Want your
own Fotopage?








 
Rahaniss Fotopages

By: Raha niss

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 14-Nov-2007 03:08 Email | Share | Bookmark
Opor Daging

 
Opor Daging ~ Hari tu dah letak gambar, sekarang ni nak letak resepinya lah pulak....Masak Opor tempohari untuk dimakan dengan ketupat....lebihannya buat makan dengan nasi.


kualiti gambar kurang memuaskan...guna h/p camera

Quote:

Opor Daging
(Sumber: CARI ~ FnR)

Bahan-bahan:
1200 g daging
1 biji kelapa - ambil santan
1/2 biji kelapa - buat kerisik ~ beli yang dah siap/sepeket
minyak masak utk menumis

Bahan tumis:
5 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
5 kuntum bunga lawang
5 cm kulit kayu manis

Bahan perapan (A): - disangai kemudian dikisar (jika suka boleh beli yg dlm btk serbuk)

4 sudu besar ketumbar
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih

Bahan kisar (B):
20 tangkai cili kering
3 btg serai
2cm lengkuas
2 cm halia
10 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1-2 keping asam keping/gelugur
garam dan gula secukup rasa

Cara membuat:
Bersihkan daging kemudian perapkan dgn bahan A.
Panaskan 2-3 senduk minyak masak, tumiskan bahan tumis hingga wangi.
Masukkan bahan kisar B kacau hingga wangi kemudian masukkan daging & santan
Bila kuah agak pekat masukkan kerisik dan asam keping
Masak hingga pecah minyak dan daging empuk
Masukkan garam dan gula secukup rasa
Boleh lah dihidangkan




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net