Rahaniss Fotopages

By: Raha niss

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 6-Dec-2007 08:57 Email | Share | Bookmark
Brownies....

 
Brownies
 
 
 




Brownies .....berjaya juga ku membuatnya...selepas beberapa kali meninjau fp kawan² sana sini masing² ada tayang brownies...hehe tetiap kali tengok pasti telan air liur....almaklumlah hantu coklat. Ini la brownies paling sedap rasanya.....konfem tak payah sesusah pergi beli kat Secret recipe lagi....sendiri buat lagi sedap , Sebelum ni pernah juga cuba buat brownies ni (resepi lain) tapi hasilnya lebih kepada Kek Coklat....tapi yang ini memang sedap dan menjadi lahhhhhhhh. Bawak kat opis sikit....dan licinnn. Brownies ni ikut resepi kak Mas.....dan memang chewy sekali..sementara toping pula guna Choc. Fudge, resepi dari Kak Sue aka Cikgu Sue.......
resepi kita copy kat sini ya.....

Quote:

My Chewy Gooey Yummy Brownies
sumber : kak mas

250g butter - potong kecik
400g chocolate - potong kecik

6 eggs
340g brown sugar
2tsp esen vanilla
20g chocolate emulco

80g tepung gandum
60g cocoa powder
140g kacang walnut/pecan/almond/macadamia (optional)-toastkan

1. Panaskan oven suhu 150C. Sediakan dan alas tray 12X12.
2. Double boil butter dan chocolate hingga cair, ketepikan biar suam sikit.
3. Masukkan telur, gula, esen dan choc emulco dalam satu mangkuk, guna hand whisk , kacau hingga gula cair.
4. Tuang adunan butter dan coklat tadi kedalam mangkuk dan gaul rata.
5. Ayak tepung gandum dan cocoa powder, jika bubuh kacang, masukkan dan gaul. Tuang tepung kedalam mangkuk diatas, gaul hingga rata. Jangan gaul terlalu lama.
6. Tuang dalam tray dan bakar 150C/-1jam (bergantung pd oven).
7. Bila masak, biarkan dalam tray hingga sejuk. Lebih sedap kalau disimpan semalaman.
8. Sedap dimakan sama ada begitu shj atau bubuh ganache atau dgn icecream atau dgn sos kastad


Quote:

Choc. Fudge (utk topping brownies ni...)
Sumber : cikgu sue

Bahan
1 cup sugar
1 cup water
1 cup susu cair
½ cup coco powder
½ cup corn flour
2 egg yolk
Secubit garam
¼ cup marjerin

Cara
Kacau semua bahan hingga pekat dalam periuk, lastly letak marjerin ¼ cup.


Quote:

bonda ~ lapar lagi...rasanya baru jer bonda buat brownies bebaru ni ....memang sedap pun......pernah cuba beberapa resepi sebelum ni, rasanya yang ni la paling sedap kut
Nur ~ cuba lah...tak rugi apa² setakat mencuba
jeff ~ .....
mamasya ~ tak per...tunggu mood datang dulu
masriyah ~ yummy sekali.....tunggu apa lagi, jom jalankan projek brownies





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net