Want your
own Fotopage?







 
Rahaniss Fotopages

By: Raha niss

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 6-Feb-2008 05:50 Email | Share | Bookmark
Eksperimen membuat pop corn @ bertih jagung

 
Pop corn




Eksperimen membuat pop corn ,85% berjaya, cuma part menyira jer macam tak berapa sempurna....ada yang terpalit gula dan ada yang tidak...tak kisah lah janji boleh makan pop corn, Sesape yang ada kaedah lain untuk menyira ni boleh la perpanjangkan nanti..
Jom makan sambil tengok tb or update fp.... . Tatacara beserta sukatan semua ni dari my opismate dan Haniss dah 2 kali membuatnya dan tetap habis licin walaupun ada yang tak kena gula masa menyira.....

Quote:
Pop Corn

Bahan-bahan
2 sudu besar minyak jagung
1/3 cawan jagung popcorn
2 sudu besar majerin
2 sudu besar gula

Cara-cara
1. Masukkan minyak jagung dan jagung popcorn ke dalam periuk dan tutup periuk(gunakan periuk yg tebal, kalau boleh stainless steel)
2. Panaskan guna api sederhana, bila dengar bunyi 'POP', kecilkan api, sekali-sekala biarkan tutup periuk terbuka sikit supaya popcorn lebih crunchy.Tunggu hingga bunyi 'POP' tidak lagi kedengaran.
3. Tutup api,bukak tutup periuk dan masukkan popcorn ke dalam bekas lain, jangan biarkan dalam periuk takut hangit pulak.
4. Untuk menyira, panaskan kuali(kuali hendaklah cukup besar mengikut kuantiti popcorn), masukkan majerin dan gula, kacau sentiasa lebih kurang 1-2 minit,jgn lama sangat nanti hangit. Kecilkan api, masukkan popcorn dan kacau hingga rata.



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net