Rahaniss Fotopages

By: Raha niss

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 12-Nov-2007 04:08 Email | Share | Bookmark
Mee Udang & Ketupat palas

 
 
 
 
 


Sabtu yang lepas sempena dengan penghujung syawal ada lah 2 keluarga nak datang beraya kat rumah, dah konfem sehari sebelum tu ..jadi boleh lah ready awal²...tak der lah kelam kabut. Sebenarnya jemputan untuk open hause pun masih ada lagi hingga semalam...mana yang sempat pergilah. Disebabkan tetamu nak datang petang dalam kol 3 jadi masakkan Mee Udang (rasa senang skit buat mee ni)....Hajat hati tu nak buat Rojak Mee/mamak pada mulanya, tetapi memandangkan ada beberapa bahan yang tak cukup tak syok pulak kan, macam tak lengkap pulak nanti. .


Mee Udang ni sempoi saja nak buatnya ..tak de sukatan metrik, tapi agak² lah ya.....selalu tengok mak buat macam tu je...

MEE UDANG SEMPOI

Bahan Kuah

Kulit dan kepala udang secukupnya - basuh bersih, rebus dan blend - tapiskan dan ambil airnya
1 - 2 senduk cili blend - ikut kepedasan masing²
5 ulas b. merah - kisar
2 ulas b. putih - kisar
3 sudu besar sos tiram
1 botol tomato sup
3 sudu besar sos cili
udang - anggaran dalam 30 ~ 40 ekor -
1 senduk minyak - untuk menumis

1. Panaskan Minyak, tumis bahan kisar sampai perang, masukkan cili blend dan biar sehingga naik bau.
2. Bila dah naik minyak masukkan air rebusan udang tadi , sos tiram, sos cili, tomato sup. biarkan sehingga mendidih, masukkan garam dan sesuaikan rasa. Akhir sekali masukkan udang.
3. Biarkan seketika dalam 4-5 minit....dah masak.
4. Boleh jugak kalau nak teruskan masukkan sayuran...jika suka

Bahan Mee dan hiasan

Mee kuning - dicelur
Telur rebus - belah 4
Tauhu - goreng dan potong nipis
Sawi - potong dan celur
Kentang rebus - potong nipis²
Tomato - potong nipis
Daun sup n daun bawang....

boleh tambah apa² sayuran yang dirasakan sesuai, tapi selalu kalau makan mee udang kat luar tu ada sayur kangkong.


Ketupat palas dimakan dengan Opor daging - nampak sikitkan, yang ni untuk sesi fotografi sebelum tetamu sampai

Ketupat palas ni memang mintak mak buatkan masa balik Hari Raya tempohari (banyak jugakla), lepas tu frozenkan, jadi bila nak makan hanya perlu rebuskan. Nak buat sendiri memang tak pas lah ketupat palas ni. ..rasanya kena belajar jugak nanti


Opor Daging - resepi nanti letak kemuadian

Dan juga menu tambahan Nasi Impit, kuah kacang (tak sempat nak ambik gambar) dan juga Dadih.


Quote:

Bonda ~ Mee Udang Sg. Dua ...kena tunggu balik utara la baru leh makan
Lee Lin ~ Nanti kita buat pos laju
Madiha ~ Agaknya la kot popular kat utara.....letak udang besar² banyak skit biar mee tu sembunyi balik udang
Nur ~ cukup ka semangkuk
Masriyah ~ ketupat palas takde boleh ganti ngan lemang perantau...takpi tak syok lah kan tak der aroma daun palas tu.....
cekdesam ~ cuba....jangan tak cuba..
Mamasya ~ Lama jugak lah tahan ketupat palas ni.. .....bila tetamu datang ni lah jadi paberet........





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net