan kat resepi kata terus keluarkan bila dah masak......ada jarak lah skit antara biskut tu. Masalah skit la bila letakkan coklat ianya masuk ke celah² biskut tadi....apa² pun kira berjaya lah jugak walaupun tak 100%.......cewahhhhhhh

Kita ikut resepi daripada fp maklang .....resepi asal anis adlina.....

Quote:

Biskut Shortbread/Choco Batik
Sumber : Anis Adlina

Bahan (utk base biskut)
240g tepung gandum
100g gula kastor
80g serbuk badam
200g butter
90g susu tepung

Cara
1. Alas acuan 10x12 dengan kertas minyak (biar terjuntai sikit supaya mudah biskut ikeluarkan nanti)
2. Gaul kesemua bahan hingga sebati (adunan akan menjadi serbuk roti).
3. Masukkan adunan ke dalam acuan. Tekan/canai adunan sehingga padat dan rata dlm acuan.
4. Tekan alat pemotong ke dalam adunan biskut dan bakar pada suhu 180 selama 12’.
5. Bila biskut masak, keluarkan alat pemotong dan biarkan sehingga biskut sejuk sebelum dihias dengan coklat.

Bahan Hiasan
250g coklat masakan (boleh tambah jika suka banyak coklat)
200g coklat putih (kurangkan jika tak gemar corak sarat)

Cara
1. Cairkan coklat masak, kemudain tuang atas biskut yg telah disejukkan tadi.
2. Cairkan coklat putih, masukkan ke dalam beg piping dan lorekkan atas coklat masak.
3. Tarik coklat putih dengan lidi utk dijadikan corak batik.
4. Masukkan semula alat pemotong ked lm biskut dan sejukkan dlm fridge selama 10’ atau sehingga coklat telah keras
5. Bila coklat dah beku, keluarkan alat pemotong dan pisahkan biskut sebelum menyimpan biskut dlm bekas kedap udara.


Quote:

madiha ~ shortbread tu kira menjadi jugak lah walaupun tak 100%......ada part yang fail gak tu tapi tak berapa perasan laaaa....tahun ni beraya kat rumah MIL dulu.... .....
cekdesam ~ hehehhe 1st taim ni try shortbread...
mamasya ~ baru belajar nak bermain dengan cutter ni.. , kalau dah banyak kali buat ok lah kut nanti....
maklang ~ wahh kencang jugak maklang wat untuk tempahan.....memang remeh gak kan tapi tak per ada hasil kutipan tu ..







View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net