Want your
own Fotopage?






 
Rahaniss Fotopages

By: Raha niss

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 14-Nov-2007 07:44 Email | Share | Bookmark
Snow Almond

dah mandi coklat n breadcrumbs
 
Belum mandi coklat lagi
Dah mandi coklat


Baru berkesempatan buat Snow Almond ni, masa sebelum raya dulu kelam kabut n tak terkejar dek snow almond ni. Selepas dibakar dan dimandikan dengan coklat pastu breadcrumbs pula....huhhhhh memang sedap, konfem masuk list untuk raya tahun hadapan . Bawak kat ofis untuk member² rasa dan feedback dari mereka memberansangkan jugaklah...
Anak² pun suka tapi yang sorang tu pulak request versi yang tak der breadcrumbs....layan jer apa yang depa nak....
Teringin nak mencuba selepas tengok kat fp maklang dan juga kawan² kat RN yang telah pun mencubanya (kita ahli tingkap jer kat situ).



Resepi cam kat bawah ni lah, kita copy jer bulat²...

Quote:

Snow Almond
Sumber : Majalah SAJI

Bahan A
110 gm mentega
1/2 sdb shortening
50 gm gula kastor
1/2 sdk esen kopi - guna vanilla jer
1/2 bj kuning telur - malas nak bahagi 2, buh ja semua kuning tu.

Bahan B
110 gm tepung gandum
25 gm nestum [kisar]
1 sdb coffeemate
35 gm tepung ubi
20 gm serbuk badam

Bahan Hiasan/
serbuk roti putih [breadcrumb]
coklat masakan - cairkan

Cara-cara:-
1. Pukul mentega, gula kastor dan shortening sehingga sebati. Masukkan esen kopi dan kuning telur. Gaulkan rata.
2. Satukan kesemua bahan B dan masukkan ke dalam adunan A tetapi sedikit demi sedikit dan ratakan.
3. Uli dan canai doh. Kemudian terapkan- nak bulatkan pun boleh
4. Bakar pada suhu 175'C selama 20 minit.
5. Setelah sejuk, celupkan ke dalam coklat masakan. Selepas itu, golekkan pula ke dalam serbuk roti putih


ikut nota maklang : Adunan ni agak lembik, jadi tambah kan tepung gandum sedikit demi sedikit sehingga boleh dicanai atau sehingga tak melekat ditangan.


versi yang belum disalut coklat dan breadcrumbs.....macam² kaler ada


untuk anak no.2 yang tak mau salut dengan breadcrumbs, hitam berkilat²

Quote:

nini ~ biskut come² ni senang nak makan, terus jer masuk mulut sebijik² tu...n ngapp
ida ~ dah hujung raya ni baru ada masa nak buat dan makan...kalau masa raya tak pandang sekut² ni
madiha ~ biskut ni mmg sedap, buat laaa ..budak² memang suka, tambahn pula ada cekelat tu...



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2014.

ns4008229.ip-198-27-68.net