Rahaniss Fotopages

By: Raha niss

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 24-Dec-2007 07:40 Email | Share | Bookmark
Daging Rendang Nasi Kandar dan Puding Peach

Daging Rendang Nasi Kandar
Puding Peach
Daging Rendang Nasi Kandar ni ikut resepi dari Variasi Masakan Mami...ok jugak buku ni kerana setakat yang dicuba beberapa resepi kira memuaskan jugak lah....(ikut selera kita tu ok lahhh)...Puding Peach tu pulak kita korek dari peti besi......lama dah dok simpan tapi tak pernah cuba buat pun, kira eksperimen la ni.....



Daging Rendang Nasi Kandar
sumber : Variasi Masakan Mami

Bahan²

600gm daging - direbus dengan 2 tangkai daun kari sehingga kering airnya.
3 biji bawang besar - dipotong bulat
2 sudu kicap cair
2 sudu kicap pekat
air asam
air secukupnya
garam
1 batang serai - diketuk
minyak untuk menumis

Bahan kisar
20 tangkai cili kering
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
halia.

Cara membuatnya

1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar sehingga naik bau
2. Masukkan serai, daging dan biarkan sebentar.
3. Masukkan pula, kicap pekat, kicap cair air dan air asam jawa. lepas tu masukkan pula bawang besar dan garam.
4. Sesuaikan rasa......



Puding Peach

Bahan A

20gm agar² serbuk
1600 ml air (air biasa + air buah peach)
300gm gula

Bahan B

1 tin buah peach
250ml susu cair
3 biji telur

Cara membuatnya:

1. Bahan A dimasak hingga mendidih...ketepikan
2. Bahan B pula diblender hingga hancur dan masukkan kedalam A
3. Biarkan mendidih sekali lagi sehingga ia kelihatan berbintil bintil.
4. Masukkan kedalam acuan, bila suam sejukkan dalam peti ais.

Nota Haniss: Boleh juga nak jadikan dwiwarna cam kat atas tu........ ikut kreativiti masing² lah ya...cuma kalau nak buat macam tu pastikan lapisan pertama (warna asal) agak nak membeku skit baru dituangkan lapisan yang satu lagi (lapisan yang diwarnakan).

Quote:

nini ~ nak ker...jom kita tukar² pinggan
fizah ~ daging ni macam goreng berkicap jugak, ada kelainan sikit sebab letak daun kari dan serai tu kut....
zai ~ zai asal utara ka, kat mana.......
jeff ~ ketupat ngan rendang macam irama dan lagu laaaa...memang sedap dimakan, tapi kita tak pandai buat ketupat....rebus nasi impit pass lah kut


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net