Rahaniss Fotopages

By: Raha niss

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 24-Jan-2008 05:19 Email | Share | Bookmark
Kerang Masak Serai, Ikan Bakar Padang dan Onde² Keledek

Kerang Masak Serai
Ikan Bakar Padang
Onde² Keledek
Masakan 23 Januari - Kerang Masak Serai, Ikan Bakar Padang, Tumis air Bayam ( tak de gambar)dan Onde² Keledek sebab seharian kat rumah (almaklumlah cuti...)



Kerang Masak Serai
Sumber: SAJI

Bahan²

1kg kerang
2 batang serai
1 labu bawang besar
3 ulas b.putih
6 biji merah
1/2 " halia
3-4 helai daun limau purut
3 sudu besar sos tiram
minyak masak
garam secukup rasa

Cara membuatnya

1. Serai, bawang besar, bawang putih, cili dan halia diblender.
2. Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar sehingga naik bau dan pecah minyak
3. Masukkan daun limau purut n sos tiram dan kemuan kerang.
4. Masukkan garam dan sesuaikan rasa dan masakkan sehingga kulit kerang tu terbuka.

Nota Haniss: Kalau ikut majalah tu cili dimasukkan selepas kita memasukkan kerang...tapi tak syok lak rasa cam tak masak lak cili tu...tu yang sekali harung semua tu.....kita tambahkah asam keping skit tu......




Jemu asyik dok makan ikan goreng...cuba la pulak ikan bakar padang ni, cilok dari SAJI juga (himpunan masakan Padang ) rasanya lebih kepada adik beradik Ikan Percik lah juga .....cuma ada tambahan kat buah keras tu...

Ikan Bakar Padang
Sumber : SAJI

4 ekor Ikan Kembong - nak lebih pun orait jer

Bahan tumbuk/kuah

1/4 sudu teh lada hitam
4 biji buah keras
1cm kunyit hidup
3/4 cawan santan pekat
garam dan gula secukup rasa

Cara membuatnya

1. Campurkan bahan tumbuk bersam santan dan masak diatas api sehingga menididih dan agak pekat.
2. Bila dah agak suam skit celupkan ikan kedalam kuah tadi dan bakar.
3. Bila ikan separuh masak siramkan skit dengan kuah tadi dan bakar hingga garing.
4. Semasa mengidang kalau suka bolehlah siramkan lebihan kuah tadi.

Nota Haniss: Kalau bakar gunakan arang lagi best kot......tapi kita buh dalam oven jer...

Quote:

mamafami ~ tu la kan kolestrol ni nak kena kontrol jugak kan.......kerang ni paberet anak² kat rumah, emaknya pun suka gak tapi kontrol² taim makan
tariq ~ paling senang rebus dan cicah air asam atau sambal kicap.......sedap dah tu
qamar ~ kerang ni kalau masak sendiri tu kita boleh basuh bersih² dan pilih mana yang dah tak elok tu ketepikan...kalau kat luar tu tak tau la camna dia orang buat......
madihah ~ laaa angin M mai lagi ka ....kerang rebus pun sedap perrr..
masriyah ~ adik beradik ikan percih jugak ler Yah..namanya dipanggil sebegitu kut, terjumpa lam koleksi masakan Padang, Indon.
mamasya ~ mahal gak kerang disana......sekilo boleh tahan lagi tapi kalau beli berkilo² tu terasa jugak yer, budak ² kat rumah ni kalau ada kerang tak pandang lauk lain dah.
Nur ~ kalau mertua lalu ajaklah di makan sekali, tambahan pula menantu yang masak
Leelin ~ camna nak jadi potographer gambar sendiri pun kadang² jer menjadi....
maklang ~ kerang ni sebelum masak den sesiap cuci n beruskan sekali tuhh......saja buat sekali dengan cengkerang, nak makan dia orang kena bukak sendiri kulit kerang tu...







View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net