Want your
own Fotopage?








 
Rahaniss Fotopages

By: Raha niss

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 28-Nov-2007 06:10 Email | Share | Bookmark
Makan Beradap.....

Macam² ada
Paru goreng
Ketam berlada dan sotong goreng
Ayam Golek tanpa kepala
bebola ayam dengan telur puyuh
Udang Panjat
Talapia Masam Manis
Rendang Daging
Tembikai..
Menu kenduri
Cenderahati
Laksa Burma
Kuih Ros
meja pengantin
udang panjat
meja pengantin
meja pengantin jugak

posing serba sedikit sebelum diletak kat meja pengantin


Baru ada masa nak update ni..bzzzzzzz skit semenjak 2 menjak ni ..
Sabtu, ahad dan isnin lepas ada kat kampung, memenuhi undangan mak sedara untuk majlis perkahwinan anak sulungnya (my sepupu lah kiranya ni)...disamping satu lagi tugasan.....Masak lauk pengantin (sekadar membantu jer tawwwww - merangkap pembantu kanan). Acara masak² ni diketuai oleh sorang lagi mak sedara iaitu Mak Ngah dimana jika ada sedara mara terdekat (yang paling dekat dan akrab saja arrrr) dialah yang menguruskannya dengan dibantu oleh pembantu kanannya dan 2-3 orang lagi sedara .....adalah dalam 6 kali setakat ni kita orang menjayakan acara masak² lauk pengantin ni..

Untuk kerja² masak seperti kuah beriani, sweet sour semua tu dia lah yang masak...cuma part² nak mencucuk kat lidi tu kerja orang bawahan la yang bikin. walau pun sedikit jer (untuk 15 orang) tapi sebenarnya renyah juga daripada kerja membersih bahan² mentah tu semua , dan part yang paling tak suka ..potong cili untuk hiaskan dlm masakan tu...potong timun ok lagi beb .
Majlis berlangsung pada ahad...so mna² kerja yang renyah tu semua dibereskan pada sabtu malam, pagi ahad tu cuma goreng apa² yang patut pastu terus hiaskan.......alhamdulillah siap seperti waktu yang ditargetkan...


Dari meja pengantin...








Menu makan beradap tu sikit pun Hanis tak makan ataupun setakat merasa ada laaa serba sikit masa tengah sediakan ( mungkin sebab dah tolong masak semua benda tu kut.....), sebab selera lebih kepada lauk² kenduri yang disediakan untuk semua tetamu antaranya Nasi Minyak & Nasi Putih, Sup tulang/daging ( daging fresh yang disembelih pada hari yang sama) dicicah dengan air asam, Pajeri Nenas, gulai lemak nangka, ayam goreng berempah, ikan masin goreng dan Laksa Burma (pes taim makan ni - ada rasa² limau purut lam kuah dia)......pastu ada bubur kacang dengan teh tarik...erkkkkk kenyang sungguh

Menu kendurinya pulak



Laksa Burma - Kuahnya ada rasa limau purut, laksanya pula laksa beras asli.


Kuih Ros - dibuat bentuk begini, ada warna kuning, pink dan hijau.....kreatif sungguh orang yang membuatnya, lenkali balik kampung boleh oder, anak² suka makan.

Quote:

mamasya ~ pembantu setakat goreng ikan, udang semua tu boleh lah dengan potong sayuran
Udang panjat dengan ayam golek tu langsung raja sehari tak makan pun, yang makan semua dayang²
leelin ~ semelih sesudah subuh agaknya ..kat rumah sembelihan la, kita agak jer sebab dia orang kata daging fresh, so semelih hari tu lah kot no:-D .....
Nur ~ Kalau selalu prektis boleh lah kut Nur....suka jugak sebenarnya masak dan gubah² ni...tapi nak ambik tempahan kena tunggu bagi mahir dulu la
ida ~ macam² pesen ada n kita boleh ambik idea serba sedikit.......selalu jugak ambik gambar kat rumah orang kawin just sebagai rujukan.....mesti orang pelik tengok....orang lain sebok ambik gambar pengantin, kita pula tengah kalut dengan gambar makanan
Madiha ~ penat dan renyah jugak kan walaupun masak lam kuantiti yang sikit...masak dekat rumah mak lepas siap tu baru hantar kerumah pengantin (dlm 5km gitu) so tak der la gangguan sangat masa memasak boleh kosentrate...tembikai tu sedara yang buatkan, tengok jugaklah cara dia buat hari tu, rasa macam boleh buat jer
daalia ~ kuih ros tu kita pun first taim tengok bentuk mcm tu, mungkin masa goreng tu kut dia bentukkkan......dengan meng`adjustkan' acuan kuih ros tersebut agaknya
maklang ~ udang tu nak menten ayu sebab tu berpayung . sampai pengantin pun tak berani nak ambik makan ...


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net