Rahaniss Fotopages

By: Raha niss

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 24-Dec-2007 03:45 Email | Share | Bookmark
Menu AidilAdha......

 
Daging Rendang Nasi Kandar
Nasi Minyak warna warni
Puding Peach
Menu Aidil Adha
 
 
Aidiladha bebaru ni tak balik kemana mana kampung pun, raya kat sini jer .....uhuk², namun tetap jugak sambut dengan keluarga kat sini (serba sederhana) dan masak serba sikit antaranya Nasik Minyak warna warni, Daging Rendang Nasi Kandar, Ayam goreng Berempah, Dalca dan juga Puding Buah Peach. Jiran² kiri kanan dan depan pun tak balik dan beraya kat sini jadi tak sunyi sangat lah.... memang tak berjalan² kat mana pun sebab en. suami seharian sibuk kat surau dengan upacara qurban....melapah n potong daging , manakala pn. isteri pula sebok depan tv seharian kat rumah..ngeh3x...... .....
cuti hujung minggu pula dimanafaatkan dengan mencari barang keperluan anak² untuk sesi sekolah 2008...hrmmmm ramai gak orang dok beli barang² ni......

Menu di Aidiladha....Nasi Minyak warna warni, Daging Nasi Kandar dan Puding Peach


copy n paste resepi dari FnR

Quote:

NASI MINYAK WARNA WARNI aka NASI MINYAK HUJAN PANAS
Sumber: NoorMasri - FnR

Bahan-bahan:
3 cawan beras basmathi
3 1/2 cawan air } jika beras lembut kurangkan 1/4 cawan air atau bergantung kpd jenis beras yg digunakan
1/2 cawan susu cair
1 sudu besar minyak sapi }
2 sudu besar majerin } untuk menumis
2 sudu besar tomato puree
1 sudu kecil garam
2 helai daun pandan } disimpul
pewarna-hijau, kuning, merah

Bahan tumis:
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
1 inci kulit kayu manis
1/2 inci halia }
3 ulas bawang merah } dimayang
1 ulas bawang putih }

Bahan hiasan: tak letak pun
Sedikit bawang goreng
Sedikit gajus goreng

Cara membuat:
Beras dicuci kemudian ditoskan.
Panaskan minyak sapi dan majerin dlm periuk.
Masukkan bahan tumis. Goreng hingga naik bau/kekuningan.
Masukkan beras dan daun pandan, kacau sekata
Kemudian masukkan air,susu,tomato puree serta garam.
Bila nasi hampir kering, cucuk 3 warna tadi dengan sudu di tempat yg berlainan
Tanak hingga masak, kemudian gembur-gemburkan supaya warna tadi sekata.
Sebelum dihidangkan, hiaskan dgn taburan bawang goreng serta gajus goreng






Daging Nasi Kandar dan Puding Peach ..resepi akan disusuli kemudian.

Quote:

mamafami ~ aik, lom rasa lagi dah kata sedap........sedap tengok jer kut
leelin ~ last minit tu, sebelum tuang dalam acuan terlintas nak jadikan dwiwarna......idea mai secara spontan tu......
dila ~ rasa macam nasi minyak biasa jer dila, cuma nampak beza tang letak warna warni tu...saja nak memeriahkan suasana.....hang raya kat mana ritu, balik kampung ker dak....
madiha ~ dah nak makan kena la masak.......nak carik makan kat luar banyak kedai tutup masa tu....kalau mekdonel ngan kayfc tu ada lah, tapi tak kan nak makan fastfood kut no ......ngeh3x
daalia ~ selera.....nak makan mai laaa sini


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net