Rahaniss Fotopages

By: Raha niss

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 17-Dec-2007 07:50 Email | Share | Bookmark
Sotong Goreng Jintan dan Kerutub Ikan Bawal

Sotong Goreng Jintan
Kerutub Ikan Bawal
Snow Almond
Insyirah kat Oven
Triffle
Menu hari minggu.......Sotong goreng jintan, kerutub ikan bawal dan sup ayam. Sotong dan ikan tu dapat idea nak masak lepas belek² buku Variasi Masakan Mami dan kebetulan memang ada stok sotong dan ikan bawal dalam peti sejuk.....dan pencuci mulut pulak kita sediakan Triffle (ada lagi belen lam peti ais tu....petang ni leh pekena lagi).
Sabtu pulak merupakan hari yang bz ...siapkan Snow Almond yang di oder oleh kawan² (baru nak berjinak lam bidang tempahan ni , kiranya assignment yang pertama lah ni ) dan tak banyak mana pun , adalah dalam 500 keping......setelah berhempas pulas akhirnya siap jugak Snow Almond ku itu....

Sambil tu jom tengok bahan² nak masak Sotong goreng jintan dengan Kerutub Ikan Bawal.



Sotong Goreng Jintan
Sumber: Variasi Masakan Mami

Bahan²

10 ekor sotong - buang kulit
1 labu bawang besar - potong bulat
1 biji cili merah/hijau
garam secukup rasa
daun sup

Bahan² kisar

1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
sedikit serbuk kunyit
1/2" inci halia
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
lada hitam - ikut kepedasan yang dikehendaki..

Caranya.

1. Tumiskan bahan kisar sampai wangi.
2. Masukkan sotong, bawang dan cili, kacau dan biarkan sebentar
3. Masukkan garam dan sesuaikan rasa.
4. Sedia untuk dihidangkan.

Nota Haniss
Untuk masakan sotong selalunya haniss masakkan dulu sebentar atas api sehingga keluar airnya, selepas itu barulah dimasukkan kedalam bahan² masakan kita tadi.




Kerutub Ikan Bawal
Sumber: Variasi Masakan Mami

Bahan²

1 ekor ikan bawal hitam - letak garam kunyit digoreng dan ketepikan
bawang merah - dijadikan bawang goreng
1 biji limau kasturi
garam secukup rasa

Bahan kisar

3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
cili kisar ~ anggaran 15 - 20 tangkai
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
1 batang serai
3 biji buah keras

Cara membuatnya

1. Panaskan minyak lebihan menggoreng ikan tadi.
2. Tumis bahan² kisar sehingga naik bau, masukkan 1/2 cair.
3. Biarkan mengelegak sebentar dan perahkan limau kasturi tadi, masukkan garam...sesuaikan rasa.
4. Masukkan ikan bawal tadi.
5. Semasa menghidang taburkan bawang goreng tadi.

* Kerutup ni kalau suka berkuah tak perlulah dimasak lama² hingga kering.



Puding Triffle - sebagai pencuci mulut dan merangkap minum petang. Ada stok whipping cream terus pukul sekejap dan paipkan keatasnya (corak serabut tu kes nak cepat)........hrmmmm makan pulak selepas disejukkan.



Snow Almond yang kita pulun buat pada hari sabtu....siap jugak akhirnya.


Anak bongsu Insyirah masa 1 tahun ...suka sangat main kat Oven, kalau ke dapur terus buka pintu dan naik duduk kat atas tu dan masukkan segala toys kat dalam. Masa tu terpaksalah kalau nak mem `baking' ibunya kena guna oven cinonet sebab oven besar tu dia jadikan mainan Sekarang ni dah 3 tahun tak der lah main kat oven lagi...

Quote:

zai ~ salam zai...ala masak simple² boleh la.......
nini ~ lapar! nak rasa mai lah sini..
ida ~ taun depan selebrate sesama yer, nak kapkek tiga tingkat boleh erkkkk........ala bisnes kecil kecilan jer tu......baru nak bermula
Nur ~ nak makan kena lah rajin.....tapi Nur pun apa kurangnya........
Masriyah ~ makan dengan nasik panas memang sedap (tambahan pula kalau cuaca tengah sejuk)...kalau nak guna ikan lain pun boleh saja...tukar nama ikan jer nanti
mamafami ~ insyirah......mengacau kat dapur ada la mama........apa yang kita buat semuanya dia nak test sekali....
jeff ~ boleh jer nak cuba...tujuan letak kat sini pun untuk dikongsi bersama
tariq ~ cubalah...sesekali tu nak jugak bertukar selera kan.....
Ouled Kenitra ~
Madiha ~ cargas sekali, terus menjalankan projek cheese brownies...tapi memang sedapkan....
Daalia ~ boleh la tukar selera lepas ni...pstttttt lepas aidiladha ni bercuti kat mana.
leelin ~ kalau umur ngan berat sekarang ni boleh patah kut pintu oven....tapi takper dah ada orang hadiahkan dia oven mainan lepas tu....
tariq & masriyah ~ camna sambutan aidiladha kat sana.



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net