Rahaniss Fotopages

By: Raha niss

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 30-Nov-2007 03:12 Email | Share | Bookmark
Bingka Tepung Beras

Bingka Tepung Beras
Bingka Tepung Beras....kuih dolu² dan suka sangat dengan kuih ni tapi membuatnya baru pertama kali. Sebelum ni tak berapa yakin nak buat , selalu tu nak makan tu beli jer...hehehh kerja senangkan . Bingka ni ada kelainan skit dimana ada dicampurkan dengan tepung kacang hijau (green pea flour)......kalau kat utara kebiasaannya dipanggil kuih bengkang , tak kira la apa jenis bingka pun semua dipanggil bengkang.
Versi yang dicampurkan dengan tepung kacang hijau ni haniss makan kat rumah kak sue tempohari & i like it.......selepas lama terperuk resepi ni baru la ada can nak mencubanya, bahan² pun ringkas dan cara nak buat dia pun senang jer...cuma part bakar tu yang lama skit......



resepinya kita copy bulat² dari Resipinet....
Quote:

Bingka Beras
Sumber: Immey RNet

Bahan
210gm tepung beras
80gm tepung green pea
450gm gula castor
1 tsp garam halus
400ml santan
1700ml air

Cara
1. Bancuh semua bahan
2. Masak hingga naik wap
3. Tuang dlm loyang n bake for 1hr 15 mnts 150C

Nota haniss:
○ Haniss bakar 1 1/2 jam dengan suhu 170C,
○ Buat setengah adunan jer tu.....sebagai testing, takut gak kalu tak menjadi





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net