Rahaniss Fotopages

By: Raha niss

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 22-Feb-2008 10:40 Email | Share | Bookmark
44 tip untuk mereka yang suka buat kek

Untuk mereka yang suks membuat kek...ni ada 44 tip untuk dikongsi bersama kawan² kat fp ni. Semua ni Haniss kutip dari Majalah SAJI 2005, memula ingat malas nak taip...dah scan tapi kualiti kurang memuaskan lah pulak ( tak pandai sama kut..ngeh3x ). Mungkin ada diantara sifu² yang handal memasak kat sini sedia maklum akan tip² ni tapi bagi mereka yang baru² belajar baking macam Haniss ni mungkin rasa perlu tahu tip ni semua....Jom kita tengok tip² tu

Quote:

44 tip untuk mereka yang suka membuat kek
Oleh: Noor Joha Ahmad


Apa anda perlu lakukan jika kek tidak naik sekata:
1. Tepung yang dibancuh tidak sekata dengan bahan lain
2. Suhu dlm ketuhar juga tidak panas sekata memnjadikan kek tidak dibakar secara menyeluruh
3. Suhu ketuhar mungkin terlalu panas
4. Bancuhan melebihi tahap yang seharusnya tidak boleh melebihi setengah daripada ukuran loyang pembakar
5. Pastikan bekas loyang pembakar anda sesuai dengan isi bancuhan

Mengapa kek menjadi bantat dan tidak ringan:
6. Telur yang digunakan mungkin terlalu kecil.
7. Kandungan udara tidak mencukupi sewaktu telur dan gula dipukul
8. Sewaktu memukul tepung, kadar kelajuan tidak boleh terlalu laju.
9. Mentega yang dicampurkan dalam adunan tidak boleh terlalu panas, kerana bebuih adunan akan rosak.
10. Suhu ketuhar pula tidak boleh terlalu rendah.

Mengapa permukaan atas kek tidak naik dan jatuh pada bahagian tengah:
11. Suhu ketuhar terlalu tinggi
12. kek tidak dibakar pada tempoh yang seharusnya
13. Penutup ketuhar yang selalu ditutup buka.

Jika bancuhan mentega tidak sebati dan bergentel:
14. Mentega tidak dibiarkan pada suhu bilik
15. Telur terlalu cepat dicampurkan dalam adunan mentega dan gula yang belum betul betul gebu dipukul.
16. Mentega dan gula tidak betul betul sebati atau gebu dan terlalu cepat mencampurkan telur dalam adunan tersebut.

Kenapa kek anda terlalu berat:
17. Campuran mentega, gula dan telur dipukul terlalu lama.
18. Sewaktu memukul campuran yang ada tepung, ia dipukul dengan kadar yang terlalu laju.
19. Kemungkinan besar terlalu banyak tepung digunakan.

Kek anda merekah?:
20. Suhu ketuhar terlalu panas dan ini menyebabkan bahagian luar kek terlalu cepat masak dan kepanasan tersimpan pada bahagian tengah kek. Ini membuatkan bahagian tengah kek akan merekah.
21. Loyang pembakar tidak diletakkan ditengah-tengah ketuhar.

Bahan kek buah mendap:
22. Ada antara buah yang terlalu besar dan berat.
23. Buahan kering yang dicuci tidak digaul dengan tepung sebelum ia mencampurkan ke dalam adunan.


-bersambung-

Quote:

abah along ~ kena la p slimworld
masriyah ~ akan bersambung lagi tip ni, tunggu taim tengah rajin nak menaip kita sambung lah nanti
Jeff ~ ....kena tunggu tip untuk mengambil gambar yang cantik pulak dari Jeff...
leelin ~ sekali sekala ubah angin
mamasya ~ tu la , walaupun selalu buat kek tapi adakala resultnya kurang menjadikan.......



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net