Want your
own Fotopage?







 
Rahaniss Fotopages

By: Raha niss

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 4-Dec-2007 04:09 Email | Share | Bookmark
Puding Lapis Biskut.....

Puding Lapis Biskut
Biskut
Lepas potong
 
 
Puding Lapis Biskut Coco Puff - semalam dah letak gambar, hari ni disusuli dengan resipinya pula.Resipi ni korek dari peti besi mak, dah lama simpan dan adalah 3 kali dah mencubanya dan kali ni rasanya dapat buat dengan jayanya (puji diri sendiri skit). Kalau yang sebelum ni ni semuanya separa gagal sebab tak dapat lapisan yang betul² sekata....biskut tu asyik timbul jer...
Kebiasaannya sikit masa dahulu kalau ada majlis kecil kecilan kat kampung (mcm bertunang, aqiqah & sebgnya) mak akan menerima tempahan untuk Puding Lapis Biskut (disamping beberapa lagi jenis Puding - kita akan kongsikan kat sini nanti)....sekarang dia dah malas tak nak dah buat mender² tu......





Puding Lapis Biskut

Bahan A

20gm agar² serbuk
7 cawan air
2 cawan gula

Didihkan bahan A - ketepikan sebentar (sambilkan tu sediakan bahan B)

Bahan B

3 biji kuning telur
1 tin susu cair
3 sudu besar tepung kastad + sedikit air
1 sudu teh garam
1 sudu teh vanilla
3 sudu besar butter - akhir sekali masukkan
2 paket biskut - 2 jenis pewarna (kita guna hijau kuning)

Caranya pulak

1. Bahan B dipukul sebati dan dimasukkan kedalam bahan A, biar menggelegak sebentar.
2. Bahagikan kepada 2 dan warnakan dengan hijau dan kuning.
3. Tuang bahagian kuning dan aturkan biskut , biarkan sebentar kemudian tuang pula warna hijau.
4. Ulangi langkah tadi sampai habis.
5. Biarkan suam sikit dan sejukkan dalam peti ais.
6. Jadikan 4 lapis puding dan 3 lapis biskut.

Nota haniss:
○ Selepas melapis dan meletakkan biskut, biarkan sebentar hingga dia agak nak mengeras, baru tuangkan lapisan seterusnya. Ikut pengalaman lepas²......kalau dilapis terus menerus tanpa dia mengeras sedikit.......semua biskut tu timbul naik keatas.....akhirnya jadi selapis puding dengan selapis biskut... ...sekarang dah berjaya melapis
○ Untuk adunan diatas guna loyang 10 x 10
○ Haniss buat 1/2 adunan jer mcm gambar kat atas tu......guna loyang 8 x 8


Biskut yang digunakan untuk Puding tersebut....



Quote:

kamalina ~ nampak sedap lam gambar jer kut......
daalia ~ nak tau sedap kena test lah dulu....... kreatif, tak jugak....copy bulat² dari resepi.....
Mamasya ~ a'ah tak payah kukus, kacau jer atas api kemudian lapiskan dengan biskut...part melapis ni yang ambil masa skit........uji kesabaran tu.
madiha ~ masuk list sesiap..bila senang boleh jalankan projek ni
maklang ~ nak rasa kena buat lah maklang...kita suka mencuba aneka jenis puding..nyaman jer masuk tekak
Nur ~ Nak capai......kalau boleh ambillah.....
ida ~ Kena angin rajin bolehlah buat yang melapi lapis ni....
fizah ~ tak per, ada agar² serbuk nanti boleh buat......pakai yang strip pun bolehhhhh
Leelin ~ paberet jugak ker biskut ni......wat minum petang ngan teh o pun sedap gak ni



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net