Rahaniss Fotopages

By: Raha niss

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 3-Dec-2007 05:13 Email | Share | Bookmark
Menu Hari minggu

Nasi Tomato
 
Dalca
Puding Lapis Biskut
Hari minggu tak kemana² dan ada masa banyak untuk ke dapur , (hari sabtu tu dah penat meronda kesana kemari) Ingat nak masak nasik berini tapi memandangkan bahan banyak yang tak cukup so tukar kepada Nasi Tomato yang dimakan bersama dengan Dalca dan ayam goreng berempah.....acar pun tak der sbb bahan untuk tu tak der...kes malas nak keluar pergi membeli. . Nasi Tomato pun simple jugak....guna jer bahan yang ada kat rumah. Ikut resepi dari Myresipi.com (tapi tak ikut betul² pun) tapi dah diolah dan ditokok tambah oleh Haniss sendiri. ..ampun ya kepada tuan punya resepi, jangan marah yaaaa......







Nasi Tomato

3 cawan beras basmathi - basuh bersih dan toskan
3 cawan air
1 cawan susu cair
1/2 tin tomato sup
1 biji bawang besar ] dipotong nipis
1/2 inci halia ] dipotong nipis
2 biji tomato - potong dadu
1 helai daun pandan disimpul
kulit kayu manis, bunga cengkih dan buah pelaga
garam secukup rasa
Minyak sapi dan minyak biasa untuk menumis.

Cara membuatnya -
1. Panaskan minyak/minyak sapi, tumiskan bawang, daun pandan, halia dan rempah 3 jenis tadi.
2. Bila dah naik bau dan perang, masukkan beras...kacau sebentar.
3. Masukkan air, susu cair dan tomato sup, kacau perlahan.
4. Biarkan hingga mendidih, masukkan garam secukup rasa.
5. Biarkan hingga masak.

Nota haniss:
1. Tumis kat dapor biasa, bila dah masukkan beras dan air semua tu terus ke `rice cooker', biarkan kat situ hingga masak.



Dalca - juga dari myresipi (kita copy bulat² jer dari situ) - cuma ayam tu kita gantikan dengan daging.

Quote:

Dalca (yummiez - Myresipi.com)

Bahan-bahan ( 4 orang makan )
Bahan hiris:
2 ulas bawang putih
1/2 biji bawang merah
1 cm halia
Bahan tumbuk:
2 ulas bawang putih
1/2 biji bawang merah
1 cm halia
1 kulit kayu manis
5 biji buah pelaga
5 biji bunga cengkih
minyak secukupnya (lebih sikit pun takpe)
2 sudu besar rempah kari daging
1 1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
air asam jawa secukup rasa
beberapa ketul ayam (terpulang pd anda, saya guna leher, kaki dan peha)
1/2 cawan kacang dhal (direbus hingga lembut, sebahagian diambil dan ditumbuk hingga hancur)
sayur2 spt karot, kacang panjang dan ubi kentang
santan
garam secukup rasa

Cara-caranya
1.Hiris semua bahan hiris dan ketepikan. Sediakan rempah2 seperti di atas. Potong sayur mengikut kreativiti masing2.
2. Gaulkan rempah kari daging, serbuk jintan manis dan serbuk jintan putih di dalam sebiji mangkuk dan tambah sedikit air.
3. Tumbuk semua bahan tumbuk dan ketepikan.
4. Panaskan minyak di dalam periuk. Setelah minyak panas, masukkan bahan hiris dan tumis. Sebelum bahan2 hiris berubah menjadi kuning, masukkan kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga cengkih.
5. Tumis hingga naik bau dan kekuningan.
6. Masukkan campuran rempah daging yg dicampur air tadi ke dalam periuk dan biarkan seketika. Kemudian, masukkan bahan tumbuk dan kacau. Tambah sedikit air supaya rempah cair sedikit dan teruskan hingga rempah naik minyak.
7. Tambah air asam jawa, agak2 supaya tidak terlampau masam tapi ada rasa masam. Masukkan ketulan ayam.
8.Setelah ayam separuh masak, masukkan semua kacang dhal yg direbus dan juga yg ditumbuk. Gaul rata. Masukkan semua sayur2 yg telah dipotong. Tambah garam secukup rasa.
9. Tambah air mengikut kepekatan yg disukai. Kemudian, tambahkan santan secukupnya (jgn sampai kuah menjadi terlampau putih). Masak sehingga mendidih dan tutup api. Pastikan ubi kentang sudah lembut.



Pencuci mulut - Puding Lapis Biskut (guna Biskut Coco Puff)
resipinya kemudian yer.......



Quote:

maklang ~ meh sini nak tiup angin R.......
ica ~ salam ica...sedap tengok gambar jer kut.........
mamasya ~ sekali sekala kena gak tukar menu.......selera terasa nak makan nasi berkaler²
madiha ~ dah update kat atas tuuuuu......sekali sekala kena rajin gak.....malas tu yang selalu
masriyah ~ tak banyak mana pun masak, hanya nasik tomato, dalca dengan ayam...acar pun tak der, kira makan sayuran dari dalca tu cukuplahhh
Nur ~ kena rajin la sebab nak makan




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net