Rahaniss Fotopages

By: Raha niss

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 14-Jan-2008 05:11 Email | Share | Bookmark
Santapan hujung minggu

Sotong masak Szechuan
Lompat Tikam
Roti Jala
Set² untuk lompat tikam
Sotong masak ala Szechuan, Kari Daging Korban, lompat tikam dan roti jala....itu lah santapan hujung minggu baru ni².....



Sotong masak szechuan
Sumber : Maya Zakry (myresepi) adaptasi dari Sheila Rusly selebriti Cookbook

Bahan-bahan

Sotong
B.putih, b.besar
Cili kering, daun bawang - daun bawang tak letak pun
Minyak bijan
Bancuhan tepung jagung
Sos tiram, kicap pekat
Gajus

Cara-cara

1. Panaskan minyak dan masukkan sedikit minyak bijan(sesame oil).
2. Goreng cili kering yg dipotong pjg hingga garing, asingkan.
3. Tumis bawang putih, masukkan sotong, sos tiram dan kicap pekat. Kacau seketika.
4. Bila sotong hampir empuk masukkan gajus dan cili kering yg diasingkan tadi.
5. Untuk kuah yg lebih pekat, masukkan bancuhan tepung jagung dan diikuti bawang besar yang dibelah empat.






Sebut pasal Lompat Tikam , ni lah pertama kali buat ( sebenarnya makan pun jarang² sekali). Alkisahnya anak no. 2 la punya cerita.....minta buatkan selepas dia belek² majalah Saji (saji 2006 ), untuk tak mengewakan dia orang buat jugak la , dapat jugak lah ibu dia ni mengasah bakat kuih tradisional dari Pantai Timur ni....

Lompat Tikam
Sumber: Saji Jun 2006

Bahan 1 - seperti dalam gambar kat atas tu
125gm tepung beras
112 ml air daun pandan
625ml air
1 sudu besar air kapur

Caranya
Satukan kesemua bahan diatas, kacau diatas api sehingga pekat dan berkilat. Tuang kedalam loyang dan ketepikan.

Bahan 2 - Kepala santan
500ml santan
2 sudu besar tepung beras
garam
daun pandan

Caranya
Campurkan kesemua bahan dan kacau atas api sehingga mendidih dan pekat, ketepikan.

Bahan 3 - Pulut merah
250gm beras pulut
air dan pewarna merah

caranya
Tanak pulut, air dan pewarna merah sehingga masak seperti memasak nasi biasa.

Bahan sirap gula
Gula melaka + air , dimasak hingga mendidih.

Cara nak makan...lebih kurang camni lah, masukkan bahan hijau, pulut dan siramkan dengan kepala santan dan air gula melaka tadi...siap untuk dimakan.



Lebihan kari daging tu banyak pulak, jadi pagi ahad tu buat Roti Jala untuk sarapan pagi (kebiasaannya jarang sangat nak masak brekpes kalau dihari² cuti ni).

Quote:

mummy irdina ~ terliur kalau tak preknen tak pe...tak der la kempunan kan
daalia ~ ala roti jala ni kirai jer...asalkan dia berkirai cam jala tu jadi lahhh..memula memang rasa cam susah, tapi kalau 2-3 kali prektis ok kut....
re: dating masa zaman hingusan dulu tu.....
jeff ~ ...janji kenyang perut.
mamasya ~ copy jer.....kita pun copy gak, dari majalah..tapi rasanya memang ok dan anak² pun suka
kenitra ~ tak banyak mana ehhh.......menu untuk 2 hari tu
envy eyes ~ album apa tu.....
kak kham ~ nampak lam gambar jer kut cam sedap......... ...lepas ni nakbuat kajian asal usul nama lompat tikam pulak..
madiha ~ madiha asal sana ker, area mana tu.....kita ikut jer resepi lam tu ada bhn pulut merah. .......roti jala ni salah satu menu paberet kat rumah, kalau ada lebihan kari memang mengirai roti jala la jawabnya.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net