Want your
own Fotopage?







 
Rahaniss Fotopages

By: Raha niss

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 4-Feb-2008 05:43 Email | Share | Bookmark
Kisah sebiji Labu.....

Masak lemak labu
Jemput Labu manis
Bingka Labu
Minggu lepas masa merayau² kat fp Madiha ada hidangan masak lemak Labu......rasa berkecur air liur masa tu sebab dah lama tak makan masakan dari Labu. Bila kepasar jer nampak Labu tanpa berfikir panjang terus beli sebiji yang agak besar jugak ( sebiji tu...jenuh la nak perabihkan.. ).



Masak lemak labu ni menurut srsfeqah (yang mempopularkan apam pisang daun rambai) sedap dimakan dengan sambal gesek... tapi kita makan dengan lauk ikan masin jer..lom pandai lagi nak makan sambal gesek ni... . untuk ahli rumah yang tak makan kita dah sedikan ayam goreng mayonis untuk dia orang....senang kerja gituuuuu.

Cara menyediakannya...senang sajo.....
Cili api dan cili merah ( sengaja letak nak kasik merah skit ..tapi tak merah pun ) ditumbuk dengan kunyit dan ikan bilis, pastu ketuk serai dan masak atas api beserta labu tadi dengan sedikit air hingga hampir empuk...lepas tu masukkan santan dan asam keping dan biarkan memdidih sambil dikacau perlahan.



Jemput² Labu manis

300gm labu - direbus dan lecek halus
1/2 cawan tepung gandum
1/4 cawan santan
2 - sudu gula pasir
sedikit garam

Caranya.

1. Gaulkan kesemua bahan hingga sebati.
2. Jemputkan kedalam minyak yang terendam, goreng hingga keperangan.




Ada lagi lebihan labu, so buatkan pula Bingka Labu...memang lemak berkrim gitu bingka labu ni....resepi dari blog Mat Gebu.

copy and paste kat sini erkkk....

Quote:

Bingka Labu

Bahan-bahannya:-
5 biji telur Gred A
500 ml santan
200 g tepung gandum
180 g gula halus
1/3 camca teh garam
1 camca teh esen vanilla
450 g labu manis, dikukus dan dilecek halus

Cara membuatnya:-
1- Satukan kesemua bahan2 di atas kecuali labu lecek. Kacau menggunakan wisk hingga semua larut dan sebati.

2- Tapis adunan dan masukkan labu manis lecek dan gaul hingga adunan sebati dan tidak bergentel2.

3- Tuang adunan ke dalam acuan berlubang tengah (yang biasa digunakan utk membuat kuih bingka), yang telah disapu dengan mentega pada dasar dan tepi acuan. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200C, selama 40 minit. Keluarkan dari acuan dan sejukkan sebelum dipotong.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net