Rahaniss Fotopages

By: Raha niss

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 13-Mar-2008 04:55 Email | Share | Bookmark
Asam Pedas Ikan dan nenas

Asam Pedas Nenas
Sejak pandai (perasan sendiri ] memasak Asam Pedas ni kalau boleh tetiap minggu nak buat masakan tersebut (kalau hari² tu bosan lah pulak kan )............pantang jumpa resepi Asam Pedas, mesti nak mencuba. Kali ni cuba pula Asam Pedas Ikan dengan nenas, resepi dari blog Mat Gebu dan memang tak mengecewakan Asam Pedas ni, ada rasa masam² nenas dan lemak buah keras.



copy n paste resepi kat sini......



Quote:

Asam Pedas Ikan dan Nenas
Sumber: Mat Gebu

Bahan-bahan
3-4 ekor ikan kembong, kalau dapat yang segar, dibersihkan
1 cawan cili kisar
3 ulas bawang putih*
6 biji bawang merah kecil*
1/2 cm halia*
1 keping hirisan lengkuas
3 biji buah keras*
Belacan sebesar ibu jari (boleh juga diganti dengan kiub ikan bilis pada mereka yang alergi belacan)
1/2 inci kunyit hidup
1/2 camca teh garam kasar* - haniss guna garam halus yang biasa tu jer
2 kuntum bunga kantan dibelah 2 - tak letak pun
1 biji nenas sederhana besar, seelok2nya yang masak dan manis
1 camca besar asam jawa, dibancuh dengan 1 cawan air , ramas dan tapi jusnya
sedikit gula dan serbuk perasa
minyak untuk menumis.

Cara cara
1. Nenas dikupas kulit dan belah 4. Buang empulur dan potong menyerong setiap belahan. ketepikan
2. Panaskan minyak dalam periuk (anggaran 1/2 cawan) Tumis bahan2 tumbuk sehingga wangi. Masukkan cili kisar dan terus menumis hingga terbit minyak.
3. Masukkan nenas dan kacau goreng dalam rempah2 tadi sebentar. Tuang sedikit air (ini bergantung pada masing2). Biarkan mendidih dan masukkan ikan dan bunga kantan tadi.
4. Perlahankan api dan masukkan jus asam jawa dan biar mendidih, ras kuahnya jika kurang garam bolehlah ditambah dengan sedikit lagi garam. Masukkan sedikit gula dan serbuk perasa jika suka.
5. Biarkan mendidih 5 minit lagi dan bolehlah matikan api. Hidangkan bersam dengan nasi panas dan ulam² sampingan.







View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net