Want your
own Fotopage?






 
Rahaniss Fotopages

By: Raha niss

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 25-Mar-2008 03:53 Email | Share | Bookmark
Laksam Kuah Kari & Kek perisa kayu manis

Laksam Kuah Kari
Sepinggan Laksam
Kek Kayu Manis Lapis bluberi
kek lepas potong
Laksam
Baru ada can nak update masakan hujung minggu bebaru ni, Laksam berkuah kari dan juga Kek Kayu Manis Lapis strawberi. Kuah Laksam ni buat macam kari ikan biasa jer bezanya cuma letak isi ikan (cam kuah laksa biasa tu) dan ditambah dengan bunga kantan dan daun kesom. Kat kampung kebiasaannya mak akan masakkan kuah macam ni untuk laksam...





Quote:

LAKSAM
Sumber :NoorMasri - FnR

Bahan-bahan membuat laksam:

2 cawan tepung beras
4 cawan air
½ sudu kecil air kapur
2 sudu kecil tepung ubi
secubit garam

Cara menyediakan:

Bancuh semua bahan-bahan hingga rata. Biarkan selama 10 minit.
Sapu minyak dalam tudung periuk dan panaskan pengukus, letakkan tudung periuk dalam pengukus.
Tuangkan satu senduk adunan ratakan nipis-nipis. Kukus hingga masak ( adunan akan terangkat menggelembung bila masak)
Angkat dan gulung kemas-kemas (spt gambar di atas). Buat begini hingga selesai semuanya.
Potong laksam bulat-bulat dan taburkan bahan ulam serta tuangkan kuah scukupnya.
Letakkan sedikit sambal belacan (cili ditumbuk dgn belacan dan sedikit garam)
Sedia dihidangkan.


Kuah Laksam

Bahan²

6 ekor ikan selayang - direbus dgn 2 asam keping & garam dan ambil isinya serta air rebusan ikan.
5 ulas bawang merah - ditumbuk
3 ulas bawang putih - ditumbuk
2 sudu besar rempah kari ikan - jadikan pes dan campurkan dengan bahan tumbuk
1 biji kelapa jadikan 6 cawan santan
bunga kantan
daun kesom
garam secukup rasa
air asam jawa

Bahan tumis
3 ulas bawang merah dan bawang putih dihiris nipis.

Cara membuatnya.

1. Panaskan minyak, tumis b.merah dan putih sehingga kekuningan, masukkan pes rempah tadi sehingga naik bau.
2. Masukkan air rebusan ikan, santan serta isi ikan tadi, air asam jawa dan biarkan hingga mendidih dan masukkan daun kesum serta bunga kantan. masukkan garam dan sesuaikan rasa.
3. Sedia dihidangkan dengan laksam tadi beserta dengan bahan aksesori spt timun, bawang dan lelain.








Terasa nak mencuba kek ni sebab bahannya tak banyak dan cara nak buat pun ringkas. kek dari resepi Pn Halimah Shuib diambil dari majalah Saji 2004. Ikut resepi asal Pn. Halimah melapiskan dengan jem strawberi yang dibuat sendiri, tapi memangdang hanya jem bluberi saja yang ada .....hhehhehe kita letak jer lahhhh yang tu:P . lebih kurang macam kek sandwich jugak.



Quote:
Kek Kayu Manis Strawberi
Sumber: Pn. Halimah Shuib -Saji 2004

Bahan

250gm butter
250gm gula castor
250ml susu pekat
7 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh serbuk kayu manis
250gm tepung gandum - hanis gunakan tepung naik sendiri
1 sudu teh baking powder -diyak bersama tepung
Jem bluberi/strawberi secukupnya.

Cara membuatnya

1. Pukul telur dengan gula sehingga kembang.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan kacau.
3. Masukkan pula serbuk kayu manis, susu pekat esen vanilla dan tepung, dikacau perlahan.
4. Tuang kedalam loyang dan bakar selama 45 minit dengan suhu 180.
5. Bila dah masak sejukkan dan potong 2 kek tersebut, sapukan jem dan satukan semula.





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2014.

ns4008229.ip-198-27-68.net