Rahaniss Fotopages

By: Raha niss

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 18-Feb-2008 04:49 Email | Share | Bookmark
Asam Pedas Ikan Parang & Lempeng kelapa

Asam Pedas Ikan Parang
Lempeng Kelapa
Rasa nak makan asam pedas pulak minggu ni, nak cuba dengan Ikan Parang pula kali ni....Untuk Asam Pedas ni Haniss tambahkan lagi lada hitam, nak bagi `kaw' gitu.. ...(belajar dengan opismate ni)...






Asam Pedas Ikan Parang


Bahan²

1/2 ekor Ikan Parang - dibasuh bersih dan rendam dengan air asam
30 tangkai cili kering - di blender
1 inci Halia - diblender
1/2 inci kunyit hidup - diblender
10 biji Bawang merah dan 3 ulas bawang putih - blender juga
daun kesum
kacang bendi atau pun terung
lada hitam - ditumbuk
garam secukup rasa

Caranya

1. Panaskan minyak dan tumis bahan blender tadi sehinggah naik bau dan pecah minyak. Biarkan ia merneh seketika.
2. Masukkan air asam, garam dan lada hitam yang ditumbuk, dan biarkan didih seketika. kaalau luka boleh letakkan sedikit gula.
3. Masukkan daun kesum, bunga kantan dan juga ikan. kalau ada bunga kantan letak sekali.
4. Sesuaikan rasa , kalau dah ok tu ...siap untuk dimakan..







Untuk sarapan pagi pula teringat ada lebihan sambal ikan bilis (2- 3hari sebelum tu punya daaaaaa ) ..nak senang buat jer Lempeng Kelapa....senang kerja lagi pun anak² suka lempeng ni tapi dia cicah dengan susu.... .

lebih kurang camni nak buat lempeng tu......tapi kalau diutara dipanggil peknga, singkatan dari tempek dalam belanga.

Lempeng/Peknga

1 cawan tepung gandum
1/4 cawan kelapa parut
sedikit garam
air secukupnya.

>>Gaul kan kesemua bahan tadi, lenserkan kuali dengan sedikit minyak dan bolehlah dimasukkan bancuhan tadi..dengan meratakan di permukaan kuali.
>>Hanis leperkan adunan tadi dengan menggunakan belakang senduk ....supaya senang kerja meleper tu kita lebihkan air....nak kerja senang aje...


Quote:

cekdesam ~ aisey...sampai tertelan ayaq liuq ka.....
mamafami ~ lempeng ni sesekali pekena memang sedap.......cicah kari pun best
IdaNatrah ~ lohh terliur gak ka MIL kat sana...jadi balik kat rumah dia laaaa,
Daalia ~ aloo sis, dah sihat ker..or tengah pantang lagi
lyndz ~ salam lyndz.....ala ada lebihan sambal tu kita buat jer lah lempeng.....kerja senang gituuu
mamasya ~ budak² tak tahan pedas ker....haniss kalua masak yang pedas² ni selalunya kena sediakan menu lain yang tak pedas untuk mereka.....mak dia orang suka pedas nak wat camna
srsfeqah ~ baru jer belajar² asam pedas letak lada ni, den belajar dengan orang tampin ni hah..pedas menyengat.....
soulha ~ peknga ni cicah kari lebihan semalam lagi sedap..nak² yang dah pekat lepas perangat tu..... asam pedas tu kena tunggu ikan timbul dulu la gamaknya...
Nur ~ Lempeng ni pekena taim ujan pun sedap Nur, .pastu pekena pulak dengan kopi o, syoknya
zai ~ senang ja zai, bancuh semua bahan tempek dalam belanga...siaaap boleh terus makan




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net