Rahaniss Fotopages

By: Raha niss

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 21-Nov-2007 04:18 Email | Share | Bookmark
Agar agar Tauhu

 
 




Baru berkesempatan mencuba agar² tauhu ni...dah lama nak mencuba sebenarnya
Semasa aidilfitri yang lepas ketika berhari raya dirumah teman sekerja suami kami dihidangkan agar² ni sebagai pencuci mulut....memula tengok tu warna putih ingat agar² biasa ..bila makan rasa sedap pulak dengan tekak hanis... , sambil bersembang dengan tuan rumah sempat la bertanyakan camna nak buat agar² dan dia sudi berkongsi resepi agar² tersebut.....

Senang dan ringkas je sebenarnya....

Agar² Tauhu

10gm agar² serbuk
5 cawan air
5 cawan santan
1 tin susu pekat
1 tin susu cair
Buah koktel/peach/laici berserta dengan sirapnya sekali.

Cara membuatnya:

1. Masak agar² dengan air sampai mendidih.
2. Masukkan santan
3. Larutkan susu pekat dengan susu cair dan masukkan kedalam agar² tadi.
4. Biarkan mendidih seketika, tuang kedalam acuan , bila dah suam sejukkan dlm peti ais.
5. Enak dimakan dengan buah koktel/peach/laici berserta dengan sirapnya sekali .

Quote:

Nur ~ Memang lemak berkrim pun.... makan selalu boleh tambah kolestrol
Bonda ~ sekarang kat selangor, nak buat camna rezeki dah kat sini. masa kat sana dulu menyewa kat seberang jaya (Jln Siakap)...balik hari tu tengok banyak betul pembangunan kat situ.
kenitra ~ jemput makan
maklang ~ lebih kurang cam agar² santan lah juga, tapi dah letak susu cair dengan susu pekat tu tak de la pulak kepala santannya........simpan peti ais dulu, makan taim sejuk baru syok...
Mamasya ~ boleh jugak rasanya kalau nak masukkan sekali sirap buah tu masa masak agar²..tapi lagi syok rasanya kalau dituang jer sirap tu kat buah masa nak makan...
LeeLin ~ nama tauhu pinjam jer sebab warna mcm nak sama tapi dalam nya ada santan dengan susu .....macam peribahasa lembu punya susu tapi sapi punya nama
ida ~ tu laaa lenkali baca bagi habis dulu......
tariq ~ nama tauhu tu pinjam sat.......




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net